Sabtu, 30 Julai 2016

#Down

JATUH 

Ada satu masa kau akan jatuh dan sakit,
ketika itu manusia bagaikan ketawa melihat,
dan kau cuba untuk bangun tapi semuanya perit,
kerana kau tahu kau tiada kekuatan walaupun untuk sesaat. 

Bangun, itu satu satunya perkataan yang ingin kau dengar,
tapi tiada mulut yang cuba ungkap untuk beri kau kekuatan akhir,
akhirnya kau lemah menyembah seperti layunya sayur.

Terkadang kau cuma perlu kan mereka untuk terus ada,
kau perlukan mereka untuk luangkan masa,
atau hanya sebagai pendengar untuk kau berbicara.

Dan akhirnya kau akui yang manusia hanya datang seketika,
mereka hanya ada bukan untuk selamanya,
waktu saat kau begini cuma satu yang kau punya,
Tuhan yang hakiki yang selalu sedia. 



p/s : disaat kau jatuh sehingga tiada cara untuk kau bangun, carilah apa yang kau perlu cari dahulu. Bukan mudah untuk terus kuat dengan bersandarkan pada diri sendiri sahaja. Lari bukan penyelesaiannya. Aku taip disaat kesakitan itu menyucuk bagai ditusuk dari depan ke belakang. 


Tiada ulasan: