Khamis, 24 Ogos 2017

Happy Be 23rd Nana

Asslamualaikum,

Happy Birthday to me!
Saengil Chukahamnida Amalina!


Dah masuk umur 23 tahun pun seorang Amalina yang sentiasa orang sekeliling layan macam baby hahaha. Mereka semua tak pernah percayakan aku yang dah mampu berdikari. SUMPAH! aku dah boleh berdikari sekarang even kadang kadang nangis macam sakit sangat sedangkan tak ada apa pun yang jadi. hahaha.

Mama selalu cakap 'cepat nya la anak ma besar' dan abah dengan cool nya sentiasa panggil aku dengan pangilan 'adik' walaupun dah besar gedabak dah ha. Should change adik kepada kakak mungkin hahaha. Well, seorang budak yang tak ada kakak mahupun adik mahupun abang kan. Little baby forever even dah kahwin, dah ada anak, dah ada cucu hahahahahahahahahahaha.

I WANT TO BE FOREVER BABY GIRL

Terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang sangat best bila baca. Sama ada kenal aku atau tidak, dan tiba tiba wish dengan baiknya. Aku boleh cakap terima kasih semua untuk sesuatu yang membahagiakan. 

Terima kasih mama lahirkan seorang budak perempuan yang manja nak mampus dan dah mokmok sekarang, tak apa, masih cute kan hahaha. Terima kasih abah sebab sentiasa ada dan berkorban banyak benda untuk mama, Ina dan arwah adik.

Terima kasih family yang selalu ada waktu jatuh tergolek sampai tak tahu nak bangun dan mula langkah guna kaki kanan atau kiri, dan sentiasa ada waktu bangun yang kadang kadang terlagha sikit dengan hidup. Terima kasih selalu ingatkan ina itu ini, dan tak pernah rasa bosan nasihat benda yang sama dan Amalina masih buat juga hahahaha.

Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa ada waktu aku jauh dengan family, waktu aku bosan yang entah datang perangai nak ganggu semua orang, yang waktu jatuh dan bangun juga. Weyh hangpa adalah manusia yang terbaik yang muncul dalam hidup aku dan harungi hidup yang penuh liku liku sama sama. Aku sayang hangpa gila! hahahhaha

zaman Pasti An-Nadwa
zaman SKBP
zaman SMKKB
zaman Polimas
zaman UPM

Terima kasih semua! dan terima kasih juga untuk customer @by_freesia yang doakan baik baik. By the way, aku ada buat birthday sales so hurry check it out there guys. Hari ni LAST tau!!!!!


HAPPY BE 23rd AMALINA YAAKUB
big girl already but still the same

22 AUGUST 2017
Thanks Zaza, Nanad, Tinting celebrate birthday aku in advance hahaha. Sumpah! aku sangat malu bila kena surprised dan rasa nak nangis whole day.

Thanks buat kan all time favorite chocolate cake and bake macaroni untuk seorang budak yang rosak sikit bila masuk bab masak ni. 

Appreciate!



23 AUGUST 2017
Thanks best friend sebab belanja makan ewah! entah mimpi apa belanja tu ha hahahahha. Touched! 
Aku sayang hang giler budak, nasib hang perempuan kalau lelaki dah lama aku ngorat hang LOL!





WISHES!

























OKEY!

kalau nak letak semua memang panjang yang berjela lagi lah, terima kasih juga yang wish dekat facebook tu. Thank you guys. So itu ja la wish dan ucapan dari kawan-kawan rapat dan family yang sentiasa ada. I love you guys so much tau. ohhhhh yang call tu so sweet tau!

As usual, this is my memories untuk tahun 2017!
Aku akan ingat kenangan yang kita cipta sampai bila bila.
thanks dear!

I LOVE YOU
see yah!

Rabu, 2 Ogos 2017

My Eczema

Assalamualaikum,

Tengah tunggu ma aku call suruh ambil dia hari ni, tiba tiba rasa nak share macam mana aku deal dengan Ezcema. In case kalau tak tahu benda alah apa tu, dia sebenarnya satu penyakit kulit yang disebabkan oleh alergic dengan persekitaran ataupun makanan. Selalu baby baby yang comel ja kena, tapi jangan lupa dah tua macam aku ni pun boleh lagi kena. 

ECZEMA
Apa yang tak best perihal dia ni, bila kena tu kulit jadi merah merah dan sangat gatal. Memang bila kena rasa nak garu, sebab kan bila kita garu dia akan jadi teruk sangat dan tinggal parut yang susah nak hilang. Aku masih ada parut yang sampai bila bila akan ada. Dekat kaki memang tak boleh buat apa la, tapi makin lama parut tu makin pudar cuma makan masa. 

Kalau ada suggestion cream apa yang best untuk hilangkan parut eczema, let me know okey. Just comment down below guys.

Basically, aku sedar yang aku ada Eczema waktu 16 tahun, waktu tu dia jadi dekat tangan, macam satu tompok merah merah dan ada biji kecil kecil penuh. Aku ingat benda biasa ja, letak la minyak gamat macam tu, lagi teruk cerita dia. Memang gatal, berair dan rasa sangat tak selesa. Aku pulak jenis tak suka jumpa doktor, memang menangis la nak jumpa pun. Macam doktor tu nak bunuh aku ja bila aku jumpa dia, entah perangai tu ada sampai sekarang.

FAKTOR

Genetik
Mama aku penghidap asma dan alhamudlilah sekarang ma aku dah sembuh, tak payah ubat apa lagi dah, nak tahu rahsia dia itu kena tanya ma aku lah. Salah satu sebab aku boleh terkena Eczema sebabkan ma aku ada asma. Memang tak boleh nak elak.

Makanan
Memang kena tahu apa jenis makanan yang kita alah, memang kena ada satu buku dan tulis benda apa yang bila kita makan, kita alah.
Aku sangat alah dengan coklat dan citrus fruit, tapi masalah dia COKLAT! favourite aku, memang sedih bila tak boleh nak makan macam orang lain. TAPI! sebulan sekali aku makan ja hahahahaha. Citrus fruit ni buah buah yang masam selalunya, dan paling aku tak boleh makan orange, lemon dan kawan kawan mereka.

Persekitaran
Aku dengan asap atau habuk, boleh lagi kontrol, cuma kalau banyak sangat habuk aku pekisah, kemas bilik ka apa bagai, memang gatal gatal la cerita dia, tapi tak seteruk makanan.

Haiwan
Aku alah bulu kucing, tapi aku bela 2 ekor kucing, Folie dan Yiowyiow. Macam mana aku buat, aku make sure tak tidur sekali dengan budak comel 2 ekor tu, dan lepas main ja dengan budak nakal tu, terus basuh tangan apa semua. Kalau tak buat macam tu muka aku gatal giler, rasa macam ermmmm.



MACAM MANA AKU DEAL
Ini cara aku dan kulit aku memang sesuai dan hari ke hari makin membaik cuma kalau tersalah makan ka, apa ka memag kena juga lah, macam sekarang masih tak boleh recover totally sebab memang alergic, kalau salah ja jadi. Penyakit yang memang sampai bila bila, sampai mati weyh.

Sabun
Ini benda asas dalam hidup aku macam mana aku start eczema aku makin berkurang, sebelum ni memang aku jenis bantai ja apa yang ada dalam bilik air, asalkan sabun, asalkan wangi, okey ON! tapi aku mula perasan bila aku salah ja guna yang lain, memang kulit jadi kering gila lepas tu, mula la, gatal gatal. Banyak produk aku cari, last sekali Johnson's Baby Bath Milk plus Rice juga yang terbaik untuk kulit aku. Tak dry sangat, tak oily sangat. Just nice ja dekat badan.

Brush
Kita panggil apa entah benda alah kuning tu? hahaha aku tak tahu nama dia apa, tapi yang pasti, sangat membantu untuk buang kulit kulit mati dan segala macam daki hahaha. Aku alergic scrub, apa jenis scrub badan aku tak boleh guna, aku dah try macam macam, lepas pakai bukan lagi okey memang lagi teruk. Aku stop pakai dan aku guna brush ni ja nak hilangkan kulit mati ka apa ka semua. Bagi aku walaupun tak 100% membantu untuk putihkan, peloleskan kulit badan tapi masih okey untuk kulit dan juga eczema.




Lotion
Benda paling penting dalam hidup aku yang memang kena ada dekat dalam bilik, beg dan sebagainya lah. WAJIB! badan aku jenis kulit kering dan berbeza dengan kulit muka aku jenis normal dan t-zone ja oily so combination skin la dekat muka. Kalau badan memang, especially tapak kaki dan tapak tangan. Aku tak boleh buat main DRY! Aku akan pakai pagi dengan malam sebelum tidur tu. Apa jenis lotion dekat aku sangat membantu. Salah satu dia yang dekat bawah ni Cetaphil Skin Restoring Body Moisturiser aku beli yang travel pack ja senang nak letak dalam beg. Actually dia ada sabun dia, dan boleh tahan mahal tapi tak sampai RM 100 pun, setahu aku formulated dia memang untuk kulit Eczema tapi aku tak suka bau dia so aku stick dengan yang sedia ada. Lotion dia aku okey ja. Apa jenis lotion yang mana rasa okey, guna ja sebab kulit jenis lain lain. Try and Error ja.





Cream
Memang wajib ada, tak boleh tinggal, kalau tetiba naik ja dekat kulit, aku cepat cepat sapu, tapi itulah dia macam tinggalkan kesan parut yang tak elok. Aku rasa dia ada steroid, maybe. Sebelum ni au guna yang doktor bagi ja, disebabkan aku takut jumpa doktor, aku bawa contoh aku beli dekat farmasi. Keburukkan dia aku sendiri tak pasti macam mana kalau pakai lama sangat, tapi alhamdulilah okey ja sampai sekarang. Guna cotton bud tau nak sapu benda lah tu pastu basuh tangan tau hahaha.




Itu ja yang aku guna selain jaga apa yang aku makan dan persekitaran aku, alhamdulilah kulit aku makin membaik cuma tinggal sikit sikit ja lagi, macam bila aku makan coklat minggu lepas so kena la letak ubatkan. Padan la muka kan. 

Nak sembuh, sangat makan masa, tak boleh la letak ubat ja hilang semua, bila kita tahu, kita alah banyak benda, memang kena jaga apa semua lah. Kalau rasa sabun yang menyebabkan eczema makin teruk then cari alternative lain atau pun produk apa yang sesuai.

SUPPLEMENT! 
Buat masa sekarang aku tak ada guna apa pun. Entah la kan, setiap kali aku guna, memang testimoni cakap okey la apa la, tapi untuk aku tak okey, jadi aku tinggal ja. Aku malas dengan apa apa jenis supplement so aku jaga ja la kulit aku. Macam, tak boleh kering, tak boleh oily sangat, kalau peluh tu pandai pandai la kawal, peluh boleh gatalkan kulit juga, kadang kadang aku rasa macam aku alergic dengan peluh sendiri pun ada bahahhahaa. 

Memang KEY dia 
Pilih produk yang sesuai, tak semua benda orang lain guna, sesuai untuk kita.
Jaga permakanan, apa yang boleh dengan tak boleh memang kena alert.
Tengok persekitaran apa yang boleh sebabkan eczema kita makin worst, kalau boleh elak, elak!

Itu ja aku boleh cakap, pandai jaga diri dan kulit ja la. Semua bergantung pada diri sendiri, apa okey dan apa yang tak okey. Redha ja la ha kan. Yang penting dia bukan jenis penyakit berjangkit, disebabkan kau baru perasan kau ada eczema, kau nak salahkan orang lain. Come on itu semua sistem dalaman badan kita. Darah ka apa ka. Gitu lah.

bye
love you
hopefully, it can help you.


Selasa, 1 Ogos 2017

August's Babies

Assalamualaikum!
Hye!

Selamat datang Ogos! semoga bulan ni memberi banyak makna dan kenangan untuk semua orang, semestinya bukan untuk aku ja la ya. Aku! adalah AUGUST BABY :) dan aku tersangat obses dengan bulan aku lahir sama semesti aku obses dengan Unicorn dan Ji Chang Wook. Tak boleh nak buat apa.

Aku akan cukup umur sebanyak 23 tahun untuk 2017 ni, dan aku rasa aku tersangatlah matang dan tua untuk umur tu. Masih rindu zaman belasan tahun yang terasa muda belia remaja uolls. 



Untuk tahun ni, tiada apa pengharapan yang tinggi atau untuk cuba dicapai. Cuma satu harapan yang biasa biasa yang setiap tahun aku brought forward ala ala balance dalam account baki b/f gitu. Macam biasa 

Tolong la badan tu kurang sikit lemak degil.

Tolong la pipi tu jangan nak chubby macam kuih bahulu sangat.

Tolong la makanan sedap sedap jangan nak wujud sangat dalam hidup aku.

Tolong la makan sayur wahai seorang Amalina.

Tolong la bawa bawa rajin workout sikit.

Tolong la jodoh cepat sikit sampai. eh! kidding!

Tahun ni hanya berkisar tentang lemak lemak degil yang wujud yang susah betul nak pergi. Senang naik senang la turunnya tapi itu lah, bila dekat rumah, siapa ja nak tolak apa yang ada depan mata. Duk asrama boleh la, pejam mata tak beli, so tak ada la depan mata, so tak ada la nak makan, so tak ada la badan nak naik sangat, so selamat la sikit. Ini aduhai! rasa nak ja lempang lemak lemak yang ada. Kau degil snagat apa hal doe!

Bosan bab lemak kan.

Aku harap result semester 4 come out well lah, dan aku boleh intern dengan selamat untuk semester 6 hendaknya. Takut juga bila fikir result ni, paling seram sem lepas la, aku rasa paling subject menyeramkan, sebab? teori semua! dan aku! sangat membenci apa itu teori itu ini. I need a lot of numbers! masyaallah.

Dannnn

Happy Birthday who celebrate it together on this month. My date on 23rd August so dont forget to wish *wink*.

To those who celebrate it either 1st August or until 31st August, I wish you Happy Birthday and have a long and pretty life. Stay kind, stay nice, stay smart, stay healthy, stay charming, stay pretty, stay look pretty good, stay the way you are and be happy with what kind of journey you may be begin or already begin. May God bless you, not only the day you are born but forever till hereafter. Have a sweet birthday August Babies.

bye
love you more
good luck.