Jumaat, 28 Disember 2012

Soalan Yang Sentiasa Ada Jawapan :)

assalamualaikum
hye peeps

96334879498740301_yfpvlxun_c_large

sebenarnya jawab jawab soalan ni bila dah tak da kerja dan bosan giler sedangkan aku ada ja banyak kerja yang nak kena siapkan tapi entah rasa malas dan malas so aku tinggalkan hahaha. so aku jawab la soalan soalan yang sering blogger tag yang aku save tapi belum sempat nak menjawab. tapi best jawab soalan soalan mengarut macam ni hahaha.
1) Apakah perkara yang anda lakukan apabila sedang bersedih?
- aku akan nangis ja la whole day then dah penat tidur pastu bangun dengan ceria ( tips ni sila ikut ).
2) Apa sifat buruk anda yg dari dulu lagi xboleh nk ubah?
- mudah lupa banyak benda, nama orang tu sememangnya lah then suka letak barang merata rata pastu mula kalut nak cari. ( jangan ikut sifat buruk macam ni adik adik ).
3)  Perkara apa yg dapat mengembirakan hari-hari anda?
- my family, my friends, and song.
4) Zaman belajar or zaman bekerja yg best & kenapa best?
- still student kan so zaman belajar la. sebab aku boleh jumpa ramai manusia dan banyak ragamnya and aku boleh admire orang ramai waktu belajar hahaha ( buruk buruk perangai ).
5)  Tempat yang paling anda teringin nak pergi?
- mekah, australia, paris, belanda 

6) 5 perkara yg anda tidak suka?
- penipu
- pemberi harapan 
- ular 
- manusia yang spesies perasan segala hal
- manusia yang pentingkan duniawi sahaja.
7) Anda anak ke-berapa di dalam family?
- anak sulung hehehe.
8 ) Apa pandangan anda tentang remaja zaman sekarang?
- ermm aku pun remaja bagi aku remaja zaman sekarang terlalu berani dan membuatkan aku takut dengan keberanian diorang ( in negative way la ).
9) Jika diberi peluang bercuti, kemana anda hendak pergi?
- aku nak pergi laut, sebab laut kesukaan aku.
10) Lagu apa yang anda minat & ada cerita disebalik nya? kisah cinta ke?hehe
- take my heart by soko. ada kisah ermm fikirkanlah.
11) Apa tittle ada sekarang single? married? in relationship? o complicated

- selagi aku tak kahwen entah la status aku apa hahaha.
12) 5 wishlist awak (tak kesah la dah tertunai or belum)
- aku nak ada driving licence.
- aku nak kereta sebiji please !
- habiskan diploma
- continue study on degree and master insyaallah, semua atas kehendak DIA kan, aku ikut apa perancangan yang telah DIA tetapkan.
- aku nak jadi millionaire ! ( hakhakhak )
13)  kalau dah bosan yang amat tahap dewa, demo buat gapo?
- kacau habis semua orang hahah.
14) 5 lagu wajib time karok
- aku tak suka karok karok bagai ni sebab tahu suara sedap sangat sangat hahaha.
15) minat kpop? :p minat sape woii? hehehe
- minat juga, minat taechyeon, suzy, wooyoung, soo hyun, iu.
16) bile nak kawen? muehehehe
- aku menunggu orang datang pinang aku sebenarnya hahaha, entah la siapa siapa. suh mama ja lah tolong carikan calon.
17) binatang or serangga paling ditakuti
- ulaqqq
18) fav kaler. satu jeeeee. jgn tulis bebanyak! XD
- biru.
19) social networking yang dimiliki?
- alah macam tak tahu. eleh...

20) brand henpon sekarang
- iPhone 8 :P


akhir kata bye hahaha

p/s : ahad dah mula kelas dan aku rasa malas nak pergi kelas oh Ya Allah tolong la rajinkan diriku ini.
p/s : amalina yaakub jangan boros hahaha


Selasa, 25 Disember 2012

" Remember You Never Stop Dreaming and Enjoy The Ride " - Michelle Phan -

Assalamualaikum
hye peeps

599901_10150933186697882_1110671500_n_large

- Michelle Phan -

Everyone know her right? 
ke tak kenal? hahaha kalau korang perempuan yang sangat minat dengan conteng conteng muka ni mesti korang kenal dia, if tak memang korang tergaru garu kepala la tak kenal dia, tapi tak pa biar aku kenalkan dia, ewah macam dia kakak aku pulak kan nak kenal kenal kan orang. ( tapi kalau aku ada kakak macam dia giler aku bangga kot hahaha bukan sebab dia famous tapi ada something dalam diri dia yang orang lain tak da ).

aku kenal dia sebab YOUTUBE hehehe :), yeah youtube satu platform untuk someone express dia punya opinion, hobby, tips, or tutorial about something. tapi aku hurmm tak la kot nak guna youtube as expresskan apa yang aku rasa sebab suara aku sedap sangat orang dengar :)

dia mula sebagai bukan sesiapa, tak da orang kenal dia pun tapi sekarang tengok lah dia siapa, dia mula orang kenal dan mula menjadi inspirasi untuk semua orang.

kalau korang tengok video dia korang akan tahu siapa dia, and baca la sikit kisah hidup dia, korang akan rasa WOW hebatnya dia sebab dia mampu berdiri hanya dengan cara yang sebegini dan dia sangat kuat orangnya. 

--------------------------------------------------------------

It's Halloween, and Michelle Phan is 5 years old. Her classmates have come to school in glamorous princess costumes that cascade and billow. One girl, she remembers, is beautiful in a saffron Belle gown from Beauty and the Beast. But Michelle's family is on food stamps. No princess dress for her. Instead, she finds a paper plate and a red lipstick. She smooshes a crimson nose center and sketches a face around it. A lion. A strong cat. She wears it like a mask. The princesses laugh. For Michelle Phan, the stomach-pit pain that comes with inadequacy never quite goes away. But lessons last longer. Now, she understands, she did what others couldn't. "I made something out of nothing."

Memory. Michelle Phan is 7. Her father leaves the family for good. Years before, he had fled Vietnam with Phan's mother during the war. In America, they had children. He worked in construction, she as a manicurist. Michelle grew up in her mother's beauty salon, painting flowers on clients' acrylic fingertips. But her father had a secret. He was gambling away the family's rent money, she said. They got evicted and moved again and again — Massachusetts, California, eventually Tampa, where they stayed for good after he left. "I would live in one place, and remember packing up and getting in that van," she said, her eyes trailing. "When you know that you're the reason your family is suffering. . . . Having all that burden, all that guilt, you need to get away." She hasn't heard from him. Does he know how well she's doing?
Memory. Michelle Phan is 18. It's time to fess up. Her mother, hard-working but poor, desperately wants Michelle to become a doctor. Medicine is prestigious. It's secure. It's the only logical way. She studies dermatology at Tampa Bay Technical High School, but inside, she knows she won't be happy for life. She explains art college to her mother, who is heartbroken. So Phan makes a promise. "I will make this work."
klik sini kalau nak tau lebih siapa dia sebelum dia sekarang { HER STORY }
-----------------------------------------------------------------
and now she have 2 million subscribers on her youtube channel and more than a billion people see her video, how awesome she is right. { Youtube Channel } . and now she has, her own product, it's called IPSY, " beauty by you ".  
kegigihan dia untuk berjaya buat aku rasa wow hebat wanita ni, mungkin bagi orang lain dia hanya biasa biasa tapi bagi aku she work for it, this is what she want, bila kita tengok dia dulu dan sekarang banyak bezanya, kalau korang ikut dia punya video korang akan nampak perubahan dia sedikit sedikit, dari bukan sesiapa sekarang dia adalah inspirasi untuk wanita. mungkin ada yang kata kenapa nak jadikan dia inspirasi, dia dah la non-muslim and bla bla kan biasalah manusia ada ja yang tak kena dengan mata diorang, tapi bagi aku apa salahnya kita ikut yang baik dari non-muslim, ada banyak kebaikkan kan, kenapa kita hanya nak tengok yang buruk ja dekat diorang, kita jadi manusia, 
jadi manusia yang perlu ada misi dan visi untuk berjaya. kalau awak nak awak mampu buat tapi kalau awak tak nak biar beribu manusia paksa awak pun, awak takkan nak.
---------------------------------------------------------------------------

bila tengok video ni akan nampak kesungguhan dia dan kata kata semangat yang dia beri untuk kita jangan berhenti untuk bermimpi.

" i like to make goals but i don't like to make expectation " - michelle phan -

so guys selagi boleh bermimpi, jangan berhenti kerana pasti mimpi itu akan tercapai bila kita tahu apa yang kita nak.

so bye
see yah.

p/s : she's my inspiration :)



Ahad, 23 Disember 2012

Polimas : Semester 2 Kembali, AWESOME

Assalamualaikum
hye peeps


: tolong jangan cari muka aku dekat atas tu sebab tak da : 
kuikuikui

yeah semester 1 baru ja habis hari tu, and now semester 2 pulak yeah aku tahu aku junior hahaha tapi alah senior dengan junior tak jauh beza pun umur kan kan kan. 
 16.12.12 mula dah kelas kami yeah dah mula san subject first aku kenal is business mathematics dan aku tahu dia adalah additional mathematics yang sangat kawan baik aku, hurm sangat kawan baik dan now aku rasa oh god please help me, sesak nafas tengok subject tu hahaha

semester 2 ni tak da apa yang berubah pun still jumpa muka muka classmates yang lama, tapi muka muka lecturer yang baru, dan kelas yang baru :) 
( ada budak carry subject hensem )

DAT2A dapat ketua dan penolong baru hohoho, yang lama letak jawatan dah maybe dia tak sanggup dah kot kami buli dia, tak pa ketua yang baru ni kita buli dia lagi dah la dalam kelas pendiam, harap dekat luar ja dia ramah, hahaha tapi pandai tak dapat disangkalkan lagi :)
Amaq and Aqilah good luck :) 

aku ambil 8 subject yang 1 tu normal co-curiculum wajib ambil kan, aku choose puteri islam ( sila buat muka percaya hahaha ) *tipu tipu*


ini lah subject subject yang bakal menjadi kawan baikku untuk sem 2 ini hopefully aku boleh buat dan mampu dapat apa yang aku targetkan, walaupun rasa susah tapi tak pa kita cuba, selagi kita ada kudrat jangan berhenti mencuba. hidup tak boleh give up, kalau kita tahu kita nak benda tu kita tak boleh stop selagi kita tak dapat.

