Review : Aiken Tea Tree Oil - Pimple Cream

by - 5:13 PTG

Assalamualaikum,

Selamat hari raya semua, sempat lagi kan nak ucap, even semua yang bekerja dah start kerja, yang ada exam tu dah start ada exam, yang tengah cuti semester tu marilah membina lemak lemak comel dekat badan. :P

Hari tu aku teman Migha cari product untuk hilangkan jerawat, since muka dia jenis muka yang berjerawat so macam macam produk dia kena try, at last someone suggest dia suruh try Aiken punya range yang tea tree, mostly cakap produk tu bagus untuk muka yang berjerawat. so why not give it a try. 

Puas kami berlima waktu tu pusing drugstore dekat ioi nak cari Aiken, rupanya, ada dekat Guardian ja, and yang bagusnya harga dia murah giler, masyaallah. sumpah tak tipu. 

Since kulit aku bukan yang jenis berjerawat tapi yang jenis oily nak nak dekat T-zone. pheww boleh buat goreng ayam ha. tapi kekadang naik la juga jerawat seketul dua, faham faham ja la student kan tidur, makan minum, stress lagi dengan lifestyle yang berkecamuk, mesti jerawat nak juga naik seketul dua. 

Aku pun try la pimple cream dia, harga dia RM 10.95 so around RM 11 la senang kan. berat cream ni 20g, so dia comel molek kecil ja ha. ya la kita bukan nak guna banyak pun kan, guna bila perlu ja, macam naik seketul dua so letak la dia bagi mati. padan muka kau jerawat :P.



nampak tak kecomelan dia.

Spot Away Pimple Cream by Aiken Tea Tree Oil aku bagi 4 bintang yeay, seriously, jerawat yang naik dekat muka aku tu dalam 2 hari lepas tu dia kecut, aku suka letak malam malam before aku nak tidur, tapi kalau untuk penggunaan yang mujarab, pagi kau letak malam pun kau letak, cepat la sikit jerawat degil tu nak pergi. 

Bagi aku, cream ni, sesuai untuk kulit orang yang bukan berjerawat, sebab dia oily sikit. untuk scar jerawat dia bukan produk yang okey la untuk orang cuba. 

Cara aku pakai, aku tempek dekat yang ada jerawat tu, bukan macam pakai moisturiser er, lumur satu muka, kang berminyak muka naik benda lain pulak kang dekat muka. payah!

so kalau korang yang jenis macam aku yang jerawat suka naik every month tu boleh la cuba. membantu sangat untuk kita kita ni. 

Tapi satu aku nak pesan, lain orang lain kulit, ada yang produk sesuai untuk aku tapi tak sesuai untuk korang. semua tu bergantung pada kulit masing masing, nak jumpa produk yang sesuai dengan kulit memang makan masa, even compact powder pun makan masa nak cari yang sesuai kan. 

so katakan tidak pada jerawat, okey bye, gerak lu pape roger. :P 



You May Also Like

4 000 orang comment