Sabtu, 16 Julai 2016

Review : Bio-Essence Tanaka White

Assalamualaikum,

Ini bukanlah sponsor post atau apa apa, tapi review sebagai seorang pengguna. Aku dah guna hampir setahun aku rasa Bio Essence Tanaka White ni, sebelum ni aku guna Safi Balqis tapi bila dah lama guna dah macam tak ada apa apa kesan dah dekat aku even muka aku jadi makin gelap dan gelap, mulalah bila aku balik cuti sem mama nampak dia tegur dan terus tegur. so aku tukar. tapi yang bagusnya waktu aku guna Safi Balqis ni muka aku susah sangat nak naik jerawat, dalam sebulan kadang kadang tak ada pun jerawat. itu yang bestnya.

Kulit muka aku yang jenis mudah sangat nak kena sunburn, tak main tepi pantai pun baru buat aktiviti tengah padang dalam sejam dua dah balik tu siap la buka buka ja tudung berbirat muka, gelap macam bontot kuali. kadang kadang tu jalan ulang alik pergi kelas ja dah kena juga sunburn, memang tak boleh nak buat apa.

Jadi atas niat untuk memutihkan muka yang memang gelap, yang angan angan nak seputih artis korea choii :P aku guna lah produk ni, mula mula aku beli trial set dia dalam harga RM30 something aku tak ingat exactly harga. Trial pack tahan dalam 2-3 minggu macam tu, itu pun ikut cara kita guna lah. waktu aku guna trial set bio essence, sunburn aku cepat juga hilang dan aku rasa worth kalau aku guna. Dalam trial set bio essence tanaka white tu include cleanser, toner, day and night cream, serum dan mask. Bagi aku apa apa jenis produk pun serum yang mainkan peranan kan.


Routine skin care yang aku guna range bio essence tanaka white cuma 3 jenis ja. Cleanser, Toner dan Day cream. Aku ni jenis malas nak pakai serum and night cream jadi aku tak beli, harga dia boleh tahan juga mahal, nanti sayang duit seorang Amalina melayang ja, sebab at the end of the expire date produk tu masuk dalam trash ja ha. gitu lah. Bagi aku routine untuk siang sangat penting pada malam sebab siang kita banyak terdedah dengan persekitaran yang agak tak selamat untuk kulit, lagipun kena jaga muka dari cahaya matahari juga, bahaya kalau tak jaga, boleh kena kanser kulit tau awak semua. untuk malam just untuk repair so pada yang rajin tu tempek lah serum and night cream. 

Sepanjang aku guna, alhamdulilah okey, cuma moisturizer dia oily sikit, kalau jenis kulit muka jenis macam aku yang oily ni, tak sesuai sangat guna, tapi kalau nak guna, okey ja cuma kena pandai jaga la muka bagi tak nampak oily, alah kalau rajin cuci muka, rajin scrub, rajin mask, semua tu akan boleh dielakkan. percaya lah cakap aku. kadang kadang guna local skin care pun, muka awak akan cantik lah kalau rajin pekisah dengan routine skin care ni. 

Yang tak okey sepanjang aku guna, muka aku cepat naik jerawat, pantang salah sikit, naik lah seijik dua bijik dekat muka tu. kalau aku makan benda minyak sikit, naik lah jerawat tu, pantang aku stress sikit ha muncul la dia dekat dahi tu. tempat yang paling digemari untuk dia duduk dekat dahi, hidung dan dagu. iye lah tempat paling berminyak kan. itu yang paling tak best la. yang lain semua okey. 

Harga :
Cleanser - RM 23.90
Toner - RM 39.30
Day Cream - RM 62.90

Yang paling penting, bau dia best. Bau bedak sejuk tahu macam mana? bau dia lebih kurang macam tu la. ya la kan dah nama pun tanaka kan. Watson and Guardian boleh jumpa produk ni, senang ja nak cari tak payah nak order yang nak kena tunggu berminggu-minggu. okey. 

Kalau nak cantik, muka bersih, plawlessss macam cik kiah jiran sebelah ka apa ka, rajin rajin lah jaga muka, jangan tidur dengan muka yang tak bercuci nanti kuman naik mulalah bangun pagi jerawat jerawat kecil kecil tu naik, tak best tau kalau dia naik. Yang penting rajin. itu ja. 

so okey bye. 
jumpa lagi itupun kalau rajin lah nak berupdate. 



Tiada ulasan: