Jumaat, 24 Mac 2017

Craving : Seoul Garden

Assalamualaikum,
Sihat? hope semakin sihat dengan jayanya dan makin membesar macam mana pipi aku makin hari makin macam simpan makanan dalam pipi. Entah la simpan makanan dalam pipi buat apa entah.

Bulan lepas aku lapar sangat sangat Seoul Garden, so aku ajak bebudak bebudak comel ni makan dekat sana, sebagai student yang bagus, jangan nak membazir sangat sampai setiap minggu makan Seoul Garden, memang botak la kepala abah dengan mama dekat rumah tu layan kerenah anak tak sedar diri satu ni. Astafirullah.

Dalam satu sem, tu rasanya Seoul Garden masuk dalam list untuk jadi tempat 12 manusia "comel" berkumpul dan sembang macam itu tempat dia punya. Iya la kan, situ ja kau boleh lepak lama-lama sambil makan sampai kau rasa nak muntah balik kan.

Sebenarnya, orang yang paling craving tu, makan hak alah, tak tera mana, sumpah, makan entah la. Craving sangat la tu bagi dia. Apa pun makasih akak-akak sado sekalian, mereka memang sado dan aku juga hahahahahahahahahaha.

Sado badan dan juga sado hati, tak mudah merajuk kalau kena bahan, tak mudah mengalah walau pun kena marah teruk, dan tak mudah tetiba belah dan pergi macam tu ja sebab terasa hati hal-hal budak-budak. Erghhh, manusia perangai bermacam, hati kena kuat sikit! hahaha. Dan mereka adalah manusia yang terbaik aku kenal dekat sini.

THANK YOU!
THANK YOU!
THANK YOU!
THANK YOU!


sepatutnya 12 manusia "comel" tapi lagi 2 manusia "comel" ikut "kawan" memasing yang ada benda perlu disettlekan bersama. So 10 out of 12. 





Love from us to every person we really do love so much.
eh! eh! eh!




Mayam paling spoiler, masyaallah sister, bahagia benor muka tu.
Aku nampak kebahagiaan tu. *sembunyi sikit double chin*




Aku tak boleh betul muka 2 budak bertuah ni.
Nak buat apa sebenarnya? My god Mayam dengan Til.
Kau ingat dah serious sangat la muka tu?
Yang lain tak ada pulak muka buruk buruk untuk buat kutukkan.




Aku dah cakap, ini memang muka simpan makanan dalam mulut tu.
Masyaallah.




Muka proper sikit, tapi itu pun tidak lah.
Dah macam senyum gatal dah aku tengok muka sendiri.
:(

Macam mana pun perangai memasing, mereka adalah yang terbaik yang wujud dalam hidup aku sepanjang dekat UPM ni, aku bersyukur aku kenal dengan mereka. Sorang-sorang ada karakter sendiri, yang buatkan hidup tak hitam putih. Kena bahan itu ini, perkara biasa, Aku selalu juga kena, memang akan kena bahan bermatian bila hal Sabah keluar, salah aku, aku yang mulakan, adeh. Tapi itu cerita 1st year ni dah nak masuk 3rd year tapi masih kena. I'm regret. Dan paling tak dapat lari kena bahan dengan sorang-sorang bila cabut undi minggu lepas untuk buat assignment Islamic Finance about zakat based on negeri, then tiba-tiba aku tercabut undi dan dapat negeri Sabah bah. Memang!!! perkara biasa lah kena bahan. Memang tak boleh nak counterattack lah. 

P/S : Ohhhhh baru ingat, hari tu ada orang tanya, "tak takut ka, budak yang selalu hang kena bahan tu baca blog hang dan jumpa hang ada cerita pasal dia, even sikit, tapi ada kan, macam bagi hint."
Personally, aku rasa, dia takkan baca dan takkan jumpa lah blog aku ni. I dont think so. Facebook, Twitter, Instagram pun aku tak rasa dia tahu, nak cari blog macam impossible juga lah, aku tak rasa dia tahu nama yang aku guna. setakat "Amalina" banyak lagi orang nama tu, even batchmates aku pun ada 2 orang nama sama, itu belum lecturer lagi hahahahahahahahaha. Kalau seandainya betul lah dia tahu, fuyoooooooo me so impressed. Just wanna say a short greeting "hye". Well I dont think la.

EH!!!!!! Okey kembali

Should I smile or should I laugh about cabut undi? then I choose to laugh. Why so funny?

By the way, thank you sebab menceriakan hari-hari aku yang selalu homesick, aku anak tunggal, memang manja tu akan keluar dengan orang yang aku rapat, Sabar la weyh dengan aku tau. Aku tak tahu macam mana nak jadi matang, kadang-kadang ya aku matang tapi 70% aku tak pernah matang. I'm so sorry kalau aku selalu clingy dan menyusahkan itu ini,

Apa pun yang pernah terjadi, aku sayang semua orang. Deep inside of my heart, I'm so blessed! Thank you! One day all the memories we create, gonna become a moment that so hard to let go. I'm gonna miss you guys more when the time we graduate and go separate ways. I promise, all of you will remain in this heart. FOREVER.

Tiada ulasan: