Khamis, 29 November 2012

De' Queen : Outing

Assalamualaikum
hye peeps



yeay TUESDAY kami outing lagi, nak cakap aku sangat sangat rindu korang An,Ah,Pikah. yeah macam biasa yang selalu outing sesama kami berempat ja lah yang lagi tiga busy dengan kehidupan masing masing macam tu la muka semua kan yang busy mentang mentang dah ada anak nak kena jaga hahaha :P
so we decided tempat biasa untuk lepak Jitra Mall ja dekat Jitra mana ada tempat lain dah, nak pergi City Plaza malas sebab jauh la juga kan walaupun tak jauh mana tapi malas itu tetap ada.

so kami berempat ambil keputusan makan ja kerja hari tu. semua tempat kami geledah.
aku bila outing suka pakai simple yang boleh menyelesakan aku.
yeah just jeans, kemeja, bawal, sandal and outing hurm, comfort and rasa awesome !

first tempat kami pergi for sure la Jitra Mall hahaha pusing pusing dalam tu then makan lunch, tahu kami makan apa? hahaha
nasi lemak yeah nasi lemak belasah waktu lunch janji perut banyak kenyang. makan pulak dengan capuccino ice blended, aku minta chocolate dia bagi capuccino belasah ja lah salah dengar kot aku pun tak sure kakak tu tapi tak pa lah janji makan.


lepas perut kenyang nampak depan Jitra Mall ada



SNOGURT
so ah ajak makan kami pun jom lama tak makan ice cream hahaha. alah snogurt ni lebih kurang tutti fruitti ja concept sama ja cuma aku rasa snogurt sedap lagi kot hahaha, masing masing punya taste kan tapi benda benda macam ni bukan fav aku la, aku ambil sikit ja pun just RM4 lebih ja see sikitkan aku ambil.



yang penting muka banyak ceria hahaha
lepas makan Snogurt masuk JM balik nak beli barang macam biasalah barang keperluan walaupun tak la perlu mana pun hahaha. tapi masih pusing pusing dalam JM pergh bosan beb.

then aku baru teringat mak boyot ( makcik aku yang sedang pregnant ) dia pesan cool blog dekat aku yeah wajib lah beli perempuan pregnant pesan wajib tau beli jangan memain nanti kempunan dia. so aku pun pergi lah cool blog hahaha. benda berice cream lagi aku makan, dah la baru baik demam. asyik ice ja aku makan mahu aku demam balik ni.

then yeayyyyyyyyyyyy aku suka part ni hahaha
aunty rayha belanja kita cheese cake, sayang awak tau tak. cheese cake tu fav saya forever awak tau tak hahaha. saya suka saya suka hahahah.
yeah SECRET RECIPE here we go hahahaha



rayhan : pilih la pilih la nak makan apa, hari ni aku belanja semua .
amalina : aku macam bermimpi disiang hari ja ni, an nak belanja hahaha ( sambil buat muka ketidak percayaan )




cheese cake + chocolate indulgene = tak habis pun walaupun 4 orang untuk 2 jenis cake nampak tak disitu pembazirannya hahaha.
nama pun wanita kan cakap ja nak makan lebih alih alih tak habis pun hahahaha



then banana split hurm boleh boleh ja tak ada yang special pun, bagi aku benda ni simple ja aku tak berapa suka sangat hahaha.

so kenyang lah kami berempat hari tu hahaha.

Jitra Mall Cafe = Nasi Lemak + Ice Blended
Snogurt = chocolate ice cream
Cool Blog = Chocolate Smoothie
Secret Recipe = Cheese Cake + Banana Split

makan dan terus makan hahahaha
hati banyak suka meh.

ok bye see ya
= aku rindu korang sesangat =



Sabtu, 3 November 2012

Dedicated To Little Sister

assalamualaikum
hye peeps


al fatihah untuk awak. 
dan selamat hari lahir. hari ni 3 November hari lahir awak kan. yes kakak tak pernah lupa. awak sentiasa ada dalam hidup seorang kakak yang menyanyangi adik dia mungkin tiada yang tahu yang aku sangat menyanyangi mu adik even kita hanya berjumpa untuk beberapa jam sahaja tapi adik ada dalam diri seorang kakak.

mungkin orang melihat aku sebagai anak tunggal tapi kalau la awak still ada mesti kita akan jadi best friend kan. hurm mesti kita akan jadi sibling yang sangat sangat baik because i love you so much. aku selalu bermimpi aku punyai adik tapi aku tahu semua tu hanya angan angan. realitynya aku tak da adik. kalau aku yang tak pernah melahirkan dia pun sangat rasa kehilangan inikan pulak mama dan abah aku lagi lagi merasa kehilangan dia. 

