Rabu, 11 November 2015

Accounting's Student


Nak happy pun serba salah, nak sedih pun serba salah, sekarang ni semua benda serba salah. stress juga dibuatnya. sekarang aku menjadi student kembali dan jauh dari sebelum ni. for the first time untuk 21 tahun aku hidup, aku jauh dari mama and abah aku dan kena belajar buat semua benda sendiri. kalau duduk rumah, baju dah siap berlipat dah siap basuh, bila dekat sini, tengok baju bertimbun tak basuh atas alasan sibuk. oh gosh. 

Jadi pelajar kembali memang best, sebab campus life siapa ja yang tak suka, waktu ni la hang konon nak cari imam makmum hang kononnya, waktu ni la hang nak belajar explore semua tempat yang ada dengan kengkawan hang, waktu ni la hang nak guna seluruh masa usia remaja yang ada untuk dapatkan pengalaman. tapi? iye ke awak? 

Aku sebagai student 1st year 1st semester untuk accounting rasa sangat mencabar minda. masa yang aku ada bukan macam dulu dah boleh guna and buang macam tu ja sambil layan runningman, tapi masa yang ada semua untuk buku. buku buku dan buku. arghh giler aku kadang kadang dibuatnya. senior ada cakap, asalkan korang kuat, korang boleh survive. habis tu kalau dah lemah memang jatuh tersadung ke apa? scary! 

Best memang best, itu tak dapat dinafikan, ye la kan. naik bas berebut rebut sebab malas nak jalan kaki nak balik kolej, even kolej lembah dengan fakulti ekonomi boleh la dekat tapi tak dekat mana lah, memang berpeluh la baju baju, habis cair juga la make up yang berinci inci tapi apa boleh buat, hidup adalah hidup kan. awak tu yang nak naik bas suka tolak orang tu, haip! :P saya tolak awak balik kang hahaha :P 

Sekarang aku tersangatlah busy, dulu aku cakap aku dah busy tapi sekarang triple busy sampai kadang kadang nak reply whatsaap pun tak sempat, sempat read ja. jangan la marah weyh, serius busy and letih. ada niat nak reply sekali lupa. I'M SORRY! kalau mahu buah hati pengarang jantung aku, aku duk buat macam tu dah lama dia belah maybe. selamat masih mencari lol. 


Aku dah tak tahu nak tulis apa, otak penuh dengan assignment ja ni. tapi tetap juga nak menaip, alang alang mid sem break kan, tapi busy tu tetap tak pernah habis. btw good luck :) 

"Live our life with strength"



Ahad, 30 Ogos 2015

Kita Dah Graduate!

Assalamualaikum.....

Dah berhari hari selesai majlis konvo,  aku masih belum boleh move on dengan gambar gambar konvo. Kawan kawan aku mesti perasan punya lah dekat wechat aku penuh dengan gambar konvo yang sudah 5 hari berlalu. Btw congratulation untuk diri sendiri sebab berjaya menghabiskan masa selama 3 tahun untuk Diploma In Accountancy. Penat lelah rasa terbayar bila konvo di sidang 1. Setiap kegagalan mengajar kita erti untuk mula semula apa yang telah kita sia sia kan dahulu. Jadi terima kasih untuk semua. 


I love you so much mama, thank you for coming and celebrate my big day and of course i love you too abah even abah tak datang sebab ada kerja sikit, but it's okey as long as both of you sokong everything i choose then i'm okey.


Setiap kali bila aku keluar dengan mama orang akan cakap "eh mama dia kecik ja." terasa uolls. lulz. nak buat macam mana gene abah aku lebih sikit dekat aku compare dengan mama. hakhakhak.


congratulation untuk kita bertiga, finally kita boleh sama sama berkonvo disidang 1. 
well on my 5th semester, my cgpa turn very worst until i don't know how to improve again but i'm bless when Allah send me both of them to help me make a new step again and alhamdulilah my result on 6 semester come out very well and almost perfect. thanks Aan and Nad sebab selalu ada dan ada even both of them sangat berbeza tapi mereka adalah penyelamat.



Thank you for coming hahaha. even macam mana pun depa memang kena mai sebab ada raptai untuk sidang 2 tapi thank you juga lah sebab cari kami hahaha. 

after habis semua dah event bermulalah aktiviti kami konon outdoor photoshoot lulz. jadi terima lah gambar gambar sewaktu hari kejadian. love you guys so much. 







disebabkan kami tak mampu untuk upah photographer yang mahal mahal untuk shoot kami jadi kami jadikan Aah sebagai photographer. Walaupun bukan professional but we love it. hakhakhak. 


thank you Aah. bayaran minta dengan Aan. 
p/s : pm raihah untuk dapat harga yang murah bagi outdoor photoshoot. kihkihkih.

so congratulation pada graduan polimas sidang 1 dan sidang 2. jangan marah marah nah sebab kami dapat topi sila tanya kepada polimas kenapa depa buat macam tu hehe. 

and a very big congratulation pada dat6a dan Pa yang banyak membantu dari mula masuk sampai dah konvo lah. bye.










Rabu, 13 Mei 2015

Last Trip with Dat 6A

assalamualaikum.

ha baru sekarang blog ni hidup selepas kesibukkan yang maha hebat berakhir dan sekarang aku lah penganggur terhormat. yes! i am officially no more as a student in Diploma of Accountancy, rasa lega, rasa beban tu hilang, tapi sakit kepala la pulak fikir lepas ni nak kemana? tunggu UPU then hopefully I can be as a student again (Doakan aku). 

selepas final exam, aku dengan the geng dat6a, PA (papa Khairil with the family) dan baba En. Imran lepaskan semua tekanan di Port Dickson (tenangkan fikiran yang kusut sepanjang 3 tahun) , Icity (masuk snowalk ja semata mata), Taman Botani (hargai alam)  dan Berjaya Times Square (harus la ada dalam program buat keluar anak tekak satu dua).

penuh dengan memori, gelak tanpa henti, kejutan, sedih, bahagia dan segalanya lah. dan last kan, bila pulak nak jumpa depa depa ni tak pasti la even semua asal Kedah dan cuma sorang ja la sesat mai dari Sarawak. 

marilah aku penuh kan posting ini dengan gambar, tak best bercerita tanpa gambar. boring sangat.


tangan siapakah itu? tunjuk apakah?


aku failed pinpong dalam sudu. sumpah aku tak reti.



gamak basuh epal guna air laut pastu dah la kena makan 5 biji dalam 1 group. manis campur masam, kau fikir la sendiri.


chill tikah.gaya apa tu?


end up day 1 - Port Dickson dengan malam BBQ. berakhirlah kisah kami dimalam itu disana. btw malam malam ni ada pulak orang mabuk, cakap sorang sorang dengan gaya yang menakutkan. nak makan tak senang takut dia buat serang hendap nanti naya hidup. 

congratulation la pada group yang menang. eh group aku la tu hakhakhakhakhak... menang la sangat. dah nama pun group dengan ku lah. faham faham sendiri la hahaha. 

day 2 agak berilmiah sikit, buat lawatan ke kilang Yakult dekat Seremban. It's a good experience kenal lah apa itu Yakult pada yang tak suka minum susu kultur ni kan. well everything was good. 


first impression datang, muka kena confident.



kalau lah depa jual Yakult sebesaq tu, aku rasa sure, bakteria yang jahat pun tak berani nak hidup dalam perut kita semua, takut dia kena mati katak uolls.

after buat lawatan Ilmiah tu, kami menikmati alam sekitar seketika. tengok hijau hijau. dekat Kedah payah dah nak nampak hutan hutan hijau macam ni, sawah banyak. pada yang tak kenal pokok beras tu ha, boleh la mai Kedah. ke Taman Botani pulak, masuk sini sangat murah terkejut iolls.


turun dari bas, dan mula menjelajah musim bunga. feeling feeling pokok sakura membiak dalam tu tapi "expectation is hurt"


siapakah anak murid siapakah pensyarahnya. 


aku rasa macam Lavender sekali tengok tapi bila banyak kali tengok aku rasa aku pun tak pasti pokok apa. 

masuk dalam tu jangan lah expect yang over over, Malaysia tetap Malaysia mana nak dapat musim bunga ala ala europe sana. berangan ja la boleh. nak musim bunga sungguh sungguh p europe sana. 

aktiviti malam, aktiviti penutup hari ke-2 kami singgah Icity sekejap, sekejap tak sekejap cari makan yang lama. dah lapar kan. makan harus la lama dan kami cuma sempat masuk snowalk ja. 


muka yang lesu plus gemuk sangat sejak dua menjak ni. masalah sungguh. 


tapi yang best masuk snowalk dia punya sejuk boleh buat aku mati beku. automatik hidung mula la nak buat aktiviti masuk dalam tu. leceh! 

"kami tak bawa balik eh kasut but p sawah tu"

last day kita ke Berjaya Times Square. aktiviti jerit jerit. hilangkan tension even aku naik yang biasa biasa ja. tak da maknanya aku nak naik yang boleh buat aku jantung aku berlari macam usain bolt tu. 


marilah kita menjelajah benda benda yang paling sopan sekali.

sebelum pergi times square kami pergi kilang coklat. beryl's chocolate. sedap! waktu kami datang tu, kami pelawat termuda yang lain tu semua budak budak  tadika pasti. memang kami lah yang paling muda.


berakhirlah trip bersama sama kesayangan sepanjang 3 tahun habiskan masa suka duka jatuh bangun kena marah dengan lecturer kena kutuk dan macam macam lagi lah. benda yang lepas dan menyedihkan usah dikenang. kenang benda benda yang mengembirakan pun dah cukup. 

lastly, aku nak cakap dat6a good luck untuk masa hadapan. yang nak berkahwin tu semoga berbahagia bersama pilihan masing masing, yang tunggu nak sambung degree tu kita sama insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi, yang tengah bersusah payah hantar resume nak kerja tu good luck, jangan give up. rezeki insyaallah ada untuk bahagian masing masing. persahabatan kita kekal selamanya. hangpa semua adalah memori yang paling best untuk dikenang. GOOD LUCK GUYS. thanks juga kepada papa dan baba yang selalu sudi layan kerenah budak budak macam kami ni. dah 21 tahun pun tapi perangai mengalahkan sekolah rendah. TERIMA KASIH SEMUA.



Sabtu, 7 Februari 2015

Aku Busy


Assalamualaikum

masuk bulan 2, hidup aku terumbang ambing dengan kerja yang macam nak bagi aku tak tiduq sebulan. penat woii hari hari tiduq 4-5 pagi pukul 6 dah bangun nak start pergi kelas yang entah lecturer mood ok ke idak. semester last semester paling mencabar dan membuatkan hidup rasa cepat la habis oii sem 6. aku nak belah. but luckily la, course aku tak da final project kalau tidak alahai merunggt lagi lah daku. 

manusia mana pernah lari dari merunggut, habaq mai siapa tak pernah merunggut? kalau orang tu tak pernah merunggut dia memang hebat, nak la kawan dengan dia, untung untung aku boleh jadi macam dia. hehehe. 

tapi mungkin penat tu akan berbaloi bila kita akan rasa bahagia. khamis hari tu aku baru lepas MUET's speaking, entah lah aku cakap apa benda. dengan tangan tiba tiba bertukar jadi parkinson dengan mulut tiba tiba nak tak nak keluar ayat, dengan otak yang tiba tiba tak mau bekerjasama bagi idea yang bernas. ciss... Al-Fatihah untuk diri sendiri. 

yang paling menyedihkan bila dalam masa seminggu siapkan research's proposal yang dah disubmit minggu lepas, itu lagi satu kerja giler, disebabkan kesalahan yang entah apa apa, nah ambik kau proposal buat lain. penat lagi, mengeluh lagi dan lagi. CSR CSR CSR pening kepala sudah memikirkan research tentang CSR. 

dengan test, quiz, case study, tutorial and what so ever, itu benda biasa tapi kalau dalam seminggu iannya berturut turut itu luar biasa, rasa kalau otak ni boleh bawa keluar cuci aku rasa penuh habuk sampah sarap keluar, sebab jammed. 

tapi as a student bersyukurlah apa yang ada, pengalaman datang sekali, moment pun datang sekali. jadi bergembiralah untuk sekali ini. i love you. 

aku nak stop merunggut dan buat kerja. bertimbun sedang menunggu. mengeluh tak baik. tapi nak buat macam mana kadang kadang mengeluh itu jadi sendiri. 

dah nanti aku layan hang lain nah blog. aku busy la. bye!





Jumaat, 2 Januari 2015

Chapter 2015

bermulalah perjalanan untuk tahun 2015, hanya mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini, mungkin cuba menjadi yang lebih baik dari 2014, manusia itu pendosa dan aku juga, sering kali aku melakukan dosa, kalau dah dosa kecil lama lama akan jadi besar juga bukan? 

azam untuk tahun ini mungkin aku sedang realisasikan azam yang tahun lepas lepas dan lepas, aku ni bukan nak kata la, tapi aku tak pernah tunaikan pun azam yang aku listkan bergunung di awal tahun, jadi tahun ini aku berazam untuk lunaskan semua azam yang telah aku listkan. 

salah satu azam aku habiskan study aku yang masih berbaki lagi 4 bulan untuk habis, rasa excited dan tak sabar, rasa macam bestnya boleh konvo. *mengharapkan bear dihari konvo mungkin* masih ada yang mahu memberi? 

cinta? entah mungkin ditepi dahulu, malas rasanya untuk cuba mendekati dan memahami hati seorang lelaki, cukup lah jika seorang saja aku cuba memahami dan akhirnya hanya sia sia, sebenarnya kau bukan sesiapa pada hati ini dan pada hatimu. permainan yang dimainkan oleh dia sangat hebat. selamat tinggal cinta, jangan risau dah tak lama untuk aku pergi dari hidup kau, aku sedang cuba, dan aku tahu kau juga. 

dan yang paling utama tiada siapa pun mampu gantikan makna keluarga disaat jatuh atau bangun,cuba lah jauhi dan buat bukan bukan, dan saat kau jatuh, baru kau sedar langit itu rendah atau tinggi, dan saat itu kau akan rasa bagai langit sedang tertawakan kau, dan bumi sedang menolak kau untuk jatuh. 

dan doa aku semoga kita semua dalam keredaan Allah, dan semoga Dia memudahkan setiap perjalanan yang kita lalui. dan diberi kesihatan yang baik. untuk kak Diana cepat sembuh, kami rindu kak dian yang dulu, yang banyak ketawa. kepada Zimi, cepat sembuh dari sebarang penyakit, semoga semuanya baik baik sahaja. mungkin aku jarang tunjuk aku peduli tapi sebenarnya aku sangat peduli. biarlah tiada siapa tahu aku mengharapkan kesembuhan untuk semua kerana aku tahu Tuhan ada untuk mendengar. 

selamat tahun baru 2015. 
selamat datang tahun yang insyaallah ada berkatnya.