Jumaat, 14 April 2017

Review : Cathy Doll Aloe Vera Soothing Gel

Assalamualaikum,
Hari ni baru ada masa nak review tentang beauty product yang rasanya last aku review lama juga lah. So today I wanna share to you guys something yang affordable dan worth every cent you spend. Even sangat murah dan totally perfect untuk sesiapa yang memang suka kan Aloe Vera.

So, aku nak review tentang satu produk yang dah lama sangat aku pakai, dan tak sangka dia dah jadi macam A MUST dalam skin care aku. Say hye to Catchy Doll Aloe Vera Soothing Gel. Under beauty product dari Catchy Doll ni range dia sangat comel-comel, cute, rasa macam so girly sangat tau. Actually yang aku guna ni bawah range suntection. 






Ini rupa dia, kalau rasa macam tak pernah jumpa kan, so itu lah dia.

Salah satu korean 's product, seriously sekarang ni ramai giler perempuan dekat luar sana tu sangat obses dengan korean beauty. Sebab? mudah ja, kulit depa flawless, cerah, bersih giler nak mampus weyh. Aku yang perempuan ni pun rasa perghhhh giler lah cantik weyh. Bayangkan even lelaki korea pun kulit depa kalah kulit aku ni. Astafirullah. 

Sebenarnya, aku beli secara tak sengaja dekat guardian. Waktu tu aku tengah cari sunblock yang sesuai untuk kulit aku, so macam biasa bertapak lah aku dalam Guardian berjam dan cari yang sesuai dengan kulit aku dan aku jumpa sunblock dari cathy doll juga dan bawah range yang sama dan aku SUKA! hari lain lah aku cerita. Insyaallah.

So aku jumpa something yang attract mata aku dan aku beli, jadi dah beli kita pakai la kan. So aku rasa best giler nak matey letak dekat muka. SUMPAH! tak tipu. Ini bukan sponsor post. 

Sebelum ni kalau aku guna Aloe Vera gel muka aku mesti jadi berpeluh esok tu, jadi macam extra moisturise yang  macam tak best sangat dan macam lagi burn esok tu. Sedangkan aku guna nak hilangkan burn tapi lagi burn. Itu sangat merisaukan seorang Amalina.

Banyak kali aku mention dekat post-post sebelum ni, yang aku memang jenis cepat kena sunburn. Bila kena tu, selalu aku kena heal dengan duduk ja dalam bilik 2-3 hari, bagi hilang. Tak pun aku tak akan pakai apa-apa dekat muka even sunblock. Sebab bila aku burn, kalau lagi aku bertempek muka aku dengan semua tu, lagi worst. Itu cara aku sebelum ni nak hilangkan sunburn.

So cerita dia berkisah, satu hari tu aku kena burn sebab aku pergi mana entah, memang berjemur sakan la weyh. Balik tu, macam nampak mata dan gigi ja hahahahaha. So macam oh my god! 

Then aku just macam geram sangat aku bantai ja pakai produk ni, malam before tidur aku letak, after aku bangun dan solat semua, aku letak lagi dalam 20 minit aku biar pastu cuci. Memang jadi routine hari-hari lah waktu tu. Dan result dia sangat aku tak expect. Burn aku hilang, dan muka aku moisturise yang memang aku perlu ja. Tak naik jerawat apa pun, dan dia hilangkan oil seeds dekat muka juga. Aku sangat impress dan sekarang it become my essential guys. 





Tak sticky,
Senang nak apply,
Just macam water base,
dan
Sangat lembutkan kulit.

Aku personally rated 4.5 over 5 tentang produk ni, tak ada apa yang tak okey, bagi aku semuanya sesuai dengan kulit aku yang memang sedia macam ni, dan aku rasa juga dia boleh hilangkan jerawat lah. Aku perasan bila waktu yang tiba jerawat muncul, faham-faham la kan, dia macam kecutkan jerawat aku dan tak sakit. I feel grateful. 

So, kalau nak beli boleh beli dekat Guardian, any guardian yang ada dekat Malaysia ni, harga pula aku tak ingat berapa, aku rasa macam RM 20 something atau RM 30 something, yang pasti tak sampai RM 50 pun la. Try it out okey guys. 

So see yah.
gerak lu.

Tiada ulasan: