Khamis, 31 Januari 2013

Jom Mandi Sungai !

Assalamualaikum
hye peeps

yeah finally jom kita bercamping di Yan, Kedah !
it's awesome ! tiada kata seindah gambar, cewahhhh hhahaha
3 hari 2 malam satu memori yang best yang relax dan have fun.


secara jujurnya aku bukanlah kaki camping tapi boleh la kalau untuk suka suka hahaha tapi kalau every week korang ajak aku camping memang aku give up la sebab aku bukan minat sangat camping camping ni. errrr no no no.


finally we're here 4 orang bersama tambahan lagi 1 orang hehehe, apa yang penting muka keceriaan itu ada.


budak kecik tu comel sangat sangat :)


muka ini lagi hahaha


dilitupi kabus *cewah* bajet dekat negara 4 musim pulak hahaha


sesungguhnya manusia manusia itu sangat kecil


mandi sungai tak ajak *jeles* hahaha


yang penting ini semua awesome dan last day 
and tiba masa untuk say bye bye :P

------------------

habis dah tengok gambar jom kita bercerita hahaha, sebenarnya aku bukannya camping sangat pun cuma paling letih sepanjang camping tu is jungle tracking sebab aku dah lama tak exercise bila sekali kena jungle tracking aku akan rasa memang pancit la tengah jalan tu kena tarik nafas dalam dalam dulu la sebelum nak continue thats why sepanjang kami semua berjungle tracking aku senyap ja kawan aku yang lain mulut pot pet pot pet aku? ha senyap macam wujud tak wujud ja hahaha.

sebenarnya banyak kisah tersirat sepanjang camp ni tapi aku malas nak cakap panjang panjang sebab aku tak tahu nak bercerita tapi apa yang best hahaha semua lah best hekhekhek.

p/s : penulisan aku semakin hancur aku rasa hurmmm 
okey lah
bye bye :P



Isnin, 28 Januari 2013

Happy Tua Day !

Assalamualaikum
hye peeps


yeay zimi dah tua, 26 januari umur anda dah cukup 19 tahun sila jangan perasan seperti 9 tahun lagi hahaha, yang pentig aku masih muda juga, yeah aku kan baru 12 tahun ( fakta ) hahaha.


anak siapa yang terlepas ni kenapa comot sangat aihhh 


senyum besar nampak tahu la happy pun hahaha :P


yeah finally cream milik anda seorang sahaja hahaha :)

rasa macam lama aku tak update blog aku cerita tentang personal life aku, tapi hari ni yeay finally aku dapat update cerita my story, tapi bukan aku lah tapi kawan aku yess, this for you budak bucuk ( zimi ).

happy tua day dear, semoga Allah memberkati hidup KAK, dan semoga sentiasa menjadi seorang yang baik dan lebih baik lagi pada tahun ini dan seterusnya, sesungguhnya hati yang suci sangat susah nak cari dan aku tahu hang baik kan. i love you my friend.

alkisah sebelum nak sambut birthday budak ni, memang plan dari bulan 12 lagi dengan nad nak beli apa, nak buat dekat mana, nak buat apa, bayangkan bulan 12 lagi, macam biasa nad ketua hahaha :P

ada satu hari tu aku tipu hang la zimi perasan tak kata aku nak kena balik urgent, sedangkan aku keluar dengan nad and zimah pergi cari hadiah hang, aiyoo punyalah aku tipu serius takut kot hahaha tapi ni semua kan untuk hang juga budak bucuk hahaha. ada one day tu hang buka phone aku tengok pic aku dekat cool blog dengan picture hadiah lagi takkan tak perasan hahaha, memang kami semua cuak dah hang dah tengok hahaha habis frust la kantoi dah hahaha 

then tak sangka 26 tu ada camping hahaha, tak leh nak celebrate birthday hang kan, baru balik camp penat la sangat kononya hahaha sedangkan hampeh bukan buat apa pun cuma penat berjungle tracking ja sebenarnya hahaha. saja tak nak wish ingat kami lupa ka mesti la tak lupa hahaha. then boleh buat muka tak bersalah tanya soalan " eh hang buat kenduri apa er? '' hahaha ( takkan tak kenal aku yang suka buat muka innocent habis la ).

so now kami minta maaf kalau terasa hakhakhak.
apa apa pun kami ingat tau bithday hang, takkan tak ingat birthday kawan sendiri hahha.

so now dah tua hahaha
sila lah menjadi dewasa sekarang hekhekhek :P

bye

p/s : birthday aku tolong jangan lupa hahaha, kalau lupa aku campak dalam laut sorang sorang :P



Isnin, 21 Januari 2013

Diam Penyelamat Kutukan, Macian, Penghinaan

Assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_m1e3mkwfgh1r71b95o1_500_large

penyelamat untuk mengunci mulut mulut yang membenci kita adalah mengunci mereka dengan DIAM, kita manusia tak mampu nak puaskan hati semua orang dan kita juga manusia yang punya beribu kelemahan yang setiap orang boleh nampak dan jadikan jalan untuk mengutuk, mencaci, menghina kita. sebab dalam dunia ni tak semua manusia sukakan kita dan kita juga tak sukakan semua orang jadi kita kena selalu set kan dalam minda kita apa pun yang terjadi " aku tetap aku " yang mengata itu boleh teruskan mengata tapi apa yang dia dapat?

bila ada mulut yang berkata kita ni naif akan semua benda biarkan dia berkata, kerana kita tahu siapa kita dan orang yang hampir dengan kita juga tahu siapa kita dan semestinya DIA juga tahu siapa kita. mungkin kita tak mampu jadi seperti apa yang orang lain inginkan kita jadi seperti itu tapi kita jadilah sesuatu yang boleh membuatkan orang lain tersenyum dan bahagia dengan apa yang kita buat. semakin banyak membenci kita semakin banyak yang sayangi kita tanpa kita sedar akan kewujudan dia, dia ada cuma belum sampai waktu untuk kita tahu siapa yang sentiasa ada dan sokong kita.

dalam hidup kita, jatuh bangunya kita akan ada seseorang yang sentiasa hulurkan tangan dan beri kita semangat semula untuk terus bangun dan kuat, untuk hidup dalam dunia manusia ini bukan mudah seperti yang tertulis dalam NOVEL, ianya tersangat susah kekadang kita bagai berusaha untuk melarikan diri dari masalah tapi masalah itu takkan pernah hilang kerana masalah dijadikan untuk kita belajar menjadi lebih kuat tanpa kita sedar kuatnya kita bila kita mampu tersenyum bila masalah itu tiba.

kadang kadang penyelamat untuk masalah adalah kita duduk dan berdepan dengan masalah itu, jangan belajar lari dari masalah ( macam aku sering lari ) sedangkan sejauh mana aku lari, masalah itu akan terus mengejar aku tanpa aku sedar, bila kita yakin masalah itu hilang dengan lari kita sangatlah rugi kerana masalah itu sentiasa ada dan ada bagai cctv yang tahu kita dimana. untuk mudah dan hilang dari masalah cuba berdepan dan kalau jalan dia adalah DIAM, teruslah berdiam. tapi kalau jalan dia adalah kata kata kita harus berkata kata.

senyum dan diam 
penyelamat untuk diamkan mulut manusia yang " busuk baunya " .

p/s : air mata dan tidur bukan penyelesaian semua masalah :)
dear listen, diam adalah jalan terbaik dari kita terus berkata kata dan membuatkan mulut itu terus akan bercakap.



Sabtu, 19 Januari 2013

R.I.N.D.U awak !

assalamualaikum
hye peeps

428046_2632895665649_21955650_n_large

rindu satu perasaan aneh yang kita rasa saat kita rasa jauh dari seseorang yang kita tak tahu bahawa pentingnya dia dalam hidup kita, mungkin kita boleh kata kita tak akan rindu dia dihadapan dia saat dia masih didepan kita tapi bila dia mula pergi dari hidup kita dan semakin menjauh kita rasa saat itu kita inginkan dia bagaimana kita inginkan sebuah kesempurnaan dalam hidup.

aku rindukan dia, rindu ingin menjadi sahabat dia, rindu ingin menjadi insan yang hanya satu satunya dia kenal, rindu ingin menjadi teman sejati disaat jatuh bangunnya dia tapi semua itu hanya mimpi kerana aku dan dia hanya sebuah memori yang dicipta dahulu kala dimana zaman kanak kanak penuh fantasi. tapi kini realitinya dia hilang bagai tiada petunjuk ingin dicari dimana dia tapi aku tahu dia ada cuma tak tahu dia dimana.

aku rindu untuk terus berada di sebuah tempat yang bertemunya sahabat yang sering berada disebelah aku yang sentiasa tak pernah putus asa melayan kerenah aku yang susah untuk difahami orang yang baru kenal aku sahaja, rindu disaat kami semua makan bersama diluar surau sambil ketawa dengan cerita masing masing dan rindu untuk terus berjalan dengan hayunan langkah kaki ini ke kantin hanya kerana sebiji kuih, rindu untuk terus menikmati udara segar disana yang aku tahu punya banyak memori yang kami semua cipta dan coretkan yang hanya ada didalam hati.

disaat awal tahun begini aku sangat rindu keriuhan dengan sahabat sahabat aku mencantikan "syurga" kami disana demi untuk terus belajar selama setahun, rindu akan kawan kawan yang sering bertikam lidah akan hal sekecil zarah yang kadang kadang ianya sangat kebudak budakkan tapi itulah yang menceriakan kami semua, rindu akan menconteng segalanya atas sehelai kertas dibelakang kelas sambil guru fizik dihadapan. kami tahu kami nakal tapi apa yang kami inginkan suapaya mata kami semua terus berjaga dari tidur.

aku rindu si gemuk dahulu yang sering dibuli dan dikutuk oleh seorang insan yang membuatkan kebencian itu wujud hingga kini, mungkin ada yang kata itu hanya gurauan tapi bagi aku itu adalah kekejaman, mungkin dia benar aku bukan siapa siapa tapi aku juga insan seperti dia yang punya hati dan perasaan yang punya mata yang melihat segalanya dan yang punya terlinga mendengar segalanya tapi aku punya mulut namun mulut ini terus terkunci kerana dia ingin terus dibisukan dihadapan insan itu.

mungkin benar dulu aku bukan seorang manusia yang punya mulut untuk berkata tapi perlukah wujudnya insan seperti dia?

ingatlah wahai hamba Allah hidup kita bukan bersandarkan kata kata yang hebat tapi hidup kita bersandarkan kelakuan yang hebat yang disanjung DIA bukan kamu kamu diluar sana. ingatlah apa yang pernah terjadi dahulu belum tentu perkara sama akan berlaku kini. hidup bagaikan putaran siang dan malam.

p/s : aku rindu kamu, kerana kamu insan yang punya hati, aku rindu kamu kerana kamu insan yang pernah membuatku rasa erti perasahabatan dan aku rindu kamu kerana kamu insan yang yang diajar untuk terus dicintai insan lain. :P

bye 
good night dear !


Khamis, 17 Januari 2013

" Kamu Mampir Setapak Padaku, Tak Mengapa Jika Kau Lambat, Aku Tunggu " - Dr. Anwar Fazal -

Assalamualaikum
hye peeps

546320_401746316510615_597914310_n_large

bertapa panjangnya tajuk pada malam ini hahaha :P yeah aku suka ayat tu dari dr. anwar cousin syamsul yusof yang anak yusuf haslam yang pengarah drama gerak khas tu hahaha kenal kenal ? 

" kamu mampir setapak dekat padaku, tak mengapa jika kau lambat, aku tunggu "

ayat dia sangat mendalam dan ada certain yang tak faham apa yang ingin disampaikan begitu juga aku yang masih tak faham tapi aku fahamkan based on apa yang aku faham hehehe.

mengikut dalam otak aku, seseorang yang kita inginkan dalam erti kata lain jodoh kita, dia dah hampir dengan diri kita tapi masih terlalu perlahan untuk dekati kita kerana kita sendiri masih perlukan ilmu untuk menjadi yang terbaik buat dirinya dan dirinya juga begitu masih ingin menjadi yang lebih baik sebelum berhadapan dengan kita dan dengan itu kita akan terus menunggu dirinya, siapa pun dia hanya Allah yang tahu dan kita harus terus cuba mendekati.

tergesa gesa mencari cinta, takut itu bukan untuk kita. 

p/s : lama tak update blog dan aku tahu hanya aku seorang merindui untuk membaca blog sendiri muehehehe  :) 
p/s : mencari cinta bagai mengharungi sungai yang kita tak tahu penamat dia dimana. dan akhirnya cinta paling hakiki hanya DIA.



