Khamis, 3 November 2016

Patung

Assalamualaikum,

Patung itu mudah, tiada hati tiada perasaan, tiada rasa cinta, tiada rasa benci, tiada rasa ingin marah, mampu ditolak ketepi ketengah. Dia tak akan pernah peduli sebab dia hanya patung tapi kalau dibuat hal yang sama untuk manusia dan manusia itu hanya menjadi patung, kau perlu sedar hati dia mati untuk hidup.

Kita manusia, tapi kenapa kita buat hal yang sama keatas manusia yang lain sedangkan kita tahu, itu menyakitkan. Tiada hati kah kita ini?

Kebaikkan yang dibuat, tapi masih hanya keburukkan yang dicerita kesana kesini, apa yang engkau nak manusia? Masih belum puas dengan apa yang dihadapan mata?

Manusia sering kata "waktu susah nanti dia cari la kita tu, baru dia tahu langit itu tinggi rendah." tapi bila waktu dia terjatuh lemah pun dia masih tak mencari dan dia berpegang pada bahu yang lain kau akan mula dengar "waktu susah pun sekarang mana nak cari kita dah, dia dah ada yang lain." Sebenarnya apa yang manusia itu nak? Semua yang dibuat hanya buruk yang dia nampak. Hanya tinggal rasa serbi tak puas hati.

Dunia sungguh banyak dugaan, sungguh banyak cubaan, sungguh banyak cerita dan drama yang dipaparkan yang kita sendiri tak tahu penamat dia bila.



BERUBAH!
Manusia ada masa dia cuba untuk berubah, ada ketika dia mencari kekuatan disebalik manusia manusia yang sentiasa menyokong dimasa lalu yang penuh duka dia hadapi, dimasa sekarang yang dia cuba untuk berubah dan berpaling dan dimasa hadapan yang dia sendiri belum pasti jenis apa yang bakal dilalui. Dan aku ada satu manusia ini yang sentiasa menyokong aku walaupun dia tahu aku ni macam kertas kadang-kadang suci bersih, kadang-kadang kotor sana sini. 

"Percayalah berubah itu pahit,tapi hikmahnya manis, mana ada manusia yang berubah tak pernah diuji, dari situ Allah nak latih sabar dan istiqamah, kena kuat ja, kalau rasa lemah mohon cari aku mok." -Debab- 


PENDIAM!
Diam jalan paling mudah kalau rasa tak nak dengar buruk tentang manusia lain, belajar tidak mendengar, belajar tidak melihat dan belajar mendiamkan diri kalau hanya itu jalan yang kita ada untuk belajar berubah menjadi lebih baik. Bukan tak boleh bergaul cuma kalau itu hanya membawa keburukkan, pilih lah jalan selamat dan pergi. Ada 1 manusia ini juga yang banyak mengajar aku dekat sana, walaupun tanpa kata-kata aku belajar sesuatu dari dia. Thanks untuk 1 tahun menjadi roomates. You teach me a lot of things to stay positive and accept every person surround me even sometime they let us down. You such an amazing person that I ever had. 

TAK PUAS HATI
Kalau benar kau kawan aku, rasa yang bukan-bukan tu hanya singgah sekejap ja dan rasa tu akan pergi dan berlalu macam tu tanpa perlu bercerita kepada yang lain. Sebab aku pilih untuk berubah dan stay positive jadi aku biarkan semua nya dan menerima apa yang tersangat buruk tentang aku itu. Tak pa, aku faham dan akan sentiasa cuba faham. Walaupun kadang-kadang aku pun keliru so.... 


- Change to be better and stay positive- 
amalina yaakub

Tiada ulasan: