My Dear !

by - 8:46 PTG

Assalamualaikum
hye peeps


3 November
every year tarikh ni menjadi tarikh yang wajib diingati, tarikh yang banyak makna, tarikh yang menjadikan aku seorang kakak, dan tunjukkan pada hari itu aku dah besar dan layak untuk berdikari dan layak untuk menjadi pelindung pada seorang adik. tapi sayang aku hanya bergelar kakak, tapi tak pernah menjadi seperti kakak, hanya gelaran dihati, mungkin. gelaran yang aku sendiri cipta untuk diri sedangkan abah aku panggil aku adik hehe :)

so yeah tarikh itu engkau pergi dari kami, dihari yang sama kau muncul dan dihari yang sama kau pergi. waktu itu aku masih belum tahu apa itu kasih sayang apa itu cinta tapi aku tahu aku ada adik. yes. tapi sayannya kau milik DIA, bila DIA inginkan kau, kau harus pergi meninggalkan insan yang melahirkan kau, meninggalkan seorang yang bertungkus lumus mencari rezeki dan meninggalkan seorang gadis yang masih kecil yang baru ingin menyentuh dan mengenali kau. 

setiap kejadian ada hikmahnya, mungkin disini bukan dunia kau, disana dunia kau. bersama dengan orang orang yang beriman, kau masih kecil, masih suci dan terlalu suci untuk dikotorkan sayang. 

apa yang kau perlu tahu aku sentiasa sayang dan kau sentiasa dihati. takkan pernah ada seorang gadis pun dapat mengantikkan kau disatu sudut hati ini. tanpa kau dengan aku, menjadikan aku seorang yang sangat manja, dan menjadikan aku seorang yang keras kepala dan hanya ingin menang sendiri, banyak negative dari positive tapi itulah hakikat anak tunggal kan. 

dulu aku pernah kata aku inginkan kau disini, main bersama, membesar bersama, lalui kehidupan bersama, pegang tangan bersama mama dan abah lalui hari hari yang akan mendatang. itu impian aku, mungkin suatu saat nanti disana kita boleh bersama. 

hidup didunia terlalu perit untuk digambarkan, syurga dunia yang diagungkan itu hanya untuk insan yang hanyut dalam syurga mainanya, dunia bukan untuk bergembira tapi ujian untuk kita lalui yang keputusannya nanti yang kita akan dapat. jika gembira dunia sahaja yang kita mahukan jadi hidup kita hanya sia sia. umur bukan untuk dimainkan. 

so selamat hari lahir my dear
semoga berbahagia disana
Al-Fatihah 

You May Also Like

2 000 orang comment