Ahad, 13 Januari 2013

Kesempurnaan Itu Tiada

Assalamualaikum
hye peeps

7195718058_5c617afb07_z_large

hola, lama kan tak tengok aku update blog hahaha *tolong angguk* hehehe, tak lama mana pun just berapa hari ja cuma bagi aku lama la juga kan, biasalah aku kan pengemar blog aku sendiri. eh !

sekarang ni dekat facebook, twitter kebanyakkan yang update something dekat sana selalu menunjukkan yang mereka itu SEMPURNA aku pelik sebenarnya bila baca ayat ayat diorang bagikan diorang tahu segalanya dan bijak dalam segala hal especially bab agama, mungkin ada yang kata " salah ka aku nak update beb agama? " yeah mungkin tak salah cuma cara awak bercakap itu bagai awak bijak dalam segala hal sedangkan kita ni insan yang lemah dan kerdil secara jujurnya kita ni tak tahu apa apa pun sebenarnya.

bila kita dihadapan orang yang jahil bab agama kita bertindak bagai kita lah tahu semua benda bab agama sampaikan kadang kadang cara kita menegur dia dan cara kita untuk tarik dia lebih dekat kepada Tuhan itu dengan cara yang salah yang membuatkan dia memberontak dan terus diri dia hanyut tanpa arah.

kadang kadang kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada hingga lupa siapalah kita dalam dunia ni mungkin satu dunia menjanjungi kita tapi ingatlah adakah semua itu memenuhi hidup kita yang serba serbi kekurangan ini?

mungkin kita berkata " hidup hanya sekali jadi kena enjoy dulu " adakah hidup ini hanya untuk enjoy yang sering manusia katakan itu hanya fikir keseronokkan sahaja hingga lupa kiri dan kanan sedang mencatit apa yang kita lakukan, baik atau buruk itulah jalan yang kita pilih sebab enjoy hahaha.

aku cuma insan kerdil yang tak punya ilmu setinggi bintang di langit tapi aku cuba untuk mengejar ilmu yang tingginya akan semakin tinggi kita rasa bila semakin banyak kita terusan mengejarnya tanpa ada penutup hingga kita sendiri yang menutup buku kehidupan di dunia ini.

aku cuma seorang hamba yang tak punya harta yang tak punya kedudukan yang tak punya hati yang luhur yang tak punya diri yang cantik dan yang tak punya hidup ini tapi apa yang aku tahu aku punya kekurangan yang harus aku pebetulkan sehingga kekurangan itu menjadi kekuatan buat diri ini.

so sekian
bye
love you
miss you
and
have a great day guys.


Isnin, 7 Januari 2013

Anyone Can Be Happy. If They Know How To Be Happy.

Assalamualaikum 
hye peeps

Tumblr_mfoos0ualh1qe7mxjo1_500_large

" ANYONE CAN BE HAPPY, IF THEY KNOW HOW TO BE HAPPY "

tajuk aku kemain panjang, nak over ja bila bertajuk memang tak boleh belah. tapi aku rasa tajuk panjang lebih nampak ke"awesome"man disitu, itulah kenyataanya. yang kalian harus percaya :)

before aku nak buat add math aku ingat nak update blog la kononnya dulu tapi buka ja home blogger, otak macam blank ja nak update benda apa sedangkan hati rasa nak update tapi otak kosong then aku pun duduk depan laptop berjam sambil laptop tengok aku, aku tengok laptop, awesome kan? yeah i know.

tetiba otak aku yang kecil ni dapat idea untuk update tentang happy lepas tengok picture yang kawan kawan aku snap dalam pusat islam tadi hewhewhew. rasa suka pulak tengok walaupun muka aku antara semua lah yang paling comot sekali, itulah yang kenyataan tak dapat disangkalkan lagi.


walaupun comot tak pa cuba berlagak happy jangan terlalu tunjuk sangat kecomotan anda di depan orang lain, just jadi ja happy, benda tu kita yang boleh switch kan dia, bukan orang lain. benda begini kita boleh rasa ak on atau nak off. 

kita selalu cakap kita tak happy, tapi kita fikir ka yang kita sebenarnya yang tak nak happy bukan sekeliling kita yang tak happy tapi musuh dia DIRI SENDIRI. apa susah nak happy main game angry bird tu pun kadang kadang boleh buat kita happy or dengan dengar cover lagu dari encik mimpi pun mampu buat kita happy ( itu aku la tu kan ) even tengok aizat dengan misainya pun boleh buat kita happy hahaha 

tahniah terukir di bintang by Yuna yang dinyanyikan Aizat in AJL27 *saya suka saya suka* hahaha.

nampak senang ja nak jadi happy kalau kita tahu macam mana nak happy, tepuk pipi tanyalah diri, nak happy ka tak nak? your choice.

aku nak cakap kan tak yah la duk buat muka berkequt 2 juta tu tak nampak comel pun, masam ja 24 hours apa yang hang dapat? 

bye awak semua
love you !

p/s : mentang mentang semalam Black menang AJL tapi dalam kelas business math fulamak phone aku bunyi lagu penganti beb. *malu sambil tutup muka, dan sambung tengok lecturer*.

p/s : eh kalau orang luah perasaan dekat awak pun boleh buat happy juga tau hahaha :P tak kisah la perasaan apa pun. kihkihkih jangan perasaan benci sudahhhhh... kalau perasaan cinta? ha? ha? *i wait for you, for long time and at last you say it* thank you hahaha :P


Jumaat, 4 Januari 2013

2013 : 1.1.13 : 4.1.13 SuperMAN beriMAN

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mg2ednxdvr1r6je56o1_500_large

yeah akhirnya ini jumaat yang pertama bagi tahun 2013, sampai waktu ni aku masih terkejut sebab cepatnya waktu berlalu, masih terawang awang dalam minda aku detik aku ambil slip keputusan spm pada march 2012. masih terbayang bayang saat aku menangis atas semua kesalahan yang aku lakukan di tahun 2012, dan masih diawang awangan saat penat aku terbalas dengan kegembiraan di penghujung 2012. masih termimpi mimpi bagai 2013 belum muncul tapi itulah kenyataanya, hari ini 4 januari 2013. dan umurku dah menginjak ke 19 tahun. terasa cukup tua dan terasa untuk aku menjadi lebih matang.

tahun 2012 banyak detik detik suka duka kehidupan aku yang banyak aku coretkan dalam ingatan yang aku kurang coretkan di blog, entah aku menjadi malas kadang kadang untuk mencoret disini mungkin sifat malas yang masih berbaki dalam diri. tapi untuk tahun ini 2013 aku sudah berjanji untuk kurangkan sifat sifat yang tak sepatutnya itu dan fokus dengan apa yang ingin dicapai dan digengam.

dan apa yang best untuk 2013 aku jatuh cinta dengan superMAN beriMAN aku tak tahu la sebab apa kan tetiba perkataan tu muncul so tema blog kali ni la hahaha

" mencari superMAN beriMAN "

cewah statement nak gempak ja amalina :) tapi betul la dalam hidup kita dan semua manusia inginkan yang terbaik dalam hidup masing masing so macam aku, aku inginkan seorang superMAN selain abah aku sebagai superHERO aku. bukan inginkan yang sempurna cuma inginkan yang boleh terima kita siapa kita yang boleh terima kita siapa keluarga kita yang boleh terima kita apa adanya tanpa ada rasa was was. dan yang boleh lengkapkan apa yang kurang dalam hidup kita. { peace } apa yang aku sedang ulaskan ini.

2013 aku harap sangat akan menjadi tahun yang bawa keberkatan untuk aku, yang penting aku harapkan result semester 2 dan 3 yang lebih baik dari semester 1. dan aku juga harapkan aku mampu dikelilingi orang orang yang baik dan ikhlas dan jujur. aku juga harap sangat aku dikelilingi rakan yang serba serbi mampu menerima aku siapa aku diluar sana.

2013 juga aku punya visi aku nak lesen kereta aku nak lesen kereta. hahaha :P dan yang paling utama semoga aku boleh menjadi insan yang lebih baik sebab aku tahu aku bukan seorang yang baik mungkin aku bertudung tapi hati itu masih belum bertudung sepenuhnya. mengerti maksud aku? hati yang masih belum sepenuhnya suci. yeah aku tahu untuk menjadi insan yang baik HATI yang harus dibersihkan dahulu. { semoga ALLAH memberkati niat yang ingin kita lakukan }

so bye guys
selamat menjalani tahun baru
dan
selamat menjadi diri yang lebih baik.

p/s : superMAN oh superMAN