Sabtu, 30 Mac 2013

Oh JPJ ! Anda Awesome! 48

Assalamualaikum
hye peeps

484809_362460587196106_1086409552_n_large

26 MARCH 2013
finally aku punya lesen memandu bahaha tetiba rasa teruja bila dah ada lesen walaupun aku tahu semua orang akan ada lesen bila dah cukup umur nak boleh ambil lesen, for sure aku still rasa teruja sebab rasa eh amalina yang penakut nak drive finally lulus hahahaha.

walaupun takut tapi keinginan untuk ada lesen itu membuak buak cuma untuk ambil lesen motosikal ja macam aku akan fikir berkali kali juga lah sebab getaran itu sangat hebat hahaha. tapi yang penting lesen kereta dah ada jadi lah. sebenarnya aku tangguh lesen aku dah setahun lebih bayangkan after habis SPM bulan 12 tahun 2011 tu aku bayar duit untuk dengar ceramah KPP, then 2012 baru aku sambung buat ujian komputer alhamdulilah sekali ja aku ujian dah lulus then aku buat teori and practical dalam hujung bulan 2012. sampai kena renew L aku tu baru aku sambung buat latihan 8 jam. bila buat latihan 8 jam tu memang waktu tu aku dah serius aku nak dapat lesen tak nak main main dah. dan yang paling best aku ambil test sekali cik jat kesayangan ku hahaha.

nampak tak getaran disitu punya takut nak ambil sengsorang sampai tunggu nak buat QTI and test JPJ dengan cik jat aku, sanggup tunggu dia cuti sekolah ambil sekali, walaupun aku tak cuti sem tapi cik jat aku cuti dah nama pun cikgu sah sah cuti time cuti sekolah. then pontenglah aku kelas hari selasa tu semata mata JPJ punya pasal. fuhhhh

tapi getaran nak test JPJ tak sehebat getaran nak test QTI. bayangkan aku nak test QTI kaki gelabah mengalah kan apa lagi sampaikan nak tekan minyak pun tak lepas sampaikan nak naik bukit pun rasa naik tak naik ja then waktu JPJ alhamdulilah semuanya smooth. mungkin getaran tu 70% aku dah habiskan waktu QTI maybe hahaha.

semua yang tester JPJ sangatlah baik, aku tak da lah kena marah dengan diorang pun, walaupun muka diorang mengalahkan orang yang nak buat hukuman keatas aku. but good korang memang terbaik lah hahahaha..

before nak dengar taklimat and ambil number untuk test aku sempat lagi main game dalam mengelabah tak berapa nak gelabah tu main game kemain aku siap boleh senyum sorang sorang lagi main game punya lah aku nak buat tak tau dengan rasa debar tu haha sampaikan aku terperasan ada budak tu tengak kusyuk tengok aku main game, hamboi cik abang tak pernah tengok anak dara main game ka? hahaha, macam aku nak ja bagi tau dia " saya tengah takut ni dik sebab tu saya main game." hahaha aku anggap macam adik ja diorang tu semua aku tengok macam baru lepas SPM ja hahaha.

THIS TIME!
bila dah dapat number dengan number 48 dengan semangatnya aku dan cik jat aku yang bernumber 46 melangkah ke tempat 1 untuk test bukit ok fine, bukit paling mencabar okey, dalam banyak banyak test aku buat. parking and 3 penjuru okey. selesai bukit buat parking rasa okey ja lah sebab benda simple ja tapi lupa step mau aku belah pasu depan tu juga hahaha. 3 penjuru finally aku masuk dengan cantiknya walaupun aku main suka hati aku ja belasah tapi alhamdulilah lulus YES YES YES.

so untuk jalan raya dengan confidentnya aku tak berapa nak ketaqqq sangat sebab aku bajet dia nak pergi jalan 1 sebab jarang tester bawa pergi jalan 2 so aku pun relex ja la kan. sekali aku masuk dalam kereta tetiba tengah drive ni nak keluar simpang dia cakap " adik kita ikut jalan 2 " aku ternganga sebentar sebab tak sangka, weyh jalan 2 tu susah kot dah la kena u-turn dekat petronas yang giler susah kot. memang redha ja la ok. kereta number 39 selamat buat baik dengan aku, stereng yang ringan, gear yang baik, cluth yang penuh awesome, thank you! hahaha.
bila dah masuk bulatan nak balik kv dan nak stop kereta hahaha, aku buat gelabah boleh main break mengejut suka hati aku ja sampai JPJ tu kata " terkejut saya " hahaha, yang penting lulus der hahaha

YES YES YES FINALLY I WANNA SAY BYE BYE KV
tak nak datang dah sini hahaha kecuali one day anak aku nak datang belajar kereta dekat situ aku pergi la hahaha :P kalau aku ish tak mau dah la......

dan alhamdulilah cik jat aku pun lulus juga, kami berdua riang ria lah balik rumah tok aku, sambil senyum sampai ke telinga sebab bila aku nak test jpj sungguh ada yang mencabar diriku hahaha rasa geram and finally i got it. tapi sungguh aku ni kan, dalam duk text cik zubai aku nak suruh dia datang ambil boleh aku gtau dia "cik ina fail." wahahaha siap boleh tanya aku lagi, fail dekat mana? hahaha.

macam macam pesanan aku dapat pagi tu

mama : ina baca doa sebelum buat test
abah : diam seribu bahasa (nervous la tu anak nak test JPJ)
wan : buat bagi elok boleh aih
tok : baca doa banyak banyak.
paksu : before nak masuk g jalan raya bagi salam dulu dekat jpj tu.

yang bestnya dapat text dari kawan kawan aku yang serious tak leh belah.
aku nak print screen hahaha

hampeh giler an bagi wish rasa nak ja hempuk budak ni hahaha :P

thank you nad bahahah 


thank you mummy deeyah hahaha
ok aku dah hati hati dah time test tu hhaha

ada ka patut suruh aku mengorat pakcik JPJ tu sesuka hati dia ja.

thank you kak zimi bahahhaa

memang aku dah anggap jpj sebelah aku tu tak dah time aku bawa.

yang bestnya bila dapat ja tahu aku lulus diorang diorang pulak yang excited lebih pada aku hahaha.

macam tau tau ja aku ni gangster hahahaha.

pikah paling excited bila aku kata aku lulus, banyak pulak soalan dia tanya hahaha.

saja ja nak print screen bertapa korang adalah insan insan yang mempunyai tahap keterujaan yang tinggi bila aku ambil test jpj. kuikuikui., chill ar jangan marah hahaha.

and alhamdulilah and thank you Allah cause
give me 
a beautiful family 
and
a beautiful friends
it's wonderful to have them and thank you for bring them to me and always beside me 
you guys cool !

aku teruja thats why aku tulis dengan panjangnya hahaha :P

bye
love you !



Sabtu, 16 Mac 2013

Camping Here We Go !

Assalamualaikum
hye peeps

8 march 2013 - 9 march 2013
yeah muka ceria untuk pertama kali bercamping bersama sama budak budak bucuk ku ( aku kan boss ) camping bersama mereka bawah kelab kaunseling satu moment yang boleh buat rasa nak ja rindu diorang semua. kan kan kan. miss that place. rindu dorm yang superb lighting, rindu makanan yang boleh diterima tekak, rindu buaian mengimbau zaman kanak kanak, rindu kak dan abang yang jaga makanan yang sangat suka senyum, rindu surau yang jadi tempat kami berlima tetidur, rindu dewan yang punya banyak games, dan rindu segalanya. (rindu la sangatkan).

camping tu 2 hari 1 malam ja pun tapi kami rasa macam kami pergi 1 minggu meh sebab sangat letih sedangkan bukan ada aktiviti lasak sangat pun cuma yang paling extreme sepanjang camping tersebut adalah naik bas yang macam aku naik flight dalam cuaca yang buruk. driver bas tu bawa macam nak suruh kami tempah keranda awal awal ja, serupa nak bunuh kami pun ada. dah tahu jalan dia selekoh banyak bawa la slow slow ini tak bawa macam nak suruh aku cepat dapat heart attack ja. HAMPEH. kami student ada hak untuk suarakan pendapat walaupun pendapat kami kebudak budakkan.

apa apa pun sampai rumah dengan selamat alhamdulilah masih boleh peluk cium mama abah aku, kira alhamdulilah la tu. 

walaupun sekejap ja camping " TEAM BUILDING " tapi banyak yang kami dapat. walaupun lebih kepada camping santai santai ja tak da lah rasa macam camping yang sebelum sebelum ni . hewhewhew.



muka ceria sebaik tiba di bermuda resort setelah berhempas pulas pening kepala disebabkan bas serupa roller coaster. masih boleh senyum maksudnya alhamdulilah umur panjang lagi la tu. :). nak datang tempat ni pun ustaz sebagai lecturer club pun tak tahu, driver bas tu lagi la tak tahu tapi yeay alya penyelamat jalan kami semua hahaha. selamat alya tau kalau tidak faham faham la.


after makan petang, mula la sesi tangkap gambar bukan sesi aktiviti lagi er. cuma aktiviti tangkap gambar before tunggu nak maghrib dan LDK 1. so tangkap la gambar banyak banyak. rasa nak ja tempek dekat sini tapi bila ingat ingatkan balik malu pulak nak tanya muka memasing yang super excited nanti yang membaca kata budak budak ni over pulak. aku puji abang dan kakak yang jaga makanan dekat kem ni sangat lah suka senyum hahaha. salute lah. bagus bagus buat kerja dengan senang hati bukan terpaksa.


then after maghrib mula lah LDK 1. sangat the best. walaupun kami sikit hanya 30++ orang ja tapi gaya macam 100 orang ja dalam dewan tu bahahaha. moral dari LDK 1 tu belajar beramah mesra dengan orang walaupun kita tak rapat cakap ja lah apa pun dengan dia, bukan jadi kayu macam aku. aku memang suka jadi kayu lebih memilih untuk senyap. yeah aku tak banyak cakap, dalam blog ja aku banyak cakap eh bukan banyak type. so malam tu nak tak nak aku tetap kena tegur orang and tanya soalan walaupun malu . {saya pemalu}. tapi nasib baik half dari kelab tu budak kelas aku so tak lah rasa janggal sangat walaupun dalam kelas jarang bercakap dengan diorang diorang ni tapi ok la :) {you did a good job amalina} 

then tibalah masanya kami dibahagikan kumpulan. woot woot.
setiap group lelaki as kepala kepada semua, dah diorang ada 6 orang ja. semakin pupus nampaknya. kesian kesian.


diketuai fad - aku lupa nama group diorang ni apa tapi yang aku ingat group ni ada kisah api api kot tak ingat lah.


diketuai amin - group ni ada bintik bintik badan lembu. 


firdaus as ketua - kpop bro. tak silap aku la group ni ada ular ular sikit. {binatang yang dibenci}


arif as ketua - ha yang best group ni semut diorang lukis sangat comel. terpesona aku tengok. and semut diorang ada wife and husband,


group yang diketuai hafiz - sila lah puji sila lah puji group sendiri ni. dan semestinya aku bukan seorang presenter yang baik aku jadi kayu betul, sedap ja mulut 3 orang budak tu kutuk aku kan. rasa macam nak ja balas balik kan tulis dalam blog bahahaha. tapi tak pa lah. kawan kawan biasalah melawak. faham faham.


group yang diketuai lee min ho bahahaha {amar} - group yang sangat pemalu seperti ketua diorang juga. pemalu. :P 


dan berakhirnya group presentation di kandang rusa. lihatlah kami semua :)


untuk last aktiviti before aktiviti yang dikendalikan Puan Laila. ada treasure hunt. lebih kurang macam tu la dan group aku antara yang ter'awal' hantar harap maklum :P and it's awesome guys. kalah menang semua bukan yang dikejar tapi apa yang dikejar kenangan bersama.

dan bye bye bermuda resort aku akan rindui kau. walaupun sekejap tapi best. not bad.

lokasi kedua before balik 
home sweet home

Ladang Anggur / Grapes Vineyard 


biasa biasa ja dekat sini, nothing special, masuk murah ja RM4  so tak lah rasa teruk sangat kira ok lah untuk rehat rehat. dan waktu kami pergi tu waktu dalam pukul 3 lebih so panas sangat rasa tak best kalau petang petang, time time redup tu memang rasa sangat awesome la.


berbackgroundkan tasik, walaupun aku nampak macam laut. yes kami disini, tenangkan hati tempat yang sesuai selain laut. 


spoil gambar ada orang interframe kacau fad ni.

an, zimi, sara, syifa.
sebab korang lah malam tu aku tak tidur dan tersengguk sengguk baca yassin pagi tu. macam macam topik dibuka, dari bab sekecil kecil hal polimas hingga sebesar besar negara malaysia. dan paling rare sekali tengah tengah rancak bersembang sekali lampu terpadam, nak kata apa lagi, senyap seribu bahasa waktu tu pukul 3 pagi kot. meremang bulu roma aku. dan malam itu semua jenis cerita terbongkar bahahaha. kisah fina paling best. oh Fahrin Ahmad. giler bayang sebentar :) 

dan cukup lah 2 hari 1 malam di bermuda resort. 
bye
love ya.



Isnin, 11 Mac 2013

Dia Akan Terus Mengejar !

Assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mjfz3wdlpk1rcpv5do1_500_large

lama tak publish entry, rasa sangat lah malas untuk publish apa apa jenis cerita walaupun cerita tu ada manusia suruh ceritakan tapi tangan ini sangat malas untuk menaip. dan aku masih tak menaip pun cerita itu hahahaha. { mengarut menjelma }

hari tu someone chit chat chat chat dengan aku. lebih kurang macam ni lah gaya aku dengan dia bercakap.

Dia : weyh kenapa mamat yang selalu kejar aku dulu, yang selalu buat ayat sweet, nyanyi dekat aku, bagi chocolate, bunga dekat aku dah hilang er?
Aku : oh mamat romeo tu ka? yang .................
Dia : ha dia la, dia tetiba kan sekarang ni dah buat tak tahu ja dekat aku, tetiba aku rasa sedih la.
Aku : kau nak sedih dah kenapa? bukan kau mati matian tak suka dia ka hari tu?
Dia : ermmm suka la juga sikit hahaha, tapi bila dia dah tak ganggu aku, aku rasa sunyi la pulak.
Aku : means dia dah tak sayang kau la tu.
Dia : hurm :(

opinion aku la kan, 
mungkin lelaki tu dah bosan dengan dia sebab dah orang tak suka takkan dia still nak terhege hege lagi kan.
mungkin lelaki tu nak bagi perempuan tu rasa dipinggirkan {hurmm maybe}.
mungkin lelaki tu nak tengok sejauh mana pentingnya diri dia dekat perempuan tu?{eh????}
ha mungkin juga lelaki tu dah jumpa pengganti. {boleh jadi boleh jadi}
mungkin juga la kan dia nak bagi masa untuk perempuan tu berfikir secara mendalam. {sedalam lautan api sanggup ku redahi, choii} 
mungkin mungkin mungkin punya reason tersendiri. 

perempuan ni kadang kadang dia suka dekat someone tu tapi dia ego untuk bagi tahu walaupun orang yang dia suka tu dia tahu suka kan dia juga, tapi dia still buat keras kepala, buat dunno ja. heran heran sungguh. dan mungkin aku pun macam tu juga hurmmm masing masing punya karakter tersendiri. 

tapi kalau betul lah lelaki itu sukakan awak dia takkan berhenti mengejar sesuatu yang dia nak walaupun dia tahu peratus untuk dia berjaya sangat tipis senipis kulit bawang. bak kata kawan aku " alah perempuan tu macam ice cube lama lama cair juga, tunggu ja '' ngek betul lah, boleh dia cakap macam tu. cisssss...

tapi apa pun kalau awak yakin hati awak memang dia, then jangan berhenti untuk terus mencintai dan mengejar kerana pasti dia akan milik awak juga. 

p/s : jangan berkhayal banyak dalam bab cinta ni, hidup kita bukan novel yang sesuka hati kita boleh padam watak tu atau watak ni. hidup kita bila sekali kita pilih, itulah pilihan sampai ke penghujung, kalau dia yang awak pilih, pastikan pilihan itu sampai kehujungnya. 

bye
love you


Sabtu, 2 Mac 2013

Umur Yang Tua!

Assalamualaikum
hye peeps


ahad minggu lepas yeay moksu dah cukup 19 tahun, nampaknya anda dah tua, kami semua masih muda lagi sila jangan perasan keanak anakkan lagi hahaha. btw happy birthday nuratikah bt zainol, may Allah bless you in this world, and be a better muslimah for this year. happy sweet 19teen dear, we love you :P LOL


semua ada tugas masing masing waktu nak celebrate birthday si moksu ni hahaha so bossnya aku lah hahaha *perasan* aku tolong semak dalam kes ni ja, bukan orang terpenting pun..
tinggi aka hazimah - pembuat cheesecake
nad / mak nad - pembuat bihun goreng
sai - pembeli coklat / tepung
ika - pembeli hadiah
aku - pemakan makanan well :*


pergh muka si birthday girl macam nak cari gaduh ja
'' lu mau cari gaduh sama gua ha? ''


we know we love each other even without any word :P


'' teruja aku nak tengok hadiah apa budak budak ni bagi ''


'' hok aloh bagi jam ja ke aku, ingatkan nak bagi Iphone 5 ''
bahahaha, jam pun jam lah moksu tu sebagai tanda, moksu kena selalu bangun awal okey :)


ini semua poyo bahahaha :P


anak siapa ni? awat teruk sangat ni, balik p mandi nah.


'' tolong tolong tolong peragut peragut ''
peragut tepung ja.



and the end
kami berlapan 
diana, sai, moksu, ika, amalina, nad, deeyah, tinggi

and last word from me
HAPPY BIRTHDAY MOKSU.

and kalau ada terkecik hati ka, terkasar bahasa ka, terasa dengan aku ka kan, aku nak cakap sorry lah, biasalah manusia sering penuh dengan salah, dan sama sama lah kita terima kawan kita apa adanya. i miss u my friend.

bye
love you.