Rabu, 24 Disember 2014

Move on


bukan mudah untuk move on,
sebut mungkin semudah itu tapi untuk buat bukan semudah perkataan yang diungkap.

bila kita jatuh, bila kecewa, bila terluka,
sering manusia yang disekekeliling berkata,
move on la babe, just move, leave everything aside, past is past.
tapi mereka tahukah, 
untuk buat apa yang dikata perlukan masa, perlukan kekuatan, perlukan satu keyakinan yang sangat tinggi.

tapi,
hidup sejauh mana pun kita jatuh, terluka atau kecewa,
tetap kita kena teruskan apa yang telah kita buat. 

cuma satu yang kita perlu untuk memahami move on,
iaitu keyakinan. 
bila kau yakin, kau pasti mampu. 
yakinlah dengan diri, diri kita banyak miracle yang kita belum jumpa.

menjadi kuat itu perlu,
tinggalkan kelemahan ditepi.
dan kita pasti mampu harungi semua dugaan.




Isnin, 15 Disember 2014

Keep walking


Hidup semestinya sememangnya seharusnya payah untuk dilalui, kalau kau kuat kau mampu bertahan, tapi kalau kau lemah, kau jatuh pada langkah yang pertama lagi. tapi apa yang kau perlu tahu, macam mana susah dan peritnya sebuah kehidupan, hidup adalah hidup, kau perlu terus bangun dan jangan mengalah. kalau kau jatuh pada langkah yang pertama, kau bangun untuk langkah yang kedua. yang penting jangan berhenti untuk terus berjalan.

Seandainya hidup ini mengheret kau ke dunia yang memenatkan, kau berehat la sekejap dan kau sambung perjalanan itu kembali untuk kau jumpa satu jalan yang penuh dengan bahagia dan cerita. 

kalau di langkah yang pertama kau dah mengalah, macam mana kau nak lalui untuk langkah yang seterusnya, yang lebih banyak cerita, yang lebih banyak drama dan kisah dan yang lebih banyak dugaan. kau kena bangun, bangun untuk keseribu kali sekalipun. dalam hidup tiada perkataan mengalah. kau perlu terus berjalan dan berjalan. 



Sabtu, 20 September 2014

Hidup


Hidup! Hidup! Hidup!

selalu aku mengeluh dengan hidup yang satu ini, adakala aku give up dengan apa yang telah aku usahakan, adakala aku bangun untuk terus berdiri walaupun aku tahu sebanyak mana aku buat hasilnya tiada apa, tapi aku tetap bangun sebab aku percaya suatu hari nanti pasti ada yang menanti, tapi adakala aku dianggap bagai bodoh mengharap pada yang telah aku tahu aku akan gagal. 

dalam menjalani hidup tiada yang mudah, sama ada kau kaya atau miskin, kita semua sama sahaja, Tuhan beri kita sesuatu dan dia hilangkan sesuatu, Dia tidak memberi kedua duanya kerana Dia tahu apa yang terbaik, tapi adakala kita tamak, kita inginkan segalanya walaupun kita sudah punya dari cukup tapi hati itu tidak pernah merasa puasnya dengan apa yang ada. 

sering aku bertanya kenapa hidup ini terlalu payah? dan seseorang datang kepadaku dan kata, 

"kalau hidup ini mudah pasti tiada lagi yang menarik untuk hidup, seperti kita baca novel atau tengok drama, kalau manis sahaja setiap hari, mana nak cari sedihnya, mana nak cari kelaianannya. pasti kita mudah bosan, jadi dia beri kita sedikit rasa yang jauh dari manis untuk kita lebih menghargai apa yang ada dihadapan."

dan aku sedar yang hidup ini tidak lari dari ujian, tidak hilang dari masalah, jika kau memilih untuk menjadi lemah pasti kau sudah berhenti, tapi kalau kau memilih untuk terus pasti kau temuinya diakhir nanti. 

hidup ini tiada yang mudah, seperti kau mencari cinta, berapa banyak pun orang yang telah kau cuba untuk mencintai tapi putus ditengah jalan, kerana itu bukan cinta yang sedang kau cari. cinta yang kau cari ada dibelakang, dan kau tinggalkan kerana kau lebih memilih untuk hanya melihat ke hadapan kerana kau yakin dihadapan itu yang lebih baik. 

adakala hidup perlu pandang ke belakang semula, kerana takut kita berjalan terlalu laju dan meninggalkan apa yang terbaik untuk diri kita. jadi sentiasa lah meilhat dengan mata hati baru kau sedar kewujudan itu. 





Rabu, 10 September 2014

Hello September


: macam biasa picture ikhsan weheartit :

Rasa lama sudah aku menghilang dari dunia yang satu ni, dunia as keyboard warrior lol. untuk menaip kembali setiap ayat rasa sangat kekok, iyelah kalau dah hidup asyik dengan buku yang bernombor nombor nau kau. rasa penat pulak bila tengok balik semua nombor nombor tu. i need some space to rest!. 

Final kan dah nak dekat, so masa banyak yang perlu dibuang ke buku dan assignment. tak pa, penat sekarang dahulu nanti tua hang akan senang lenang. ingat tu Amalina. September is back dan aku pun tetiba muncul pada bulan ini dengan harapan adalah idea untuk menulis, tapi sebaliknya hanya penulisan sampah sebegini sahaja mampu aku tulis dan ceritakan di blog yang kian usang dan usang seperti rumah usang peninggalan zaman tok kaduk dulu. 

Bulan 9 bulan paling hectic aku rasa, banyak benda aku perlu siapkan, business plan oii bila hang nak siap, aku tak larat dah nak tengok, tapi luckily, buat dalam group rasa beban tu hilang la separuh walaupun masih rasa penat nak terkejar kejar banyak dateline kan. as an accounting student, not funny at all. hahaha. 

This semester a lot new thing yang aku jumpa, dan belajar. ada yang best, ada yang menyakitkan even ada yang membuatkan aku stress, tapi well hidupkan, nak tak nak, kau kena suka la. dan aku belajar untuk suka. masih dalam pembelajaran.

As a student kita tak boleh expect diri kita mampu buat semua benda dalam sekelip mata, seriously, kau perlu sabar dan sabar, baru kau jumpa jawapan. kena sabaq banyak nah. 

ohhh BTW, thanks guys yang sudi wish birthday seorang Amalina pada tanggal 23 August hari tu, yang semakin tua ke satu lagi tangga umur. oh aku rasa sangat tua bila umur yang bermula 1 dihadapan bertukar 2. *belajar belajar lah jadi matang amalina* 

tak da benda dah aku nak menaip, so bye. jumpa lagi dilain hari. Good Luck untuk student yang bakal hadapi Final Exam. doakan aku untuk DL. 

assalamualaikum.... :) 





Rabu, 30 Julai 2014

Setaraf


"tak payah gaduh dengan dia, kita tak setaraf dengan dia''. 

kau berkata kata tapi kau tak berfikir kau letak diri kau dimana, itu kesalahan yang paling nyata yang telah kau buat. hebat, hebat, sangat hebat. entah la untuk aku memafkan dan berbaik dengannya payah, sangat payah. aku belajar untuk suka, tapi hati aku menolak, aku belajar untuk lupakan semua tapi aku tak mampu. Ya Tuhan kenapa hati aku begini? 

manusia adakala alpa dengan apa yang dia ada, dia lupa yang hidup ada karma, yang ada jatuh bangun, yang ada susah senang, tuhan berikan kau kemewahan untuk kau sedar hidup perlu berbagi, tapi aku lihat kau lupa kau siapa, kau lepaskan peluang yang kau ada, kau buat insan insan kerdil memaki, mencaci, menghina diri kau, sedangkan kau punya segalanya, tapi satu yang kau tak punya, kehidupan. 

maaf mungkin aku masih muda, untuk meluahkan keburukkan kau, tapi umur aku sudah cukup memahami setiap yang kau buat, itu salah, muda tak beerti dia salah, tua tak beerti dia benar. aku melihat, aku memahami, dan aku merasai semuanya, tolonglah berubah. tolong untuk kali ini sahaja. 

tolong jangan jadi manusia yang hanyut dengan kata kata yang memburukkan diri kau, aku sayang, sayang semuanya, dari aku masih kecil kau sering hina aku, aku tahu aku bukan dari keluarga yang senang, aku tak punya apa apa untuk tunjuk kemewahan, tapi satu yang aku punya, cinta, sayang, keluarga. itu adalah aku! 

aku tak mampu taburkan manusia dengan duit, jadi aku taburkan mereka dengan cinta dan sayang.
aku tak mampu beri mereka barang berjenama, tapi aku beri mereka dengan tenaga dan masa.
aku tak mampu hidupkan rumah dengan kemewahan, jadi aku hidupkan rumah dengan makna keluarga.

sejauh mana aku pergi, aku ingat apa yang manusia pernah buat pada aku, baik atau buruk, aku ingat. yang baik aku jadikan memori yang terindah, yang buruk aku jadikan semangat untuk aku buktikan apa kau cakap, semuanya salah.

terima kasih atas segalanya, baik atau buruk, kau tetap manusia macam aku. semoga kita semua faham erti sayang bukan erti kemewahan.

" rumah itu jiwa, keluarga itu hati, hati dan jiwa ada disitu, 
jadi tak mudah untuk kau lepaskan mereka untuk memilih jiwa dan hati diluar ''



Ahad, 27 Julai 2014

Her


Dia berkorban segalanya sampaikan dia disakiti tanpa henti, dia tak pernah berhenti walaupun dia tahu akhirnya tiada apa yang dapat, yang dia tahu akhirat nanti pasti ada sesuatu untuk dia, kuatnya dia mampu tersenyum walaupun hati adakala sedang marah, walaupun adakala kehidupannya dihimpit dengan bermacam macam.

dia mengalah bila ada yang lain sangat pentingkan diri, tak pernah dia merunggut walaupun benda tu tak sepatutnya dia lakukan. aku sangat kagumi kerana aku tahu tiada wanita sehebatnya di sisi aku selain dia. 

dia keluarkan air mata dalam senyuman, dia keluarkan senyuman sewaktu hatinya ditoreh, aku tahu dia dah tak berdaya seperti dahulu, tapi dia lakukan atas dasar tanggungjawab dan amanah dia kepada maha pencipta. 

aku yang melihat dan aku tak tertanggung sedih yang terbuku. kuatlah kamu wahai wanita kesayangan aku, jangan pernah berhenti memberi aku semangat kerana hanya kamu yang aku percaya, yang lain entahlah aku hanya menganggap mereka mungkin sebagai angin yang ada bila perlu dan pergi bila bila masa sahaja.

terima kasih kerana sudi menjaga aku dan menjadikan aku manusia, sungguh aku tak berdaya lagi untuk membalas, insyaallah suatu saat akan ada balasan untukmu wanitaku. doakan aku sepanjang aku hidup. aku lemah, sangat lemah sehingga adakala aku tak berdaya untuk bangun. tapi bila kamu ada aku menjadi kuat dan seperti ada sesuatu yang meresap dalam jiwa aku. 

aku hidup kerana kamu, dan aku teruskan hidupku kerana kamu. 

p/s : pagi yang indah ini aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada seluruh umat Islam yang ada. andai aku tersalah kata, terkasar tutur kata maafkan aku, kerana aku manusia yang punya beribu kelemahan. 



Isnin, 7 Julai 2014

Underestimated !


Assalamualaikum...
berjumpa lagi dibulan ramadhan yang penuh barakah. alhamdulilah. selamat berpuasa pada yang berpuasa tak kisah la kepada muslim ataupun non-muslim yang cuba berpuasa sekerat hari.

kembali kepada apa yang aku nak cakap. underestimated ! bagi aku manusia yang punya sifat sebegini adalah manusia yang suka melihat dirinya serba boleh dan memandang manusia yang sesama dengannya punya 1001 kelemahan yang tak mampu menandinggi dia. benar?

hebatnya manusia begini. aduhai. kenapa lah kau memandang orang rendah sedangkan kau pun tinggi 140cm je pun. nak tengok orang pun melanggut, still nak perasan kau tinggi sangat sampai nak pegang kepala kau pun tak mampu. macam tu? 

kembalilah kepada fitrah manusia, tak semua apa yang kita mampu kita dah cukup hebat sampaikan apa yang orang lain belum buat dan tak pernah buat dia tak mampu buat. kau faham maksud aku? kau tak pernah tengok dia buat dan kau assume dia gagal on the start then kau hebat sangat macam tu? come on give them a chance. 

mungkin dia tak mampu tunjuk yang dia hebat, sebab dia takut untuk kehadapan bersama barisan barisan yang sentiasa dihadapan, dia dibelakang kerana dia rasa dia sudah cukup semuanya sedangkan yang dihadapan sebenarnya tak punya apa apa. cuba bagi dia peluang untuk tunjuk dia siapa, baru kita tahu dia juga ada potensi untuk berada dibarisan hadapan.

takut? kerana tiada peluang.
malu? kerana tiada ruang.

jadi dia terus dipandang rendah tanpa sebab kerana dia cuba menjadi humble! 

p/s :tapi sifat ni tak bagus yah... hehehe..

Ahad, 15 Jun 2014

Kau!


bila aku sendiri, mengenal diri aku yang sebenarnya, sedang aku cuba mencari diri aku disebalik kesunyian dan keheningan malam, saat itu satu wajah yang aku kira aku kenal muncul disebalik bicara hati aku ini. sering kali aku bertanya kenapa kau sering muncul disaat aku keseorangan yang sedang mencari diri sendiri ini. kau muncul disebalik kata hati ini, muncul dicelah celah sebuah pemikiran yang sedang memikirkan kehidupan yang penuh dengan cerita ini. 

aku pernah kata aku suka, tapi adakala suka itu bukan sebuah cinta, dan cinta mungkin sebuah kebencian. argh ada kala aku pusing memikirkan semua ini, semakin hampir hati ini aku tetapkan pada sesuatu semakin ianya bercelaru. semakin aku cuba ingin menjauh semakin ia mendekat dan semakin cuba untuk aku jatuh cinta dan ianya semakin hilang dibawa oleh masa. 

saat aku mendengar lagu all of me by john legend, wajah kau sering muncul, bagai sebuah drama yang sedang ditayangkan didalam pemikiran aku ini. penat sekali, semakin aku mencuba semakin aku menemui jaan buntu untuk menjauh, tindak tanduk kau adakala membuatkan aku berfikiran yang bukan bukan. tapi apa daya aku, untuk melarang aku bukan sesiapa untuk menerima apatah lagi kan?

suatu hari nanti kau akan tahu walaupun waktu itu aku sudah punya dia, dan kau sudah punya dia juga.  walaupun kau akan tahu dari bukan mulut aku, aku akan membiarkan sahaja, kerana ini adalah kenangan. aku belajar untuk melupakan tapi aku hanya mampu membiarkan masa melupakan kau. 

semoga kau aku dia dan dia menemui sebuah puncak yang ingin ditawan, walaupun ada jatuh dan bangun, ada luka dan berdarah, jika kau mahu, kau pasti mampu. 


p/s : semakin kita berjalan adakala kita semakin buntu, tapi jika kita terus berjalan tanpa henti pasti kita akan menemui satu titik penyelesaian. 






Rabu, 11 Jun 2014

I'm Married !


Assalamualaikum,
bulan ni berapa banyak orang yang kahwin, dan aku termasuk lah sekali eh tak tak, i'm not. Tapi tadi secara tiba tiba nak menulis mengenai benda ni, blog walking macam biasa and i'm bumped with blog kawan yang dah lamaaaaaaaaa and she's married. for me yes it's totally shocked but it's okay la, it's good for her. 

bila compare dia dengan aku rasa macam jauhhhhhhhhh nya beza, like musim bunga terus ke musim sejuk. fuhhhh. bila mata ni memandang dia, rasa wauu, matangnya dia bila bereaksi dengan sekeliling dia, but me nothing, i am still with my mama, berkepit, ikut belakang mama aku ja kalau pergi mana mana, like 5 years old, nak lintas jalan still kena pegang tangan sebab takut dengan kereta. nak bayar bill apa apa pun tak tahu lagi, arghh but her wow, awesome!. 

i am 20 years old but nothing i can do, masak pun tak layak lagi untuk bagi orang rasa, bangun awal awal pagi apatah lagi kan, at least cuti-cuti pukul 10, after subuh tidur balik, cuci baju, iron baju, sidai baju sometime mama aku yang buatkan like remaja biasa la. alah. but her, she can do everything, and i know she'll be a good mummy. 

sangat berbeza, mungkin sama umur, tapi perwatakkan jauh sekali untuk sama, kalau sama mungkin pelik sangat, she's just like an adult. kalau aku, baju seluar tudung still nampak macam budak sekolah pun ada sometime, sampaikan nak daftar YES hari itu, abang tu tanya "eh dah cukup umur ka?'' oh teruk. bila duduk sebelah dia mungkin orang cakap aku adik dia, haha. but congratulation for her. 

untuk melangkah ke satu lagi perjalanan bukan mudah, kena betul betul bersedia, kalau hanya suka suka then kau akan jatuh. good luck for bride and groom. 

p/s : cuti dah nak habis, argh akan merindui waktu waktu buang masa di kampung. :P. 