*makan di kafe masih sama aishh bila makanan yang bertukar wajah ni, sem baru dah ni* tetiba masuk bab makan.

akhir kata dari saya ( skema ) DAT2A lakukan yang terbaik untuk semester 2 ini, dan untuk Amalina Yaakub fokus, mu tak boleh main main dah, jangan banyak verangan sangat dalam kelas and please kurangkan minuman yang bergula dan berchocolate banyakkan minum air kosong. ( bukan untuk aku ja pesanan ni tapi untuk semua ).

p/s : rugi tak ikut Hazim and Auni bosan pulak duk rumah hari ni. kalau tak wuuu release tension aku sampai esok. adeh :) 


ok lah bye korang
love you


Sabtu, 22 Disember 2012

Mr. B : Happy Birthday My Life ( 2 Years Mr.B )

Assalamualaikum
hye peeps

174866398003362679_ys9raqkn_c_large

21 DISEMBER 2010

happy birtfday Mr.Blog yang ke 2 tahun, oh nampaknya dah 2 tahun blog http://lavender498032.blogspot.com beroperasi yang banyak menyimpan semua apa yang berlaku dalam hidup seorang hamba Allah yang bergelar Amalina Yaakub. sesungguhnya blog sebagai medium untuk aku mencoretkan segalanya yang tercatat dalam hidup aku semoga menjadi kenangan untuk aku bila aku dah tua. 

first aku berblog sebab saja bila tengok kawan aku best ja menulis aku pun nak juga ikut at the end now dah 2 tahun nampaknya usia dia. belum cukup 5 tahun lagi kalau tak dah boleh hantar pergi tadika hewhewhew.

sepanjang aku menulis ada banyak kenangan pahit dan manis yang tercipta hanya sebab berblog. adakalanya dengan berblog kita dapat kenal ramai orang yang bermacam latar belakang yang kita sendiri tak pernah terfikir. dan berblog juga aku mampu mengekspresikan pendapat dan pandangan aku yang penuh dalam fikiran hahaha.

dan dengan blog juga mengajar aku berubah menjadi insan yang lebih baik walaupun tak mampu menjadi insan sebaik kalian semua tapi hanya dengan blog yang mampu mengubah hidup seseorang, dan dengan penulisan seseorang lah aku rasa seperti aku ingin menjadi lebih baik dan belajar untuk lebih dekat dengan Pencipta diriku ini.

and
HAPPY BIRTHDAY MR.B aka MR. BLOG, I LOVE YOU. 
you give me a good memories and bad memories that always in my mind.
THANK YOU
readers for reading.

bye

Sabtu, 15 Disember 2012

What We Get Based On What We Did

Assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_lj3z79wjga1qzma3ao1_500_large
10.12.12 result aku officially keluar dan alhamdulilah tak de kena repeat paper ka apa ka lulus semua, yang tu yang paling aku harap sangat. bila result keluar ja first aku tengok bukan CGPA aku tapi tengok lulus ka tak dan alhamdulilah again semuanya okey sahaja. mula mula cuak la juga nak check result, macam mana tak cuak sebab aku tahu aku ni macam mana hanya student biasa biasa ja bukan student yang luar biasa hahaha :).

aku sebenarnya takut kena carry paper sebab sepanjang minggu exam aku demam panas kot, dengan suara giler merdu, habis merdu lah dan hidung pun masa masa tu jugalah dia nak buat manja manja dengan aku, perghh memang menguji kesabaran hahaha tapi nak buat macam mana dugaan exam kan. dan yang paling teruk buku langsung tak boleh tengok macam orang normal tengok, aku sempat study sikit sikit ja selamatlah ada gap setiap subject so kadang kadang tu lepas baca sikit then berhenti sikit sampai la habis semua chapter. demam ka tak demam ka still kena study semua chapter kan. 

dan memang exam ni aku study hurmm aku dapat rasa result aku bakal kecewa dah la baru sem 1 fuhhhhh memang nervous kot. target 4 flat tu kena buang ketepi ja la kan. hahaha. btw aku bersyukur apa yang aku dapat sebab itu usaha yang dah aku lakukan. terima dengan redha sahaja lah.



this my result ( redha )
walaupun tak sehebat classmates aku yang lain tapi tak pa aku dah cuba sebaik yang mungkin, mungkin ini rezeki hahaha :)

ok bye 
see you again !

love you !


Isnin, 10 Disember 2012

Hidup, Suatu Kisah Yang Unik

Assalamualaikum
hye peeps

205090_182353105241423_1060337345_n_large

hidup kita sebenarnya lagi unik dari sebuah novel yang kita kata unik. hidup kita ni lebih indah dari sebuah novel yang diakhirinya sebuah kebahagiaan. hidup kita ni lebih banyak dugaan dan kesedihanya dari sebuah novel yang penuh dugaan dan debaran menanti para pembaca.

hidup kita, kita yang mencorakkanya, Allah bagi kita nyawa, Allah beri kita Ibu dan Ayah jadi sebagai manusia kita yang mengaturkan hidup kita sama ada baik atau buruk, kita yang berhak memilih siapa yang ingin kita berkawan dan kadang kadang kita juga memilih siapa yang ingin kita cinta sedangkan Jodoh itu Allah sudah tetapkan, kita hanya perlu tunggu dan berusaha menjadi seseorang yang berguna dan memberi kebaikkan kepada semua manusia.

Hidup manusia sangat unik ada yang begini ada yang begitu dan kadang kadang kita melihat kita lah manusia yang paling malang sedangkan ada yang lagi malang dari diri kita, adakalanya kita melihat kitalah yang paling berkuasa sedangkan ada yang lagi berkuasa dari diri kita.

kita mencari kesempurnaan dalam diri seseorang sedangkan kesempurnaan tu sendiri kita yang kena menjadikan ia sempurna bukan hanya melihat dan berfikir apa yang sempurnanya hidup kita. 

hidup manusia susah nak lari dari kisah hati dan perasaan ( cinta la cinta la takkan tak tau, jatuh cinta gitu ). secara peribadinya manusia sangat mudah jatuh cinta dan kecewakan cinta. kadang orang yang 
kita suka tak sukakan kita kadang kadang orang yang kita tak suka tapi sukakan kita, yang membezakan hanya kenapa begitu senang kita jatuh cinta sedangkan cinta itu kadang kadang mampu membuatkan hidup kita musnah. bagi aku jatuh cinta tak salah cuma salahnya bagaimana kita jatuh cinta dan mengapa kita jatuh cinta. kadang kadang kita ni jatuh cinta tak ikhlas pun kan. kadang kadang tengok orang lain bercinta kita pun nak juga walaupun hati tak suka pun orang tu kan. 

tapi apa pun kita kena tahu hala tuju hidup kita bagaimana, macam mana kita nak mencorakkan hidup kita yang satu ni. dan dalam semua hidup kita haruslah seimbang dari segi semuanya, agama, pendidikan, pekerjaan, pelajaran, family, kawan kawan dan semua nya kita satu umat. 

so guys 
jangan pernah menganggap hidup ni sebagai buang masa tapi anggaplah hidup ni sebagai satu cabaran untuk kita tempuh untuk kita tahu kuat manakah diri kita dalam menempuh setiap dugaan yang diberi.
have fun guys.

p/s : Alhamdulilah result dah keluar, bersyukur pada Allah atas keputusan yang aku dapat amin walaupun tak sehebat awak awak dan awak tapi alhamdulilah.

bye


Ahad, 2 Disember 2012

Babysister ( Budak Budak Comot )

Assalamualaikum
hye peeps

P20_large

Ingat jadi babysister senang ka? hahaha sangat sangat susah, macam mana la orang boleh buka nursery untuk kanak kanak kan? hurmmm kalau aku mahu  rasa WOW pening kepala on the spot. nak kata aku tak suka budak budak tak juga nak kata aku suka sangat budak budak pun tak juga tapi okey la 50-50 ada suka ada tak suka yang penting kita hargai kanak kanak betul kan.

" STOP CHILDREN VIOLENCE  "

sayangi kanak kanak macam mana ibu sayangkan kita. jangan kasari diorang sebab diorang hanya seorang kanak kanak yang tak tahu apa apa. diorang hanya tahu main dan nangis itu aja. diorang masih belum boleh berfikir macam mana kita yang dah besar ni berfikir. sayangi la kanak kanak wahai manusia. kita sebagai yang tua sudah tahu berfikir dengan waras mesti lah tahu bezakan antara baik dan buruk kan.

" LOVE THE CHILDREN "

yeay.
bye see ya.


Khamis, 29 November 2012

De' Queen : Outing

Assalamualaikum
hye peeps



yeay TUESDAY kami outing lagi, nak cakap aku sangat sangat rindu korang An,Ah,Pikah. yeah macam biasa yang selalu outing sesama kami berempat ja lah yang lagi tiga busy dengan kehidupan masing masing macam tu la muka semua kan yang busy mentang mentang dah ada anak nak kena jaga hahaha :P
so we decided tempat biasa untuk lepak Jitra Mall ja dekat Jitra mana ada tempat lain dah, nak pergi City Plaza malas sebab jauh la juga kan walaupun tak jauh mana tapi malas itu tetap ada.

so kami berempat ambil keputusan makan ja kerja hari tu. semua tempat kami geledah.
aku bila outing suka pakai simple yang boleh menyelesakan aku.
yeah just jeans, kemeja, bawal, sandal and outing hurm, comfort and rasa awesome !

first tempat kami pergi for sure la Jitra Mall hahaha pusing pusing dalam tu then makan lunch, tahu kami makan apa? hahaha
nasi lemak yeah nasi lemak belasah waktu lunch janji perut banyak kenyang. makan pulak dengan capuccino ice blended, aku minta chocolate dia bagi capuccino belasah ja lah salah dengar kot aku pun tak sure kakak tu tapi tak pa lah janji makan.


lepas perut kenyang nampak depan Jitra Mall ada



SNOGURT
so ah ajak makan kami pun jom lama tak makan ice cream hahaha. alah snogurt ni lebih kurang tutti fruitti ja concept sama ja cuma aku rasa snogurt sedap lagi kot hahaha, masing masing punya taste kan tapi benda benda macam ni bukan fav aku la, aku ambil sikit ja pun just RM4 lebih ja see sikitkan aku ambil.



yang penting muka banyak ceria hahaha
lepas makan Snogurt masuk JM balik nak beli barang macam biasalah barang keperluan walaupun tak la perlu mana pun hahaha. tapi masih pusing pusing dalam JM pergh bosan beb.

then aku baru teringat mak boyot ( makcik aku yang sedang pregnant ) dia pesan cool blog dekat aku yeah wajib lah beli perempuan pregnant pesan wajib tau beli jangan memain nanti kempunan dia. so aku pun pergi lah cool blog hahaha. benda berice cream lagi aku makan, dah la baru baik demam. asyik ice ja aku makan mahu aku demam balik ni.

then yeayyyyyyyyyyyy aku suka part ni hahaha
aunty rayha belanja kita cheese cake, sayang awak tau tak. cheese cake tu fav saya forever awak tau tak hahaha. saya suka saya suka hahahah.
yeah SECRET RECIPE here we go hahahaha



rayhan : pilih la pilih la nak makan apa, hari ni aku belanja semua .
amalina : aku macam bermimpi disiang hari ja ni, an nak belanja hahaha ( sambil buat muka ketidak percayaan )




cheese cake + chocolate indulgene = tak habis pun walaupun 4 orang untuk 2 jenis cake nampak tak disitu pembazirannya hahaha.
nama pun wanita kan cakap ja nak makan lebih alih alih tak habis pun hahahaha



then banana split hurm boleh boleh ja tak ada yang special pun, bagi aku benda ni simple ja aku tak berapa suka sangat hahaha.

so kenyang lah kami berempat hari tu hahaha.

Jitra Mall Cafe = Nasi Lemak + Ice Blended
Snogurt = chocolate ice cream
Cool Blog = Chocolate Smoothie
Secret Recipe = Cheese Cake + Banana Split

makan dan terus makan hahahaha
hati banyak suka meh.

ok bye see ya
= aku rindu korang sesangat =



Sabtu, 3 November 2012

Dedicated To Little Sister

assalamualaikum
hye peeps


al fatihah untuk awak. 
dan selamat hari lahir. hari ni 3 November hari lahir awak kan. yes kakak tak pernah lupa. awak sentiasa ada dalam hidup seorang kakak yang menyanyangi adik dia mungkin tiada yang tahu yang aku sangat menyanyangi mu adik even kita hanya berjumpa untuk beberapa jam sahaja tapi adik ada dalam diri seorang kakak.

mungkin orang melihat aku sebagai anak tunggal tapi kalau la awak still ada mesti kita akan jadi best friend kan. hurm mesti kita akan jadi sibling yang sangat sangat baik because i love you so much. aku selalu bermimpi aku punyai adik tapi aku tahu semua tu hanya angan angan. realitynya aku tak da adik. kalau aku yang tak pernah melahirkan dia pun sangat rasa kehilangan inikan pulak mama dan abah aku lagi lagi merasa kehilangan dia. 

16 tahun dah pun dah berlalu adik
but awak sentiasa hidup dalam diri ini, mungkin kita tak pernah berjumpa tapi kita hidup dalam hati masing masing. 

you're my little sister that i love you so much. no one can replace you in my heart even you already on beautiful place at there. 

3 November 1996
awak lahir sebagai adik kepada amalina.
dan lahir menjadi puteri kedua encik yaakub dan puan jamaliah
tapi
Allah lebih sayangkan awak dari kami semua.
mungkin ada hikmah bagi setiap kejadian kan.

apa yang pasti kasih sayang takkan pernah mati sampai bila bila.
walaupun jasad sudah hilang
awak sentiasa ada.

berbahagialah di sana sayang.
one day kita akan sama sama juga.

thanks for reading.

Al-Fatihah Ummi.


Jumaat, 2 November 2012

HIM

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mctk5313al1rxg6n5o1_500_large

bila tangan aku di keyboard ni sebenarnya aku tak tahu aku nak tulis apa walaupun tangan aku sangat miang keladi untuk menaip dalam blog aku ni tapi aku tak sure aku nak cerita tentang apa? sebab tu lah aku suka cerita mengarut yang tak da kena mengena pun kadang kadang dengan hidup aku. tapi aku still story sebab aku suka MAYBE? hahaha :P

" Him "
personal life gitu kan.

kawan aku seringkali bertanyakan ke aku kenapa aku masih single sedangkan remaja yang seusia aku sudah ada mr.right mereka yang text mereka setiap hari yang belanja breakfast,lunch and dinner mereka setiap hari yang mampu menjadi tisu mereka dikala mereka sedih yang menjadi pemerhati setia adalah aku apabila mereka buat drama swasta. yeah !

dan jawapan aku mudah sahaja aku masih belum jumpa dan belum bersedia untuk bercinta mungkin aku masih menunggu seseorang yang bukan untuk dijadikan boyfriend tetapi seorang husband. maybe. semua ini ketentuan tuhan aku sebagai hamba nya hanya melakukan apa yang aku mampu. aku bukan lah seorang wanita yang perigi mencari timba tapi aku seorang wanita yang tahu batas batas apa yang boleh dan tidak boleh dengan yang bukan muhrimku.

mungkin ada yang nampak aku kurang mesra dengan lelaki tapi aku punyai sebab tersendiri. aku bukan jenis yang mudah untuk orang dekati aku mungkin hari ini orang nampak aku macam mudah didekati tapi esok orang akan nampak aku susah untuk didekati pula. aku bukan mudah menaruh harapan kosong kepada orang yang tidak selayaknya. aku hanya menaruh harapan bila aku yakin dia yang aku cari selama ini.

mungkin diusia aku ada yang berkata aku kolot sebab masih single tapi hanya satu yang aku ingin berkata.

" amalina yaakub in relationship with encik yaakub, puan jamaliah dan Allah dan Rasul "

itu sudah cukup untuk aku sekarang diusia aku sekarang. mungkin ada juga yang berkata aku ni " tak straight " agak giler soalan itu apabila ditanya. jawapan aku hanya satu.

" if you think that you always lame "

adakalanya kita bersendiri tanpa boyfriend seringkali disalah anggap oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjwab dan pihak pihak yang tidak membayar insurans ini. kadang kadang sebagai manusia aku hanya biarkan sahaja kerana aku tahu siapa aku yang sebetulnya.

mungkin 1000 orang boleh bertanya 1001 soalan tapi 1 jawapan hanya ada pada diri sendiri. sejauh mana awak tahu mengolah jawapan yang awak ada menjadi 1 jawapan yang mampu membuatkan mereka mereka ini rasa seperti ingin terjun di dalam telaga sahaja .

yeah cukup setakat ini.
malam semakin memanggil ku untuk melelapkan mata.
bye
ada masa kita berjumpa lagi.


Ahad, 28 Oktober 2012

Dedicated To All My Loves

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mclib3fi1t1r1986ko1_500_large

hari ni aku rasa aku nak cakap tentang erti keluarga dan erti kejayaan. kita sebagai manusia semua la dikatakan nak berjaya dalam hidup, sedangkan kita tengok orang yang tak mampu lihat, tak mampu cakap, tak mampu dengar, tak mampu berjalan, membaca, menulis pun mampu berjaya inikan kita pulak yang sempurna Allah kurniakan takkan kita sendiri tak mampu.

tadi aku masuk blog kawan aku tetiba dia story tentang dia tentang dia nak berubah demi masa depan keluarga dia, aku baca aku rasa satu perasaan yang aku bukan perasaan simpati tapi satu perasaan " amalina you can do " ha macam tu la lebih kurang. satu perasaan macam tu ha ada faham hope faham la noh.

so sebagai sahabat aku rasa " weyh kau mampu buat apa yang kau rasa jangan pandang orang lain dan buat apa yang kau nak buat, bina gap antara orang yang tak mampu terima kau. kau wujudkan line antara diorang supaya diorang tak mampu memusnahkan impian kau " dengar cakap aku. bila kita bina gap antara manusia yang tak senang dengan kita ni automatik dia akan pergi macam tu ja tanpa kita suruh pun.

dan berimpian lah selagi kau yakin kau mampu capai impian kau. aku tahu ramai orang ada impian tapi seringkali kita musykil kita mampu ke nak capai impian tu. dengarlah selagi kita ingin berimpian kita dah ada aim dan kita dah tahu kita mampu lakukan dan kita akan buat.

even kita tak rapat dengan family kita apa yang kita perlu tahu kita buat kerana mereka dan kita buat kerana kita sayang mereka. anak sulung selalunya independent dan tak manja sangat. selalunya la kan. aku takcakap semua tapi certain la. aku suka kawan dengan anak sulung ni sebab diorang selalunya lebih matured dari aku la. hahahaha.

wahai sahabat aku , berjuang apa yang korang nak jangan berhenti berjuang. selagi korang nak korang mampu lakukan. ok... buat tau. aku tahu kau mampu buat dan kau mampu lakukan yeah #MalaysiaBOLEH hahahaha :P

aku tahu bukan mudah nak berubah tapi berubah la kerana itu yang mampu membuat kita menjadi orang baru dan orang yang berjaya. mungkin bukan 100% kita berubah sekurangnya kita cuba untuk berubah. berubah lah. macam aku, aku ni jenis malas nak berubah tapi akan ku cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari sedia ada even tak boleh jadi sebaik mana pun tapi akanku cuba. akanku cuba. 

ingatlah sahabat, sahabat anda sentiasa ada dengan anda dan sentiasa berdampingan dengan anda, kalau ada ingatlah sahabat satu satunya makhluk yang dekat dengan kita selain parent dan sibling kita. apa apa pun carilah sahabat walau apa pun keadaan. 
tanpa sahabat kita layu tanpa Allah kita lemah dan tanpa kehidupan tiadalah kita.

last but not least trust yourself. confident secret of success.

okey 
aku dah nak dekat final 17 november ni doakan aku wahai rakan rakanku
sama sama lah kita berjuang demi negara dan bangsa hakhakhak

bye
awak yang baca tu saya doakan semoga awak berjaya.
alhamdulilah


Raya Haji 2012

assalamualaikum
hye peeps

blog aku memang lebih banyak cerita personal dari cerita yang berfaedah untuk semua orang. macam aku cakap. blog aku ni macam memories untuk aku dan semua people around aku. should be about parent aku, family aku, kawan kawan aku or about cikgu cikgu aku and lecturer aku. sesiapa sahaja yang muncul dalam kehidupan aku akan ada lah dalam blog ni hahaha.

so aku nak story eid adha aku bersama yeay yeay wan and tok aku and of course we're family semua mesti la ada dalam ni kan. hakhakhak.


Wanita :)
i love be a woman
and you must proud be born as a woman.

hazim nangis sebab hahahaha aku buli dia ( tolong jangan percaya ).


Men
you must be proud as a men, guys.

you guys are strong to protect a woman.

abah aku tak da dalam ni ok fine, abah aku pergi mana entah.


sorang mak buyung, sorang mak budak kepada 2 orang hahaha...
amboi cantik reaction hahaha. :P


grandma i love you hahaha.
aku ni dengan tok aku selalu ja ada pic dengan mama aku and abah aku sangat jarang tak tau la sebab apa.


with mak buyung, bila aku pakai jubah dah serupa sekali aku mak buyungnya hahaha :)
first time aku nak try jubah and aku rasa i'm not suit on that hahhaa
nampak pendek and chubby ( dah la memang dah chubby lagi chubby la nampaknya )

eid adha tak da apa yang special dan tak da apa yang best sangat pun sebab semua busy and ada yang tak balik pun. so keriuhan dan kemeriahan agak tidak terasa hahaha.

btw apa pun family is everything wherever you are you must know 
family is your priority .
so guys appreciate your family.
even it's only your aunt your uncle your cousin,
 you must consider them as your family,
family is not only your parent, your brother, your sister,
so good luck be a good family's members.

xoxo
gua say goodbye dulu der hahaha :P



Isnin, 15 Oktober 2012

Final Exam

assalamualaikum
hye peeps

I_never_finish_anything_large

yeah final exam untuk semester ini semakin menghampiri diriku yang semakin mengelabah nak jawab apa paper tu come out nanti. nervous aku semakin menaik naik dan naik seperti nilai untuknya turun sangat tipis. aku takut ni nak final. yes takut dengan KILLER SUBJECT yang aku tahu mampu membunuhku secara perlahan lahan . hahaha ( apa yang aku sedang repekan ? aku pun tidak pasti sebenarnya ).

so my final exam start 17 november 2012. yes i know it just around the corner yeah lagi sebulan ja lagi weyh. takut weyh even 4 paper ja tapi aku dah rasa macam what the fish?. oh man. takutnya berganda.


itulah jadual final exam aku. memang aku rasa nervous ni tak tau dah nak buat macam mana ni. bila fikir fikir balik aku dah ready ka? yang aku tahu jawapan aku satu sahaja belum ready.

someone pernah cakap dengan aku macam ni " amalina, awak takkan pernah tahu yang awak belum bersedia kalau awak sendiri tak menghadapi benda tersebut, bila awak dah berhadapan dengan perkara tersebut baru lah awak tahu awak dah ready atau belum, mulut boleh berkata belum bersedia tapi bila dalam keadaan terdesak automatik awak boleh menjadi seorang yang bersedia menghadapi apa pun cabaran, so cubalah berfikiran positif dan berkata , yeah aku sudah bersedia, "

4 subject ni memang hard. 
principle of marketing = terlalu banyak teori.
fundamental of accounting = musuh ketat aku.
microeconomic = nampak mudah tapi dia mampu menjerat anda dalam senyap.
statistic = formula adalah ibu baginya dan calculator bagai musuh bila tersalah tekan number.

bagi aku semua benda susah tapi bila kita kata kita nak kita mesti dapatkan walaupun benda tu jauh dari gapaian bila kita kata kita nak kita mesti dapatkan. susah atau senang kita perlu dapatkan.

aku juga nak DEKAN. DEKAN tolong la aku nak KAU DEKAN. tolong la jadi boyfriend aku untuk 6 semester ni. please. jadi boyfriend terbaik aku. i love you DEKAN.

walau apa pun cabaran apa yang kita perlu tahu ALLAH sentiasa ada untuk kita. yakinlah dia ada. dan terus ada. 

see you soon guys.
maybe after final insyaallah berupdate la blog ni aku nak focus ! tapi aku ni pun bukan boleh kira tengok tengok jumaat ni ada ja entry hahaha.
bye.

p/s : sorry kalau aku ada buat salah ok.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA next week yeah aku cuti kahkahkah .( actually nak cakap aku cuti tu ja ).



Khamis, 13 September 2012

Polimas : Cik Azfa Ruhaya

assalamualaikum
hye peeps

- RED VILLAGE GRILL & SHABU SHABU RESTAURANT -

first time aku dengar nama shabu shabu aku rasa awkward yah ( maksud benda tu steamboat dalam bahasa melayu ) nama ja orang kedah tapi TESCO nak cari pun sesat tambah tambah nak cari shabu shabu ni lagi lagi la sesat hahaha ( memang rasa oh man Amalina baik buang negeri ja kalau macam ni nak cari TESCO ALOR SETAR pun tak tahu ) ya la macam mana nak tahu kalau bila pergi TESCO ja bukan aku yang drive orang lain yang drive aku ni tahu naik ja bukan tahu jalan pun. so nasib la.


so finally jumpa la ini shabu shabu hahaha.
tujuan aku dan DAT1A pergi this shabu shabu nak buat party farewell untuk CIK AZFA RUHAYA as our practical lecturer untuk subject statistic dan principle of marketing. hari ni 13 september 2012 as last day dia dekat POLIMAS so kami buat la malam 12 september 2012 tu sedikit party untuk dia sebagai ucapan TERIMA KASIH CIK AZFA RUHAYA.

dan apa yang lebih tangkap gambar yang lebih hahaha. serius kami akan rindu cik azfa nanti. cik azfa lecturer the best la. best cik azfa ajar dan apa yang penting apa yang cik azfa ajar FAHAM itu yang penting. 


depan shabu shabu hahaha oh inilah muka muka keriangan untuk buat party hahaha. 

- nadiah, dian, saida, ika, amalina, dayah, tikah -


get ready untuk penuhkan perut lepas ini hahaha. muka semua lapar ja aku tengok waktu ni.


hadiah jangan dilupakan !


yang coklat itulah cik azfa hehehe. comelkan ( sila angguk semua )


ha tudia malam tu semua asyik nak snap dengan cik Azfa ja hahaha memang kami ni semua giler camera pantang nampak camera mula la. 

" weyh weyh nak masuk nak masuk " hahaha 


hanya 5 orang ini sahaja puteri kelas DAT1A oh so kesian hahaha.

dan pukul 11 malam juga la baru sampai rumah hahaha.
btw event ni sangat awesome sebab ada lecturer yang awesome dan semestinya ada student DAT1A yang awesome juga hahaha yang pasti aku la tu yang awesome hahaha ( ok perasan ).

so CIK AZFA semoga berjaya menjadi seorang lecturer yang mampu membuatkan semua student rasa awesome jadi student cik azfa hahaha ( macam kami :P ). dan semoga cik azfa berjaya dalam apa jua cik azfa lakukan. kami doakan cik azfa berjaya :) bye , umur panjang kita jumpa lagi. THANKS.



( tukar la cikgu kepada lecturer :P )
bye


Khamis, 6 September 2012

Polimas : Surprise

assalamualaikum
hye peeps
( aku rasa update aku kali ni akan jadi panjang sebab aku cerita dari mula sampai akhir ) hehehe rajin pulak aku nak menaip panjang panjang kan.

cerita bermula jom korang semua jadilah pembaca lara sebab aku nak mula jadi penglipur lara sudah hahaha :P

 - 4 SEPTEMBER 2012 - ( a date i should remember i thought )
macam biasa masuk kelas, kan then hari selasa tu kelas lewat so aku pun relex relex ja tetiba atikah, hidayah, ika, saida diorang pelik sangat hari tu aku tak sure sebab apa, diorang cakap bisik bisik kot pagi tu then nak cakap dengan aku pun susah aku pun rasa macam pelik ja, aku rasa " la diorang ni dah kenapa pulak kan hari ni? masalah apa menda pulak tetiba tak nak cakap dengan aku " giler half day tu agak sedih la masuk kelas sob sob sob sampainya hati masing masing kan.

tetiba habis kelas ternampak status budak bawah ni post dekat facebook, aku pun lagi la rasa tersentap kot " sampainya hati semua plan tapi tak nak ajak aku sekali pulak tu " lagi lagi la bertambah sedih. sob sob sob then IM kawan amu miera halim shared kisah sedih dekat dia, sambil nangis nangis kot sebab sedih sangat rasa macam esok tak mau dah pergi kelas rasa macam nak pindah ar ( over ok over ok sila jangan percaya ) 

:(

then kak hazimi ajak la pergi tasek darulaman petang tu serius dengan mood tak da then dengan malas lagi dengan panas kot hari tu memang giler tak nak pergi ar then satu lagi kepelikkan bila kak zimi paksa paksa juga kot aku pergi tasek, dia kata kononya nak rest dengan nad. aku pun aishh tengok muka dia kesian la pulak so jom ja la boleh la aku cuci cuci mata tengok benda hijau tenang hati kan.

so sampai dekat situ zimi jalan kemain laju kot serupa apa lagi pelik sungguh, then dia call nad then cakap dalam telefon tu duk macam ni " ereraaaera ergtrghyrb  " satu patah aku tak faham so biar kan ja la dia. 
then dia tarik aku p dekat satu tempat tu hahah aku nampak dah siapa yang ada dekat situ seriusly rasa pelik kot " eh diorang ni buat apa? " macam tu la then diorang menjerit

" HAPPY BIRTHDAY AMALINA "
terharu tak terharu tak diorang boleh tanya mau tak terharu, terharu giler kot rasa nak nangis ja time tu sebab serius rasa terkejut dan happy giler hahaha.
then nad boleh kata " mesti hg ingat kami lupa birthday hg kan? " hhahaha actually birthday aku dah lepas berminggu minggu kot . that's why aku tak sangka ar kan. dan aku berterima kasih sangat sangat sayang hangpa semua tau tak. hohoho meh sini sikit nak hug and kiss sikit hahaha. :)


thanks guys for this cake ! memang tak sangka hahaha.
thanks atikah, saida, diana, ika, dayah, tinggi, syifa, zimi, nad, za, and parish haha one more hafiz hahaha as driver kawan kawan aku. nak bawak datang ke tasek.


ok fine tak boleh belah diorang nyanyi aku rasa macam aku budak budak waktu diorang nyanyi hahaha tapi awesome. much love guys <3


jom potong dan buat wish sempena umur 18 tahun ni eh silap 12 tahun hahaha
" hopefully aku sihat, family aku baik baik ja dan semua kawan kawan aku bahagia dengan kehidupan yang korang semua pilih amin "



btw mak nad sanggup masak bihun untuk kami semua. yummy hahaha thanks okey.


tetiba semua nak suap suap ni rasa macam boss la pulak kan, aku kan suka jadi boss hahaha. 



nad pun nak buat buat sweet sweet jugak hhaha


tetiba time dayah aku kena suap dia bukan dia suap aku hahaha. 


ini tinggi, dia sangat tinggi dan tinggi hahaha.
btw dia lah selalu jadi peneman aku waktu aku tunggu zimi kalau kelas dia habis lewat. memang tinggi terbaik lah hahha.


oh man mula dah sesi calit mencalit krim ni cek tak suka ni hahaha
ika ketua. siap ika birthday hg aku calit telur hahaha


oh no my face !


peace sila buat muka tak bersalah sebab dah calit krim !


muka comot comot ada hati nak snap pic hahaha


then diorang paksa aku buka hadiah hahah oh so sweet lagi sebab hadiah tu sangat sweet hahaha
macam tuan yang dapat tu juga ( sila muntah hijau atas pujian tadi )


sila terbalikkan kepala anda hahaha



tetiba tadaaaaaaaaa kenapa baling tepung ok fine memang korang kejam hahaha.
btw best giler kot kan kejar kejar kan hahha.
tepung nasib kau la kami bukan nak buat kuih tapi nak baling oh membazir la macam ni hahaha 


semua dah siap siap nak balik dah. 
dah pukul 6 lebih dah .
happy!
it's happy! 
dan thanks sebab shared duit just nak buat semua benda ni
aku tenampak nad bagi bill dekat ika hahaha

THANKS SO MUCH DAT1A
LOVE YOU GUYS MUCH MUCH MUCH hahaha
birthday korang siap la aku get ready dengan telur hahaha
baru korang tahu :P
- best moment -

bye


Sabtu, 1 September 2012

I Love You

assalamualaikum
hye peeps

90235664_0875bd17febebzsup_2639_eb3acb878d_large

tajuk kemain kau ya amalina i love you bagai entah pape ja kau ni sekarang kan duk ber i love you. euwwww not my type okey duk say i love you dekat orang, not me not me .

ermmmm i just wanna say thank you because i'm still jumpa dengan bulan september hahaha
bye August saya sayang awak okey sebab you make my day on that month awesome hehehe.

so hye mr.september be nice to me.
dan semoga Allah memberkati kita di bulan september ini.
apa apa pun good luck in life
siapa yang birthday bulan september happy birthday okey 
wishing you have a happy life :)

dan finally
selamat hari merdeka yang ke 55 pada semalam 31 August 2012.
bersyukur sangat sebab aku dilahirkan di negara yang aman dan damai , alhamdulilah :)
hargailah apa yang kita ada sekarang kalau dah hilang tiada guna lagi .