Bertanya ?

by - 9:05 PTG

Assalamualaikum
hye peeps




manusia kadang kadang suka bertanya soalan yang kita sendiri tak punya jawapan mengapa dan kenapa? sungguh aku kata bila aku diaju soalan begitu aku terdiam bagai masa berhenti untuk seketika untuk aku hadam setiap soalan yang diajukan. aku pelik sungguh aku pelik, kenapa akal manusia yang ada mereka tak gunakan untuk sesuatu yang berguna, kenapa mereka perlu bertanya aku soalan yang tidak sepatutnya hingga aku rasa adakah mereka masih waras ataupun tidak. aku buntu dan blur. tapi bila soalan itu diaju aku hanya senyum ja lah. bila soalan dibalas dengan senyuman maksudnya, jawapan itu tidak pasti atau tiada langsung.

: Kenapa kau lahir jadi anak tunggal ? :

bila aku diajau soalan begini, aku jadi macam , apakah? dah nak buat macam mana takdir kan, bukan aku yang minta pun, dah memang aku lahir sebagai anak tunggal ka tunggul ka whateberrr arr. tapi aku tetap aku, "amalina" yang kalau kenal aku, kau tahu lah aku macam mana, walaupun anak tunggal yang sangat digelar manja, tapi itu hanya apa yang orang orang fikir, aku tak manja mana pun. macam anak sulung juga cik oii. 

: Kau dekat dengan si R tu mesti kau suka dia kan? :

what? takkan lah sampaikan aku nak tanya hal berkaitan study pun kau boleh kata aku suka dia, even aku jumpa dia bukan kerap mana pun hanya 1 sem adalah sekali, takkan tu pun kau boleh fikir macam tu? beragak la sikit, kalau aku baik dengan semua classmates aku yang lelaki means aku suka diorang semua la? apakah ini? tak semestinya kita dekat dengan dia, kita suka dia sayang, tak semestinya. mungkin dia berbeza jantina dengan kita tapi mungkin dia insan yang boleh bantu kita yang sejantina kita tak dapat bantu. kan?

: Kau tak bercinta, kau tak "straight" ka? :

soalan paling annoying abad ni aku rasa, bagi aku bercinta bukan tiket untuk kita tunjuk kita tu NORMAL atau ABNORMAL, bercinta kalau sekadar nak penuhkan kesunyian kononya la kan? buang masa ja, sunyi tu boleh penuhkan dengan banyak benda, bukan dengan bercinta semata mata, kalau kau rasa sunyi, kau tengok running man pun lagi bagus tau.. ada juga faedah, boleh juga hilangkan stress.. bagi aku bila bercinta orang yang kita cinta tu adalah untuk ke landasan perkahwinan bukan untuk ke landasan menambah dosa. untuk apa bercinta kalau kau tahu dia bukan orang yang akan kau kahwin? 


kadang kadang soalan yang ditanya betul betul buat aku rasa nak hempuk ja kepala insan itu dengan fail yang aku pegang kehulu kehilir dalam polimas. bila nak tanya soalan, biar lah ilmiah sikit, bila kita bertanya ianya menunjukan kebodohan atau kepandaian kita, bila kau rasa diri kau dah besar "saya kuat, saya dah besar" tolong la jadi matang dalam semua aspek, bukan matang bila bercakap tentang kahwin ja, come on guys.. 

bye bye :)






You May Also Like

1 000 orang comment