Khamis, 29 Mei 2014

Internship

Assalamualaikum

- secara mengejut hati jadi rasa malu letak muka sendiri dalam entry- puihh mengada ngada la kau nok.

secara peribadinya, practical aku dah lama habis, ada la lebih kurang 2 bulan yang lalu. tolak tambah aku assume 2 bulan. baru hari ini aku rasa tangan aku ni rajin nak menaip tentang kejadian di tempat kejadian. mungkin perasaan rindu kepada kepada mereka mungkin. tak da la rindu sangat, mungkin rindu masakan mereka. yummy :).

almost 5 bulan ada dekat sana, dalam hati rasa mereka sudah bagai sebuah keluarga, mungkin tak serapat mana, tapi ikatan seperti keluarga tetap akan rasa walaupun sedikit. banyak yang dibelajar dekat sana, banyak sangat, bukan belajar tentang akaun ja semata, belajar tentang social life, communication, be kind, respect and everything :). 

first day dekat sana, rasa down, rasa tak nak datang dah esok, rasa cepat la bulan 4, rasa arghh rasa segalanya lah, sebab yeah tak biasa dengan semua benda ni, memang rasa "awat lambat sangat nak balik ni", tapi bila dah lama dah biasa, dah kenal semua orang dekat sana, rasa macam "mesti sedih kan nak tinggal kan semua kakak kakak dekat sana", begitulah manusia bila nak pergi baru nak sedih bagai, yang duk hari hari tak nak pula rasa apa kan.

alhamdulilah dekat LMC(longtitude management & consultancy) semuanya baik baik belaka, comel comel belaka. memang superb lah. it's nice to know you guys. rindunya alahai.. 

kak aimi yang dah perut dah buncit, sihat ka? baby sihat? rinduuu...
kak furqon yang comel comel teddy bear, macam mana tanpa kami rindu tak?
kak mi yang kecil kecil molek, kecik kecik cili padi beb. 
kak shima yang lembut lembut comel comel.
kak isma yang selalu mengajar guna mesin photostape.
kak ina kak nurul, boss yang baik lagi penyabar dengan kerenah kami.
encik haziri yang paling kami gerun, nak masuk bilik dia berjela doa aku baca dulu.
oh jangan lupa rindu juga nasi ayam restaurant zafee.. hye hye. 
oh oh ada lagi ada lagi rindu juga bun kedai day and day. 
ohhhhh rindu nasi lemak, lepat pisang (tapi bukan berbungkus dalam daun pisang lah), laksa, kurma ayam, semuanya lah. hehehe. 

hye semua, rindu sangat sangat. 

tidak dilupakan kepada budak budak practical, seperjuangan dengan aku, yang mengharungi detik detik indah bersama, mengharungi detik detik ketakutan bersama nak jumpa en haziri. rindu hangpa semua tau tak. syu (insaniah, budak paling awak keluar), nabel (kpm kot, dia special case sikit, haha dia tesl bukan akaun, dan dia ratu air mata macam kak aimi), kak afaf (uia, dan dia lah paling lama disana). apa khabaq semua? sihat? kahwin jangan lupa panggil. 

banyak benda nak cerita tapi malas pulak, nak cerita detail apa aku buat dekat sana, mana boleh biarlah menjadi sejarah kami bersama, ewah kau. 

dan TERIMA KASIH semua, terima kasih kerana menerima kami dengan hati yang terbuka, menerima kami dengan senyuman, menerima kami dengan ikhlas hohoho. dan terima kasih kerana disana result internship aku cemerlang. yeay. hye class, next sem kita jumpa balik. ohh rindu classmates. 

p/s : al-fatihah untuk pemangku sultan kedah dan sultan perak. dengan Dia kita datang dengan Dialah kita kembali. untuk wan dan adik juga. 








Selasa, 29 April 2014

Pendosa


manusia itu benar seorang pendosa, tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa, TIADA. dan aku juga begitu, sering kali aku menjadi pendosa, adakala aku lupa apa yang sedang aku lakukan suatu dosa tapi aku buat juga, walaupun benda itu benar kecil, tapi ianya tetap dosa, dah kalau hari hari kita buat tidak kah dia jadi dosa besar kelak? sering kali juga aku lupa akan-Nya bila aku sedang melakukan dosa, aku lupa dia sentiasa melihat dan akhirnya aku dapat kifarahnya hasil apa yang telah aku lakukan.

sungguh aku takut, takut akan-Nya tapi manusia mana pernah kenal erti kesal apa yang dilakukan, esoknya pasti dilakukan kembali. sungguh aku kata aku ingin berubah tapi, perubahan aku cuma sebentar, aku jarang istiqamah dalam setiap yang aku lakukan. maafkan aku Tuhan. maafkan aku.

hati sering berdetak bila ujian ditimpa kepada diriku, berdetak berkata "ini kerana sifat kau, sifat yang tak ingin kau ubah''. benar 2014, sungguh menguji diri aku, selangkah aku melangkah ketahun 2014, dengan itu ujian hidup aku bertimpa-timpa datang tanpa henti, sehingga ada suatu masa aku menyerah, menyerah kalah dengan kehidupan, tapi aku lupa ujian itu sebenarnya untuk aku menjadi insan yang lebih baik. bila ujian yang datang maknanya Dia masih sayang akan aku dengan mengingatkan aku hidup ini hanya seketika cuma.

pernah dulu aku mengharapkan ada sepasang tangan datang memberi harapan kepadaku untuk aku kembali benar benar dijalanya, tapi aku lupa setiap insan yang muncul hanya seketika, hanya ada bila aku bahagia, mereka bukan seperti insan yang melihat jatuh bangunya aku, dan mereka bukan insan yang aku butuhnya untuk sebuah perubahan, kerana itu juga dosa, aku lupa sekali lagi. 

dan bila adanya ujian aku kembali, kembali pada-Nya, bila ujian itu hilang, aku leka dengan dunia sebentar. leka dengan kebahagiaan dunia yang tiada penghujung. sungguh aku leka, maafkan aku sekali lagi Tuhan kerana aku dekatiMU bila aku perlukanMU, dan aku pergi bila aku tidak perlukanMU. aku sungguh seorang pendosa, adakah maaf aku untuk sekali ini diampunkan lagi? 

dan hidup aku diuji lagi dengan dunia yang aku sanjung suatu ketika dahulu, yang bagiku dunia itu syurgaku, dan aku kembali terduduk dengan ujianMU kali ini, dan kali ini lebih berat dari yang sebelumnya sehingga aku rasa Kau tidak adil bagiku, tapi aku lupa Kau sudah cukup adil untuk semua, untuk semua hambaMU. 

dan kini aku kembali bersujud padamu, ditengah malam yang hening, aku berdoa supaya kau hilangkan semua rasa yang ada dihati ini. hilang segala sifat yang penuh dengan dosa. ya Tuhan kali ini aku benar benar lemah. mungkin akan ada manusia yang berkata untuk apa kau berdoa pada blog, ambil telekung dan solat, tapi adakah mereka tahu ini adalah suatu surat dari hati ke pencipta-Nya untuk aku ulang baca bila aku ingin berbuat sesuatu yang tidak seharusnya. 

dan maafkan aku untuk berjuta kali kesalahan yang telah aku lakukan, maafkan aku atas sifat bongkah dan takburku pada dunia, maafkan aku atas segala dosa yang telah aku lakukan dengan bangganya dahulu, maafkan aku andai kemaafan ini sering kali aku ucap dan aku kembali kepada asal. maafkan aku Ya robb, maafkan aku. 

saat hati menangis Kau tahu senyuman yang aku pamer untuk tunjukkan aku kuat, kuat sebagai manusia kerana aku ada Kau disisi. terima kasih untuk nikmat yang pernah Kau beri untuk aku rasa dan Kau hilangkanya sebentar untuk aku rasa pahitnya hidup. 

pendosa tiada ubatnya, 
jika solat, Al-Quran kau tinggalkan,

semoga kita mampu menjadi insan lebih baik walaupun dahulu kita adalah pendosa tegar. 



Sabtu, 22 Mac 2014

Mendiamkan Diri


Hari ini entah apa kena dengan diri sendiri buka laptop dan rasa ingin menaip di laptop, aku pernah berjanji dengan diri untuk tidak cerita hal hal yang buruk lagi di blog, konon inginkan sebuah ketenangan, aku juga berjanji untuk tidak aku kongsikan apa yang aku buat di blog untuk biarkan ianya menjadi sebuah privasi hidup aku tapi bila aku mula berfikir, apa salahnya untuk aku bercerita disini mana tahu suatu hari aku terkena alzheimer ada juga blog aku yang aku mampu baca dan ingat kembali semua memori hidup yang aku telah lalui. hidup adalah seketika sahaja kan. Dan hari ini aku mula menaip kembali untuk berkongsi apa yang aku rasa, bukan spekulasi cuma berkongsi. 

Dan bulan yang baru, minggu yang baru aku cuma mampu menaip tabiat aku yang satu ini hingga mampu membuatkan orang sekeliling aku naik hantu dengan aku dimana satu tahap kesabaran mereka diuji, aku sering tanya kepada lelaki yang ingin dekati aku, adakah mereka mampu untuk berdamping dengan ku apabila tabiat dan perangai aku itu muncul? dan jawapan yang pasti mereka kata, "okey i'm quit" jadi aku mudahkan, pergi sebelum tercedera hati dan mental. Oleh sebab itulah diusia aku 20 tahun aku masih sendiri dan tiada yang istimewa sepanjang 20 tahun aku hidup malah aku tak pernah kenal istilah bercinta. Masih muda dan aku masih belajar mengenal dunia itu bulat. 

Benar tabiat aku yang satu ini sungguh aku rasa memenatkan semua manusia di sekeliling aku, mama abah aku mereka sudah faham kerana mereka ada dan melihat aku membesar, dan mereka ada melihat jatuh dan bangunnya aku tapi adakala kesabaran mereka juga diuji hingga mampu aku yang berumur 20 tahun ini dimarahi seperti anak kecil. 

Dan sikap, tabiat. perangai ini makin menjadi menjadi bila usia ini menginjak ke angka yang lebih besar mungkin. Satu sifat yang tidak tertanggung dek mereka aku akan diam, lari, pergi, dari semua masalah, aku mendiamkan diri dan biarkan hanya air mata yang mengalir bila aku punya masalah yang maha hebat. Aku tak suka berkongsi walaupun dengan orang yang aku rapat, kalau aku bercerita hanya aku cerita 10% dari yang sebenarnya, dan aku mampu diamkan diri berhari hari tanpa sepatah kata keluar dari mulut aku, mulut yang DIA berikan untuk aku berkata kata, aku kuncikan sehingga semuanya aku berasa tenang, aku lari dari masalah aku sehingga akal aku mengatakan semuanya bakal okey. aku bawa diri ketempat yang bisa menenangkan aku dan berteleku disitu untuk berapa lama yang aku inginkan. Kalau manusia yang tidak kenal dengan aku pasti mereka sudah lari bersama putaran masa.

Itulah aku kata, tiada manusia yang tahan denganku kecuali insan itu ada melihat aku membesar. Tiada yang tahan denganku, kerana adakala bila aku punya masalah, walaupun kau kawan aku, aku akan buat kau macam orang asing, waktu itu aku tak suka diganggu, tak suka berkongsi apa apa, walaupun hanya sebiji sweet. Jadi siapa yang mampu menjadi pendamping aku? itulah aku kata, tiada yang sudi hanya kerana aku punya tabiat yang teruk dan bisa cederakan banyak hati dan perasaan. Jika kau sahabat aku pasti kau tahu tapi jika kau bukan, kau akan pergi jauh dari aku, jika kau insan yang melihat aku membesar pasti kau memberi aku ruang untuk bersendiri, tapi jika kau bukan insan itu kau akan terus mendesak untuk aku cerita dan waktu itu kau juga akan pergi jauh bila desakkan hanya dibalas air mata dan renungan tanpa hati. 

Aku punya kelemahan, kau punya kelemahan, aku terima dan kau menerima, kau terima dan aku menerima. Itulah insan yang benar benar aku tunggu, tapi entah jawapan untuk kotak kosong dalam hati aku masih pudar. kalau hanya kenal aku sebulan 2 bulan 3 bulan itu hanyalah diri aku yang penuh drama. realiti bila kau mengenali aku melebihi suatu tahap yang sebetulnya. dan aku yakin waktu itu kau mula ingin undur diri. 

Aku rasa panjang pulak aku menaip, terima kasih kerana ada juga yang membaca, ada juga yang menyinggah satu blog picisan kehidupan yang penuh dengan hitam dan putih tanpa warna warni colour stabilo. bye. semoga yang membaca bukan seperti aku. 

