Rabu, 28 Ogos 2013

Dah Itu Yang Tertulis....

Assalamualaikum

Pinkk

ada perkara yang kita tak mampu untuk memilih sebab itu yang dah tertulis, macam mana aku atau kau cuba lari sekalipun kalau DIA kata itu adalah yang terbaik untuk kita, itulah yang perlu kita lalui. walaupun kita melihat apa yang tertulis terlalu kejam buat diri kita, kita harus teruskan sebab setiap kejadian punya sebab tersendiri.

aku pernah membenci sesuatu sampai suatu saat aku tak mampu untuk melihat perkara itu. tapi mungkin DIA ingin tunjukan itu adalah jalan yang paling baik untuk aku, untuk aku terus survive sampai sekarang dan perkara itu menjadikan aku berfikir bahawa setiap apa yang dibenci mungkin ianya anugerah yang sangat indah kalau kita cuba untuk mengali setiap apa yang ditulis untuk kita.

mama abah, ahli keluarga, jodoh bukan kita yang pilih atau kita yang tentukan tapi DIA yang ciptakan insan insan ini untuk menjadi insan yang sentiasa berdiri di sebelah kita tanpa kenal erti kalah. DIA tetapkan mereka sebab DIA tahu insan insan ini adalah yang sangat terbaik untuk sentiasa mendengar melihat kita sebagai apa. kalau orang lain mampukah bersabar dengan setiap yang kita buat?

aku bersyukur aku dikurniakan mama dan abah yang sentiasa menjadi kekuatan dikala jatuh bangunnya aku, walaupun adakalanya aku menangis kerana kata kata mereka, aku tahu itu adalah yang terbaik, dari setiap perkataan yang dikata adalah pengajaran buat aku walaupun ianya hanya satu ayat yang mudah yang hanya dipandang kosong oleh orang lain. kata kata mereka adalah racun dan kata kata mereka jugalah adalah penawar bagi keracunan itu. 

aku punya ahli keluarga yang rapat disebelah mama dan abah, mereka adalah insan insan yang sangat sesuai untuk menjadi ahli keluarga aku sebab mereka adalah insan yang sangat aku ingin hargai walaupun mereka hanya seorang insan yang nobody but somebody untuk aku. walaupun adakalanya mereka adalah insan yang mampu membuatkan air mata yang payah untuk meniitis ini menitis menyembah bantal, mereka tetap menjadi insan yang aku hargai dari aku lahir sampai lah sekarang, walaupun adakalanya aku argue pendapat mereka tapi sebenarnya aku dengar dan aku fikir setiap yang dikata. 

jodoh, aku masih belum ada final decision, sebab aku masih mencari dan aku belum tahu siapa jodoh aku, baik atau buruk aku sendiri no clue, aku sendiri tiada arah untuk mencari insan itu sebab aku masih belum bersedia dan aku masih belum cukup baik untuk aku berdiri disebelah dia untuk bersama sama harungi satu cabaran dan dugaan dunia. biarlah aku letak soal ini ditepi, masih muda untuk berfikir walaupun orang seusia aku dah berlumba untuk mencari dan berfikir jauh kehadapan ( kahwin ). tapi aku masih berfikir sudah cukup baikkah aku untuk insan itu? sudah mampukah aku menjadi sebaik insan yang dia inginkan? soalan ini yang sering ditanya dihati. 

setiap yang dutentukan, dijadikan sudah tertulis buat kita, kenapa kita nak memilih apa yang sudah tertulis? kenapa kita nak marah dengan setiap apa yang dah DIA ciptakan untuk kita? kenapa kita nak mengeluh setiap dugaan dan cabaran dalam hidup? kita rasa kitalah paling teruk tapi kita tahu ka ada yang lagi teruk? kita tamak sebenarnya bila kita nak setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah apa yang kita ingin kan dan impikan. 

awak dan saya adalah sama
dah itu yang tertulis kenapa masih mahu marah?
terima lah kerana

" mungkin apa yang dibenci adalah baik buat kita, dan mungkin apa yang disuka adalah buruk buat kita "

live your dreams guys.
bye
good night love <3


Selasa, 27 Ogos 2013

To Be Honest ........

Assalamualaikum
hye peeps

Blossom  | via Facebook

to be honest duduk di dalam kelompok manusia yang banyak ragam dan perangai sangat mencabar diri, sangat menguji kesabaran yang senipis kulit bawang, sangat membuatkan diri yang sentiasa tenang berubah menjadi seganas buaya di dalam air. manusia itu banyak ragam yang adakala aku sendiri pun susah nak faham sampaikan aku tinggalkan manusia manusia seperti itu. MAAF aku kata, aku tak mampu untuk berdiri disebelah manusia yang mampu menguji diri aku. aku tak sebaik insan lain untuk terus menjadi baik disebelah manusia itu.

........ eh pagi pagi menaip dengan penuh emosi pulak ........

kadang kadang kita cuba untuk memahami mereka tapi semakin dekat untuk memahami semakin diri ini tak memahami apa yang perlu difahami. sangat susah untuk faham setiap manusia itu. tindakan paling baik tak perlu faham, faham kan diri sendiri sudah cukup. 

kadang kadang kita nak orang lain berubah ikut cara kita tapi kita lupa kita juga salah why not kita yang perbaiki diri kita dahulu, untuk perbaiki diri orang lain, kalau orang lain itu masih melihat lopak dalam diri kita bagaimana dia nak mengikut diri kita yang sungguh serba serbi banyak lopak. 

" awak nak saya berubah mengikut awak? tapi adakah awak sudah berubah? yang manusia mampu melihat awak sungguh sempurna di mata mereka? " 

kadang kadang sebelum kita mengubah insan lain, tengok lah dulu diri kita seperti apa sebelum tangan menuding jari ke orang lain untuk melihat kekotoran mereka, mungkin mereka dan kita berbeza? kita tak boleh jangka yang mereka dan kita dari background yang sama, dia lain dan kita lain, jangan beri kejutan secara mendadak, cuba beri kejutan secara perlahan lahan dan penuh strategi. be professional dear !.

kita nak orang lain melakukan perubahan,
tapi
kenapa kita melakukan perubahan terlebih dahulu?

jangan selalu membangkang apa yang dikata orang lain, walaupun dia seorang pelacur sekali pun kalau apa yang dikata betul, terima lah, bukan mengeji dirinya. sebagai manusia terima setiap pandangan dan fikir apa yang dikata olehnya, kita manusia yang banyak kelemahan yang tak dapat dilihat oleh diri sendiri hanya orang lain yang mampu melihat. 

cermin diri kita siapa? kalau kita bukan sesiapa, senyapkan diri adalah lebih baik dan belajar berubah. 

aku tak sempurna, kau tak sempurna dia tak sempurna dan manusia didunia ni tiada siapa pun sempurna tapi manusia yang sempurna adalah manusia yang selalu melihat dirinya penuh kekurangan dan bersedia untuk berubah setiap hari. 

so GOOD MORNING guys.
start your day with smile and be cheers.

love your live and live your dream.
good luck.

bye.

p/s : nak pergi kelas financial accounting and ubs, hope everyday is a new day for me.
assalamualaikum :)




Jumaat, 23 Ogos 2013

I'm Officially 19 today :) 23 August.

Assalamualaikum
hye peeps



23 August 2013 , yes finally i'm officially 19 years old, no doubt. actually lama dah aku tak berupdate blog aku ni alih alih my tang birthday diri sendiri gedik sangat nak berupdate, tak tau la pasaipa. oh yes lately aku sangat busy thats why blog yang sudah sekian lama ini ditinggalkan untuk sementara waktu untuk penuhi waktu waktu yang aku ada dengan kerja yang lebih penting walaupun kerja tu tak penting mana pun. 

sebenarnya aku disini menaip untuk mengucapkan thank you so much kepada yang sudi wish birthday aku secara langsung atau tidak langsung kahkahkah, terima kasih atas doa korang yang sangat beautiful hehehe, thanks guys, dan ternyata hari ini genaplah umurku. yang tahun hadapannya aku sudah meningkat ke angka 2 dihadapan, oh sangat terasa kematangan diusia itu walaupun diri tak mampu menjadi matang secara keseluruhannya. (bak kata orang tua tua "masuk 20 boleh orang pinang dah" uikkk)

aku busy sampaikan nak ucap selamat hari raya pun dah tak sempat, sungguh menampakkan kesibukkan aku disitu, so disini aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada pembaca blog (cewah bajet ada pembaca, sungguh membajet amalina). tapi apa pun aku nak ucap juga lah, selamat hari raya maaf zahir batin dari aku, kalau aku ada buat salah yang tak nampak ka yang nampak ka, aku minta maaf dari kepala yang berhijab hingga kaki yang berstokin. dan aku dah maafkan semua untuk hari raya ini. kosong kosong yeah. 

apa lagi er aku nak tulis?

ermm?

ha?

semester depan aku dah mula practical, insyaallah harap semua berjalan lancar tanpa masalah. dan aku berdebar nak practical sebab first time masuk alam pekerjaan and bidang yang sangat aku tak sepenuhnya menyukai hewhewhew.. (ada tips? share la).

p/s : ada cerita raya, cerita photoshoot kelas, cerita kursus kahwin hehehe. cerita hari hari banyak benda aku nak cerita nak menaip nak menulis tapi kekangan masa membuatkan aku tinggalkan semua, tapi masa bukan masalah sangat sebenarnya, malas yang lebih masalah sebenarnya. btw guys, have a nice day and sweet dream good night. 

bye.