Selasa, 17 April 2012

Semut Best Friend

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_lndyirklmu1qh6gkvo1_400_large

morning morning mula aku taip entry ni adalah pukul 10.10 pagi ( nice number ) so masih pagi kan? dah breakfast belum kalau aku suka breakfast lambat lambat kalau boleh join venture dengan lunch tak da lah aku asyik makan ja kan.

pagi ni aku nak storry morry tentang semut ( semut lagi bosan da ) apa kehal dengan semut kan.

dalam aku hidup seharian diatas muka bumi ni kan aku sangat lah pelik dengan semut spesies hitam ni ( tahu tak semut jenis hitam ni ? ) aku tak sure nama sainstifik semut ni apa, tapi apa yang pasti aku panggil dia semut hitam. kalau tak kenal search goggle wakaakaka. apa yang aku tersangat tak puas hati dengan semut ni la kan adalah dia suka ikut aku, aku pelik la naik rimas pun ada. apa yang dia ikut?

dekat mana ada aku disitu ada semut.
yang peliknya aku ni tak adalah makan gula gula pun yang dia nak ikut sangat, nak kata aku manis pun aku yakin tidak, nak kata aku selalu bersedekah gula dekat diorang pun tidak tapi sekali sekala tu ada la. yang peliknya dimana aku berada ada dia.

cerita dia macam ni ( tadi mukadimah baru, panjang tak mukadimah aku? )

sekarang ni aku dekat rumah tok aku dan di dalam bilik hujung sekali means bilik belakang la sebab apa aku pilih bilik belakang sebab of course la bilik tu sejuk bilik lain panas aku tak suka. masalahnya disini semut hitam duk berkejaran di depan aku atas katil ni tak larat aku nak tepis dah tu banyak pulak dah macam buat kenduri kesyukuran ja semut ni. duk berkampuang tepi aku. kalau tak kacau aku tak pa la ni idak duk kacau aku plus lappy aku sekali naik tension.

dekat rumah lama aku dulu pun macam tu juga aku duduk elak elak ja tengok semut penuh tepi aku duk buat larian tentera secara berkumpulan. pelik sungguh.

rumah baru yang baru aku pindah tu pun ada juga bilik yang aku duduk tetap jadi mangsa, ishhh dah macam macam aku buat nak halau diorang tapi tetap diorang ada juga degil giler serupa aku sungguh semut semut ni. ishhh poning poning sungguh aihhh

- surat untuk semut -

dear semut,
kenapa anda mendekati saya?
adakah anda ingin berkenalan dengan saya? 
kalau nak berkenalan silalah buat laman social facebook semut supaya kita boleh selalu IM
wahahahaha
bye semut.

semut oh semut sampai aku pernah kena gigit la dengan dia dekat mata, bangun pagi ja bengkak tengok tengok ciss semut gigit aku. kurang ajor hahaha

bye


7 ulasan:

Sherwieyna Muzzawer berkata...

salam kenal.siapa ke semut itu..hehehe..;D

Amirah Zulhijjah berkata...

hehe...semua tu suka kat awak kot...awak manis..hehe..=P

CikAnyss' :O berkata...

wow ,.. semut siapa tu , grg , hehe ..

AMALINA YAAKUB berkata...

@Sherwieyna Muzzawer semut bukan siapa2 hanya segerombolan serangga ekekek

AMALINA YAAKUB berkata...

@Amirah Zulhijjah kahkahkah manis sebab suka mkn chocolate tu ja

AMALINA YAAKUB berkata...

@CikAnyss' :O semut memang garang..

Cha_Haya berkata...

eh tringat lgu ni plk... enjit2 semut sape sakit naik atas... he3.. ;P

harap2 semut bce la surat tu... >.<