Rabu, 18 April 2012

Reception Jajat : Klang

assalamualaikum
hye peeps

hari yang sungguh berbahagia ini aku nak story satu wedding bukan wedding of the year yah sekadar wedding sahaja. jimat duit tak payah nak of the year sangat la. ni wedding makcik aku yang ke 10 means makcik aku yang ke 10 bukan perkahwinan yang ke10 dia, tolong baca ayat bagi faham jangan sampai nanti timbul gosip gosip liar pulak.

wedding ni tarikh tak ingat sebenarnya tapi apa yang aku ingat disember 2011 means tahun lepas dan sekarang baru aku nak update. bukan sebab aku malas atau lupa tapi sebab tak ada gambar so sekarang ni dah ada gambar baru berkesempatan peluang dan ruang untuk aku update ( aku tahu mesti ramai yang tunggu nak nak si pengantin dan makcik makcik dan pakcik pakcik aku ) bajet diorang baca ja blog aku. wahahaha :P

jom start acara kita. tapi gambar melebihi caption harap maklum entry bergambar jangan kata apa. aku tau bukan semua orang suka baca ada berapa kerat orang ja yang baca sampai habis.



menunggu ketibaan datuk dan datin untuk turun ke bawah ke hall untuk bergerak secara konvoi ke wedding di pihak lelaki. ( pihak lelaki yang perempuan dah lepas ) yang peliknya semua muka bukan excited nak pergi wedding tapi excited tengok TV . drama apa aku tak dapat kenal pasti.


sebelum nak gerak kena tangkap gambar sekeping dua nak juga tunjuk bertapa ayu dan manis Amalina Yaakub berbaju kurung ( tetttttttttttttttttt perasan tolong muntah hijo sekarang ) pipi ku chubby abaikan.


berpeluh peluh pengantin bawa bunga telur ehhh nope bukan pengantin tapi hanya adik kepada pengantin means paksu aku la. berpeluh kalah orang yang nak kena angkat nikah aku tengok.


sebelum nak bergerak Datin Zubaidah sempat bagi pose bersama anaknya Hazim Zuhail yang nakal. suka buli aku hahaha.


setelah kereta yang membawa bride lesap dengan kadar 8.9 hectar kami semua yang berkonvoi terpaksa ikut kereta pakngah aku walaupun pakngah aku pun terkontang kanting tak tahu rumah dekat mana apa lagi GPS ja la. kami yang berlakang ikut ja kereta pakngah aku ni. ( aishh pengantin kenapa laju sangat lex lu )


kami semua berkonvoi 7 ketul kereta. dalam gambar ada 4 sahaja lagi 3 tak nampak harap maklum bukan aku menipu untuk tambah peratusan kereta yang ikut.


signboard ni menjadi tanda sekejap ja lagi kami semua akan landing ke destinasi yang dituju. nama tempat tu aku tak berapa ingat apa. tapi apa yang aku tahu Klang sahaja !


akhirnya tiba juga ke destinasi elok ja sampai nampak dah pengantin aku dengan kepantasan cheetah berlari untuk menjadi pengapit wehewwwww. sebab apa aku tunduk ? nak mengatakan bahawa aku terlalu tinggi pada pengantin jadi aku kena tunduk kang aku langut pengantin jadi rendah kang tu kira ok aku belasah sandle ja kalau aku pakai heels macam mana? macam mana?


malu malu kucing pulak


time to makan nasi. nasi makanan ruji masyarakat malaysia jadi jangan malu untuk makan nasi jangan nak berlagak omputeh sangat " i'm just eat pizzasss" ( slang british sikit ).
abang yang letak nasi tu berpeluh peluh nak letak nasi dalam pinggan tok aku, takut ka abang? relex la tok saya tak makan orang dia makan nasi ja. ( muka tidak dapat ditunjukkan )


gosip adik beradik


bergelak ketawa adik beradik


ada 3 reaksi muka tengok betul betul
yang tudung merah - makngah aku - muka dia sangat sedih aku tak sure kenapa
yang kemeja merah - cousin aku akmal - muka dia sangat happy tangan thumbs up lagi bro
bersongkok - pakcik aku - termenung fikir masalah negara kot.


selepas kekenyangan semua jadi muncit wahahaha 


time to balik rumah untuk pulang ke istana kami semua di Bukit Jelutong - rumah sementara untuk berteduh. before semua nak balik kedah before balik kedah satu family pergi holiday dulu.


nak show off sikit muka yang menjadi tajuk penting entry aku kali ini.


senyum jangan tak senyum
senyum tak perlu kata apa apa

habis satu hari di klang untuk wedding

HAJAR & MAZNI

semoga makcik dan pakcik berbahagia hingga ke anak cucu, semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan korang berdua dan semoga korang dapat anak anak yang comel comel dan cute cute ( bertambahla sepupu aku lepas ni sekarang pun dah nak dekat 30 orang dah )

SELAMAT PENGANTIN BARU LAMA

bye
congrat acik for a babies will come out soon
can't wait

salomnization diorang berdua >>> klik sini
wedding belah perempuan jemput baca >>> klik sini


3 ulasan:

Saya mEmang suka Menuliz:D berkata...

org kedah rupanya..jauh bebenor sampai ke klang..done follow..follow me back ok..

roziahojijie berkata...

Rumah sape kat Bkt Jelutong ? dah dekat dgn rumah sy tu :)

AMALINA YAAKUB berkata...

saya memang suka menuliz : tu la mcm mna makcik sy kahwin org jauh hehehe
roziahojijie : rumah makngah saya..