16 tahun dah pun dah berlalu adik
but awak sentiasa hidup dalam diri ini, mungkin kita tak pernah berjumpa tapi kita hidup dalam hati masing masing. 

you're my little sister that i love you so much. no one can replace you in my heart even you already on beautiful place at there. 

3 November 1996
awak lahir sebagai adik kepada amalina.
dan lahir menjadi puteri kedua encik yaakub dan puan jamaliah
tapi
Allah lebih sayangkan awak dari kami semua.
mungkin ada hikmah bagi setiap kejadian kan.

apa yang pasti kasih sayang takkan pernah mati sampai bila bila.
walaupun jasad sudah hilang
awak sentiasa ada.

berbahagialah di sana sayang.
one day kita akan sama sama juga.

thanks for reading.

Al-Fatihah Ummi.


Jumaat, 2 November 2012

HIM

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mctk5313al1rxg6n5o1_500_large

bila tangan aku di keyboard ni sebenarnya aku tak tahu aku nak tulis apa walaupun tangan aku sangat miang keladi untuk menaip dalam blog aku ni tapi aku tak sure aku nak cerita tentang apa? sebab tu lah aku suka cerita mengarut yang tak da kena mengena pun kadang kadang dengan hidup aku. tapi aku still story sebab aku suka MAYBE? hahaha :P

" Him "
personal life gitu kan.

kawan aku seringkali bertanyakan ke aku kenapa aku masih single sedangkan remaja yang seusia aku sudah ada mr.right mereka yang text mereka setiap hari yang belanja breakfast,lunch and dinner mereka setiap hari yang mampu menjadi tisu mereka dikala mereka sedih yang menjadi pemerhati setia adalah aku apabila mereka buat drama swasta. yeah !

dan jawapan aku mudah sahaja aku masih belum jumpa dan belum bersedia untuk bercinta mungkin aku masih menunggu seseorang yang bukan untuk dijadikan boyfriend tetapi seorang husband. maybe. semua ini ketentuan tuhan aku sebagai hamba nya hanya melakukan apa yang aku mampu. aku bukan lah seorang wanita yang perigi mencari timba tapi aku seorang wanita yang tahu batas batas apa yang boleh dan tidak boleh dengan yang bukan muhrimku.

mungkin ada yang nampak aku kurang mesra dengan lelaki tapi aku punyai sebab tersendiri. aku bukan jenis yang mudah untuk orang dekati aku mungkin hari ini orang nampak aku macam mudah didekati tapi esok orang akan nampak aku susah untuk didekati pula. aku bukan mudah menaruh harapan kosong kepada orang yang tidak selayaknya. aku hanya menaruh harapan bila aku yakin dia yang aku cari selama ini.

mungkin diusia aku ada yang berkata aku kolot sebab masih single tapi hanya satu yang aku ingin berkata.

" amalina yaakub in relationship with encik yaakub, puan jamaliah dan Allah dan Rasul "

itu sudah cukup untuk aku sekarang diusia aku sekarang. mungkin ada juga yang berkata aku ni " tak straight " agak giler soalan itu apabila ditanya. jawapan aku hanya satu.

" if you think that you always lame "

adakalanya kita bersendiri tanpa boyfriend seringkali disalah anggap oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjwab dan pihak pihak yang tidak membayar insurans ini. kadang kadang sebagai manusia aku hanya biarkan sahaja kerana aku tahu siapa aku yang sebetulnya.

mungkin 1000 orang boleh bertanya 1001 soalan tapi 1 jawapan hanya ada pada diri sendiri. sejauh mana awak tahu mengolah jawapan yang awak ada menjadi 1 jawapan yang mampu membuatkan mereka mereka ini rasa seperti ingin terjun di dalam telaga sahaja .

yeah cukup setakat ini.
malam semakin memanggil ku untuk melelapkan mata.
bye
ada masa kita berjumpa lagi.