Review : Mary Kay - CC Cream

by - 4:34 PTG

Assalamualaikum,
Hari ni hari aku rasa sangat jatuh cinta dan rasa sangat nak review apa yang buatkan aku jatuh cinta tu. Bukan senang nak cari sesuatu yang boleh buat kita jatuh cinta dan rasa tak nak cari lain dah. PAYAH!

So CC-Cream dari Marykay betul betul buat aku jatuh cinta pada pandangan pertama, kau raso? Jatuh cinta dari segi packaging yang sangat simple tapi kalau ikat ribbon sikit dan hadihkan dekat awak yang baca ni ha mampu buat hati jatuh suka kan dan semestinya texture cream tersebut yang buat aku rasa wow. I love itttt.

BB Cream, CC cream dan Foundation ada peranan masing-masing yang semua orang kena tahu apa yang dia letak dekat muka. Dah hari ni aku review tentang cc cream so aku cakap tentang apa yang aku nak review  la kan. JANGAN RISAU post ni bukan post yang disponsor oleh Marykay, iannya memang dari hati.



CC-Cream stand for Color Correcting so dari situ pun kita dah tahu, cc cream memang untuk sekata kan warna kulit, hilang kan merah-merah dekat muka dan bagi nampak muka tak sembap  dan selalunya dia akan lebih cerah dekat kulit, so after tu nak apply foundation boleh, nak apply powder pun boleh, kalau nak just pakai cc-cream ja pun boleh.

Apa yang best tentang CC-CREAM dari MARYKAY

EASY BLENDING
I told you, sangat mudah giler nak mampus blend dekat muka, tak kisah la guna tangan ka, beauty blender ka, even brushes. Totally, ermmm sememangnya buat hidup hang mudah giler nak mampus. So confirm hari-hari yang bakal dilalui sangat disayangi dan penuh ceria.


SPF 15
Semua orang tahu, kita sangat perlu letak dekat muka something yang ada spf untuk elak muka kita dari direct matahari. Tak nak kena kanser kulit or sunburn kan, so cari lah something yang ada SPF. Aku jenis kulit yang sangat mudah kena sunburn, kalau orang lain jenis cepat naik jerawat tapi aku musuh utama dekat muka sunburn. Sebelum ni macam-macam jenis product yang ada spf aku pakai untuk elak sunburn tapi at the end balik ja muka memang macam *I am not from Malaysia anymore*

After aku pakai lebih kurang 5 bulan aku dah pakai, alhamdulilah it getting better on my face, kalau kena sunburn pun just macam sikit ja, tak dah macam dulu, macam ohhh okey balik kelas tak ada la muka macam kerang hangit tu. I love you lah.

4 COLOR
- very light
- light to medium
- medium to deep
- deep
Aku guna 2 warna light to medium adn medium to deep, warna kulit aku bukan jenis putih dan bukan jenis gelap gila, aku tengah-tengah tak putih tak gelap cuma boleh la lagi nampak tahi lalat aku dekat dagu tu.

light to medium
Basically aku guna bila aku nak cover muka aku lebih sikit, sebab malas nak pakai concealer. Warna di agak cerah dekat kulit aku tapi still boleh masuk dengat kulit, tak ada la nampak tepung gomak ka atau jadi kelabu asap. Personally, its quite good on my face for everyday look makeup. 



medium to deep
Kalau untuk nampak natural dekat muka aku pilih guna color tu untuk just tak nampak batang hidung merah-merah sebab tetiba jadi apa entah atas hidung tu. Adeh! Bagi nampak fresh, tak nampak sembap sebab tak cukup tidur ataupun malam tu makan kenyang giler pastu terus tidur. 


SETAHUN
Satu tiub tu ada 29ml dan aku nak cakap semuanya bergantung kepada cara penggunaan masing-masing kalau untuk aku setahun lebih boleh tahan. Betul tak tipu. Jimat duit untuk belanja cc-cream untuk setiap bulan.

CAKE
Yang pasti bila pakai. muka tak jadi *cake* tahu kan muka kalau jadi macam tu macam mana, selalu jadi sebab foundation kita pakai tak sekata so susah nak nampak flawless, tapi cc-cream ni tak adanya nak jadi semua tu, kalau sebelum tu letak primer lagi la hasil yang niceeeee. *thumb up*


light to medium
medium to deep

BERMINAT?
For your info la kan, Marykay memang tak ada store dekat Malaysia, even cari dekat Sephora pun memang tak ada, semuanya boleh beli online dekat beauty consultant Marykay, so depa ni akan consult apa yang okey dan tak okey untuk kulit kita. Of course aku one of orang yang kalau nak beli Marykay boleh cari aku. Just PM me on Facebook atau pun DM me on Instagram


Harga - RM79 
Worth your money tau.

Aku guna aku rasa sangat okey
sebab tu
Aku share dengan semua
dan semestinya
Aku akan jual untuk semua orang yang nak nampak cantik.

thats it
bye
love you
muach




You May Also Like

1 000 orang comment