Sabtu, 28 September 2013

Tekanan

Assalamualaikum


bila final semakin dekat, semakin banyak tekanan yang aku perlu lalui, sama ada secara direct atau indirect, sungguh merasa tekanan yang amat sangat di semester 3. tak tahu apa yang stress tapi aku terasa otak aku terlalu stress sampaikan nak jejak kaki kekelas pun aku malas, dulu aku lah manusia yang paling sayang kelas tapi sekarang aku lah manusia yang paling membenci kelas.

aku suka menjadi searing student 
tapi
aku benci menjadi seorang student yang berada dalam tekanan.

jadi student mudah, pergi kelas, study any topic, do some assignment, submit and everything are DONE. simple and easy but to be honest this semester i really hate it. 

bila nak ja masuk kelas dalam kepala aku ni fikir "what will happen today, it would be bad or good? " takut nak masuk kelas, takut nak hadapi sesuatu diawal kelas atau diakhir kelas. kalau lah mereka boleh
 faham kami, mesti mereka tahu kami dah cuba yang terbaik untuk menjadi seorang student. 

pernahkah student seperti kami melawan? tunjuk yang kami tak suka? tunjuk yang kami benci sangat, tunjuk bahawa kami sangat kurang ajar, pernahkah kami tunjuk semua tu? setiap apa yang diberi kami ambil kami buat kami siapkan walaupun kami tak tahu jalan penyelesaian untuk soalan itu apa, kami masih cuba buat tanpa tanya sesiapa, sebab kami takut bila kami mula menanya kami bakal ditanya kembali yang kami sendiri buntu jawapan. 

aku mengharapkan yang terbaik untuk hadapi lagi 2 minggu sebelum final, aku mengharapkan tiada tekanan di saat saat akhir ini, bantu kami ya Robb, kami perlu bantuan-Mu untuk hadapi hari hari yang kami bakal lalui. sungguh hanya dengan kuasa-Mu sahaja bisa merubah panas menjadi sejuk, matahari menjadi bintang, hujan menjadi salji, harimau menjadi kucing, hanya KAMU yang bisa merubah apa yang kamu telah tetapkan, aku hanya ingin yang terbaik untuk aku hadapi hari esok. 

disaat otak ini penat diadun dengan pengiraan dan teori
mata kami disajikan pulak dengan adegan yang sungguh membuatkan otak ini payah untuk menerima
kerana apa yang disajikan berbeza dari apa yang difikir. 

disaat mata ini disajikan dengan puluhan nombor 
telinga kami pulak dibiarkan mendengar yang bukan berkaitan nombor sebenarnya apa yang ingin diceritakan? 

disaat hati ini sudah mula ingin menerima 
kami diberi sesuatu yang membuatkan kami berfikir adakah perlu untuk terus menerima atau tinggalkan sahaja. 

itulah pengorbanan untuk mengejar cita cita, ini baru sikit apa yang ingin DIA tunjukkan, belum lagi waktu praktikal, lagi banyak dugaan dan cabaran dan lagi banyak manusia yang bakal ditemui. bersabarlah sesungguhnya setiap kesabaran punya banyak kemanisan diakhirnya, kami tahu apa yang dirancang untuk kami adalah yang terbaik untuk kami, 

dan
TERIMA KASIH kerana sudi terus memberi kami ilmu walaupun ianya sikit yang kami mampu terima, MAAF kami bukan manusia yang sempurna yang tak punya marah dan perasaan, kami juga manusia yang tahu amarah dan tekanan itu apa. 

p/s : final hanya 3 paper tapi killer sangat macam painkiller yang boleh menahan sakit .





Selasa, 10 September 2013

Belajar Bersabar

Assalamualaikum
hye peeps

beribu macam jenis kesabaran yang aku perlu sedut setiap hari, sungguh rasa kesabaran itu makin hari makin menipis. dulu aku manusia yang penuh dengan sabar sampaikan ada manusia yang menjerit di telinga aku, aku masih mampu senyum dan belah macam tu ja, tapi sekarang tidak lagi, bila kesabaran itu makin menepis, bila kau salah ja aku mula sama nak naik angin, sungguh aku kata BAHAYA, ini memang BAHAYA untuk diri aku dan juga orang lain.

betul aku nak cakap, manusia tu ada limit kesabaran, nampak dia sabar tapi sampai suatu saat bila dia dah tak mampu lagi untuk terus sabar, berdepan lah kau dengan manusia yang lebih teruk pada si panas baran. kadang kadang kita nampak orang tu sangat cool, relax tapi kalau dah hari hari kau test kesabaran dia, mahu mati terkejut kau dekat situ tengok dia berubah jadi singa jadian.

bila kita memberi orang jalan dan dia tak memudahkan jalan yang kita dah sediakan, kau akan rasa hidup kau memang sungguh diuji dengan kesabaran, sungguh mencabar detik itu. aku ingin belajar bersabar semula tapi kesabaran aku sering diuji dengan kerenah manusia yang aku penat untuk aku berdepan. hari hari berdepan dengan kerenah yang boleh aku kata agak mencabar minda, hati, limpa, jantung dan semuanya lah. 

kadang kadang bila telinga ni dah penat untuk mendengar aku ambil earphone dan pasang  apa apa jenis suara yang ada untuk didengar asalkan benda yang mampu menenangkan aku.
kadang kadang bila mata dah penat melihat sesuatu yang bisa merubah kesabaran aku pandang kebawah dan lihat apa yang ada dibawah atau ambil buku dan baca walaupun aku buntu apa yang ditulis aku harus terus membaca untuk belajar bersabar.
kadang kadang bila kaki aku penat melangkah untuk kedepan yang mampu membawa aku kepada kemarahan aku berhenti disitu dan aku duduk sambil mata dipejam aku kosongkan apa yang ada di minda. 

untuk aku terus marah marah kadang kadang itu bukan sifat aku, aku tak suka marah marah aku tak suka juga orang lain marah marah jadi aku harapkan manusia itu jangan sering menaikkan kemarahan orang lain, kalau aku mampu belajar bersabar kenapa awak juga tak nak belajar bersabar? belajar menenagkan orang lain pasti kita akan rasa tenang. PENAT marah ni sebenarnya. 

p/s : bila rasa nak marah ingatlah DIA ada untuk kita :)




Jumaat, 6 September 2013

Selamat Berhari Raya :)

Assalamualaikum
hyeeee !


" Selamat Hari Raya dari kami berdua Auni dan Aku " oh yes syawal 30 hari so masih sempat lagi kan nak update hari raya aku walaupun dah agak lewat nak berupdate. so ini cerita hari raya aku, cewah bajet macam apa lagi (sila tumbuk aku untuk sedarkan aku).

cerita raya 2013 tak semeriah mana, beraya dalam air mata cewah, lawak ja, actually family aku tahun ni beraya di hospital teman wan yang sakit di CCU. so pagi tu pergi la raya sekejap rumah adik beradik then on time waktu melawat pukul 12.30 kami semua pun pergi lah hospital dan beraya lah disana, alhamdulilah sekarang wan dah semakin membaik, berkat doa anak anak and cucu cucu. so raya dengan family biasa biasa sahaja, salam cium tangan, maaf maafan minta duit raya then done.

so raya dengan kawan dari pagi sampaikan ke petang lah siap sempat lagi cari tempat nak buat practical redah alor setar time time raya nak survey audit firm yang ada, but semua tu Allah permudahkan, bila kita percayakan DIA 100% insyaallah dia akan permudahkan segala urusan kita hari hari.

dan sepanjang meredah raya rumah kawan kawan aku lah drivernya hahaha, berani juga budak budak ni naik dengan aku, tapi sampai ja nak pergi raya rumah fatin tukar driver, aku takut drive jalan sawah yang memang masyaallah sangat kecil .. kalau aku drive mahu aku mengucap banyak kali juga ni.

so rumah first kami beraya dengan fina. dekat rumah fina dia ada baby and budak yang comel, tak ingat nama apa, harap maaf hahaha.


rumah kedua kami ke rumah kak zimi, maaf tiada gambar sebab masalah teknikal, cheh :P

then kami pergi rumah nad, mak nad rajin pulak masak, budak budak ni melantak paling banyak kihkihkih. alhamdulilah kenyang.


ok bye rumah nad. then next destination ke kampung aku hehehe, aku bawa diorang pergi melawat kampung aku bukan rumah aku yah hahahaha. aku ajak diorang makan nasi ayam aku masak, diorang boleh reject, penat tau I masak, kihkihkih, :P

then tempat seterusnya ke rumah syifa aka kecik. yes disininlah kami bertukar driver, syifa pulak drive. 


dah macam gambar potret nak lekat dekat wall dah aku tengok hahaha, muka kemain serius ja. tak da candid candid langsung. 

then ke rumah fatin yang banyak sangat sawah, giler lah cantik, suka aku tengok sawah sawah terbentang luas dan diliputi langit yang membiru memang tenang, nak mencari ketenangan disinilah tempat dia, melihat ciptaan DIA.


kami end up hari raya bersama sama dengan survey audit firm nak buat practical, yes kesemunya student akauntant yang dah penat belajar akaun kihkihkih, mungkin yang penat hanya aku seorang, dan yang paling penat belajar costing bukan accounting. kadang kadang aku garu kepala juga fikir, aku ni student akaun ka costing er? hehehe, sebab aku rasa costing aku belajar lagi detail sedetailnya sem ni. giler ar. dan pukul 7 juga lah sampai ke rumah masing masing, dan esok ada kelas wow sangat meletihkan. rasa nak tidur satu hari hahaha. 


aku minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang ada yang mengenali aku sama ada sebagai amalina yaakub ataupun sebagai real name. aku minta maaf. SORRY ! dan selamat berhari raya enam pada yang puasa enam. 

p/s : mama aku pesan, nak cari husband cari yang rajin puasa enam means dia memang baik orangnya, payah nak cari lelaki yang rajin puasa enam. okey ma, insyaallah akan jumpa, hehehe. 

bye