Ahad, 5 Februari 2017

Shawl Tutorial : 5 Everyday Style { Video }

Assalamualaikum,
Entah benda apa masuk dalam badan, rajin pulak aku melayan kerenah sepupu sepapat dan yang bertanya lah macam mana aku lilit shawl panjang aku tu. Kalau hang yang memang jenis expert bab lilit lilit tudung, disarankan jangan teruskan pembacaan, sebab hang akan MENYESAL dan KEMURUNGAN sepanjang malam. *AMARAN KERAS*

Okey whatevahhh,
So hari ni akak *kahkahkahkah* akan ajar yah macam mana nak lilit shawl yang kebiasaan akak buat. Ada 5 jenis lilitan yang sesuai untuk hari-hari anda yang ceria atau menceriakan hidup yang kelam asap tu. JANGAN RISAU! tutorial ni paling senang dalam dunia, Si Auni yang tahun 1 waktu tu pun boleh ikut cara aku apa tah lagi kakak kakak mak mak adik adik. 



1st STYLE
Basic twist la boleh dikatakan cuma untuk lebih *coverage* depan dan belakang ini cara yang paling aku suka. SUMPAH aku suka dan style ni memang akan aku pakai pergi mana-mana pun especially pergi kelas. Ohhhhh engkau, pergi kelas tak ada nya seketul Amalina nak lilit susah susah. Aku sangat perlukan keselesaan. BETUL!


Sangat mudah nak lilit jangan risau dan aku percaya semua orang mampu melakukannya. Hanya perlukan pin sebijik dan jarum seketul dua. Dah siap untuk melalui hari-hari yang ceria. Come on positive sikit. Cara aku pakai boleh klik video dekat bawah. Guna perkataan susah jadi aku guna perbuatan untuk lebih memahami ataupun klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=T74hdHGgiOg



2nd STYLE
Lebih kurang yang 1st Style tapi cara aku jarumkan lain sikit untuk tutup pipi yang pau tu, start twist untuk 2nd Style ni disebabkan oleh Mun, my friend dekat UPM, seriously cara dia twist sangat sweet aku nampak, so just tengok dia then aku try, so YESSSS boleh hide pipi kita yang tembam kadang-kadang tu bila makan tak jaga kan. Aku memahami. GIRLS, I feel what you feel.


Style ni macam ada gelembung-gelembung udara dekat atas tu, so macam tak la nampak muka kita tu bulat sangat tau, ini semua ilusi mata ja sebenarnya, tapi girls, you need to chekidout!. Video ada dekat bawah atau boleh klik link ni https://youtu.be/Mdi3osrOa-Q



3rd STYLE
Ini style yang jenis bila malaih aku mai, hang tau tak malaih tu macam mana? ha macam ada berjuta lemon dekat belakang badan tu. Selalunya aku twist shawl aku gaya macam ni bila nak pergi kafe, since aku stay dekat hostel, so jarak kafe dengan hostel, dekat ja, so just twist like that girls. Apa kisah eh, bukan ada orang nak tengok pun. Ala sekarang kan trend keknis punya style, come on!



Memang paling senang di dunia cara nak lilit, tak payah nak bagi alasan sangat kenapa shawl ni susah nak lilit. Come on guys, banyak ja cara nak lilit, kalau rasa tak mampu nak ikut geng-geng hijabista lilit yang memang pro tahap mulut tak boleh nak kata apa tu just lilit yang rasa mudah dan selesa. Tutup aurat secara totally tu makan masa, lama-lama boleh insyaallah. Its normal untuk kita macam just lilit kadang-kadang shawl kita pendek belakang, depan labuh, bila masa depan pendek, belakang pulak labuh. Itu BIASA~~~~ Ingat satu ja, tudung tak mencerminkan siapa kita kalau perangai kita kalah syaitoooonnn. Sekian tazkirah. So klik video dekat bawah kalau nak tengok cara aku lilit ataupun klik link https://youtu.be/FTMV9Xm2Ij0




4th STYLE
Selalunya aku twist gaya macam ni bila aku pergi wedding family atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja, aku pun tak tahu kenapa aku pilih gaya macam ni, tapi itulah, jadi habit, bila pergi wedding mesti aku akan lilit macam tu mungkin nampak formal dan kemas *dalam erti kata aku lah* kalau bagi orang lain aku tak tahu la. Depend!


Cara dia actually sama macam 2nd style tu, cuma pin kan dekat belakang then lilit macam 2nd style tu, memang sebijik ja, nothing difference, personally aku rasa still nampak beza dia walaupun twist style yang sama. So like usual video dekat bawah atau link ni https://youtu.be/mTy6NTLx1Pg




5th STYLE
Aku akan twist cara ni bila aku nak nampak lain sikit dari hari-hari yang aku lalui sebelumnya, kadang-kadang bosan juga tengok gaya sama ja. Gaya-gaya Vivy Yusof sikit la walaupun bukan sepenuhnya oh aku minat giler dengan dia memang beauty with brain lah orang cakap kan.Idola dan inspirasi betul.


Untuk dapat lilitan macam tu boleh tengok cara aku lilit dekat video dekat bawah atau tekan lah link https://youtu.be/vsBkVU7HjxQ ni untuk dia bawa hang terus ke youtube.




Jadi tu ja lah cara aku twist kan shawl aku yang panjang tu untuk *Everyday Look* kalau untuk majlis-majlis formal ataupun any kind of occasions yang perlu nampakkan muka hang DABOOMM dari kebiasaan, hari lain lah bila datang mood yang rajin gilerrr tu. Maafkan kemalasan seketul Amalina. 

Hopefully bermanfaat untuk akak-akak yang nak belajar pakai long shawl di tahun 2017 ni.
Kadang-kadang bosan juga pakai bawal kan.
Sometime untuk nampak difference,
its okey la, no hal.

so bye
love
muach
see you.

Long Shawl from Bazzar dekat UPM harga dalam RM10.
Stripe Shirt dari Padini, comfort dan labuh. Me so serious.




Tiada ulasan: