Takut Lembu!

by - 7:05 PTG

Assalamualaikum,

Lepas habis paper Marketing tu, memang sangat rasa "Ya Allah inilah perasaan yang aku inginkan, sungguh perasaan yang BAHAGIANNYAAAA" dah paper last kan, otak pulak duk fikir nak balik rumah peluk cium bilik dekat rumah. My syurga ada di rumah gitu. Perasaan yang setiap orang rasa kalau belajar jejauh. Rindu mama abah tau. Walaupun balik rumah asyik "bergaduh" ja dengan mama tentang bangun lambat lah, tentang asyik tengok tutorial makeup la dan bla bla. hahaha. Ma you are the best. Dengan abah pulak macam biasa, bah cool so nothing to be worried. yang pasti yang paling banyak gaduh dengan pakusu la kalau balik sini. tapi hang tetap pakusu paling disayangi. hahaha.

Argh bukan nak cerita hal family sebenarnya tapi nak cerita esok lepas habis paper tu, aku dengan bebudak-bebudak ataupun nama group whatsaap "Akak-akak sado" guys. kau hado? Aku bukan la jenis orang yang rajin untuk nikmati alam, walaupun aku suka, itulah malas mengatasi segala benda yang disukai. Malas tetap win.

LADANG 16, UPM.
Pernah pergi?
Kalau tak pernah, moh la pergi. Ada bestnya walaupun MASYAALLAH tahi lembu bersepah sini sana, yang pasti panas, sebab bukit. Tapi kalau tak naik sampai atas tu, tak panas pun, sebab banyak pokok. Sekarang aku percaya yang pokok sangat memainkan peranan dekat manusia. Jaga lah ia.



Itulah masuk-masuk ja dari pintu masuk, ini pemandangan yang wow la, tak ada la seperfect Kundasang. Tapi nak acah-acah Kundasang pun tak salah. Go on~~~~~~~~



Sampai-sampai situ, tak tahu boleh masuk ke tak sebab hari sabtu kan. then pusing-pusing pergi la tanya abang-abang polis (sebab yang tu ja jumpa) then tiba-tiba dia kata, boleh ja masuk cuma, kalau orang dalam tu tutup pagar, pandai-pandai la panjat, Dengan gigihnya, kami pun gigih juga nak masuk sebab mana boleh tak pergi. nak pergi juga. Pusing-pusing lagi dalam tu jumpa Moo-moo dan kawan-kawan dia. Hye awak! Kenapa comel sangat. Tengah lunch ka tu?


Sebenarnya, nak pergi sini bukan nak apa pun sebenarnya, nak tengok pokok yang Filem Lagenda Budak Setan kot kalau tak salah, aku pun bukan tahu sangat, sebab aku tak tengok filem tu, lame! aku ikut ja kawan-kawan aku ni, pergi mana pun, kalau aku rasa fun dan boleh terima aku jom ja la ha. 


Nampak tak pokok tu???????????? 
Nampak kan. Pokok tu la yang bebudak ni nak tengok sangat. Dannnnnnn aku hanya duk jauh ja dari situ, boleh nampak yang gambar diambil dalam keadaan zoom. LEMBU banyak weyh, dan aku bukan seorang yang berani dan gagah perkasa untuk berhadapan dengan lembu-lembu tu. Dari cara mereka yang sangat banyak dan ada adik-beradik yang berapa puluh keturunan tu, lagi lah aku tak mampu. Me so nervous! 

LEMBU! bukan kucing yang aku boleh datang dekat dan belai kepala dia, kiss dia, tarik-tarik ekor dia, dan guna kucing acah acah dekat orang yang takut, biar dia lari satu rumah hahaha. okey sorry! janji tak buat lagi untuk hari ni hahahahahaha. Aku dah imagine yang bukan-bukan dah bila tengok lembu-lembu tu pandang ja dengan lain macam. Pandangan yang mengoda sangat bila aku datang makin dekat dan dekat.



Lama sangat aku duduk jauh dari sorang-sorang, jadi moh le kita dekat diri, and now aku percaya yang lembu juga seperti kucing, dia tak ada buat apa pun, yang aku nak gelabah lebih dah kenapa. Dia tak kacau hidup aku pun, dia nak makan ja pun. arghhh me overthinking. Tapi masih me kennot la. Insecure betul.





Time tu tak ada siapa pun, kami ja. Jadi ini lah kawan yang selalu berperangai gila sikit. Ya memang! kalau dekat UPM, maybe aku selalu dengan dia selain Nanad, atau pun bertiga. Yang pasti kalau nampak ja akak-akak sado tu aku ada ja lah dekat situ, kecuali datang perangai rajin aku, library lah tempat untuk seketul Amalina. Kemain berdikari, study sorang-sorang, sangat lah nampak acah-acah budak rajin, even kadang-kadang masuk nak layan drama korea ataupun tidur. Arghhh perangai buruk!

Dah tak ada orang, jadi lah perangai seketul-seketul tu, menari, menyanyi, gelak, lompat, apa lagi just name it. Memang betul untuk hilangkan stress. 




Ada la video yang sempat aku buat,
Edit guna viva video yang ada dalam phone ja, so hanya 480p malas la nak beli kalau nak dalam bentuk HD. Dah berjimat sikit duit. hahaha. 

Itu ja dari seketul Amalina
okey bye




You May Also Like

0 000 orang comment