Selasa, 14 Januari 2014

Bukan Machine

Assalamualaikum


sekarang aku ambil masa yang lama untuk update benda baru dalam blog usang ni, kadang kadang buka new post tapi close balik sebab tak da benda untuk diceritakan, kadang kadang rasa no life ja, nak tulis apa? nak cerita apa? sometime rindu nak menaip panjang panjang tapi terfikir nak menaip apa? kesian dengan diri sendiri. so now masih tak da benda nak menaip panjang panjang but ada something dalam mind yang berlari lari untuk diluahkan. 

cerita tentang diri, tentang kita, tentang manusia, tentang human, tentang awak, saya, kita, kami, mereka. manusia, itu bukan machine, yang boleh diprogramkan, yang boleh ditekan sini sana, yang boleh disepak tendang, yang boleh dibelai lemah lembut, yang boleh dicakap sesuka hati, kita manusia yang punya akal untuk fikir, yang punya rasa untuk marah, yang punya perasaan untuk diluahkan, yang punya sensitivity bila ada benda menghiris hati.

bila bercakap berfikirlah siapa dihadapan kita, kalau dia bukan kawan baik kita, jaga setiap percakapan, jaga setiap tingkah laku, yes kawan baik you can be anybody you want, cause they know who you are, but someone else, they do not understand you, like your best friend do. so, behave. sometime maybe orang yang kita baru jumpa, baru kenal, tak boleh terima diri kita, so you have to understand. 

dan manusia bukan mesin yang tak rasa sakit bila disakiti, yang tak rasa terluka bila terjatuh, come on we're the same, so why you think she as a machine? never feel what she feel. mungkin dia mampu jadi kuat tanpa sebarang air mata bila dia jatuh, tanpa sebarang suara bila dia terluka, tapi tahukah kita apa yang dia pendamkan? sometime, dia perlu bereaksi kuat untuk buktikan dia mampu berdiri dihadapan semua orang, sedangkan bila dia sendiri, kaki dia tak mampu berdiri. 

But I'm only human
                   And I bleed when I fall down 
I'm only humanAnd I crash and I break down 
Your words in my head, knives in my heart 
You build me up and then I fall apart'
Cause I'm only human "



Sabtu, 11 Januari 2014

2013 : Selamat Tinggal

Assalamualaikum


selamat tinggal 2013, semoga kenangan yang ada itu tersemat dihati dan pengajaran yang ada menjadikan aku seorang insan :).

tapi ini cerita lapuk, 2013 dah lama habis, hari ni dah 11.1.2014 dah pun, baru aku rasa nak update blog, mungkin aku busy, mungkin juga aku malas, mungkin juga internet seperti siput *tuttt*. dan aku rasa malas mungkin 70% dari pada busy dan internet. 

2013 banyak kenangan yang indah banyak juga kenangan yang pahit, adakalanya aku ingin melupakan kenangan itu dan adakalanya aku tak ingin lupakan, banyak yang berlaku sepanjang tempoh itu, tapi kita manusia harus belajar sesuatu dari sesuatu yang berlaku. mungkin pahit itu mengajar aku untuk menjadi manis. 

banyak yang aku ingin kongsikan tapi bagai tiada ruang untuk aku menulis, bagai jari aku malas untuk terus menaip, mungkin benar kata mama aku, "malas lebih banyak dari rumput yang ada dipadang", nah kau, falsafah. tapi itulah. 

throwback 2013 

- semester 3 yang sangat stress, dengan lecturernya, dengan subjectnya, dengan ceritanya.
- result semester 3 yang no dean, almost dean but bukan rezeki, #alhamdulilah
- plan holiday yang hancur berkecai.
- al-fatihah untuk wan yang pergi menemui pencipta-Nya.
- family day di pantai merdeka.
- start semester 4 ( practical sem ).
and banyak lagi tapi tak penting untuk diceritakan.

semangat 2014

- nak turun berat badan nak turun berat badan *hehehe*
- cousin tolong cari jodoh lol :P ( bising sangat aku masih sendiri )
- 20 years old, so be matured, be independent, no more crying, no more selfish, no more sulk, no more negative thinking, be more positive.
- be in love with the one i love, need, want, safe. 
- be in love with new me, new environment, new everything.


semua memory ada disini, dihati, dan juga bila gambar mula bercerita. i love love and love. 

" i'm nobody, so i can be what i want to be, and be with anybody i want, and do what i love, and be in love who i likes "

be positive for this year, and May ALLAH ease my journey and create a beautiful way for me. 

p/s : past is past, so let's create a beautiful today and tomorrow.