Tak Semua Orang Suka Kita

by - 11:09 PG

Assalamualaikum,
Selamat pagi!
Selamat tengah hari!
Selamat petang!
Selamat malam!

Tak kisah la bila pun blog post aku muncul, aku tetap nak ucap have a good day, bangun pagi pagi tu dan jalani hidup yang bahagia ja okey!

Bila aku makin besar ni, bila aku rasa macam aku makin injak ke dewasa ni, aku mula jumpa manusia yang perangainya pelbagai yang betul betul ajar aku apa yang aku selalu fikir"tidak" untuk seseorang yang dinamakan manusia.

Dulu aku selalu fikir yang manusia ni sama ja macam aku, perangai, kalau aku tak suka ambil hak orang lain maksudnya orang lain pun macam aku. Kalau aku suka semua orang, semua orang pasti suka aku.

Family come first!

Dan suatu masa tu aku jatuh terduduk disebabkan oleh dinamakan manusia yang aku nampak baik dan takkan menjatuhkan sesiapa. Aku fikir, semua orang akan suka aku bila aku hanya follow dan mula jadi baik dengan semua orang. Aku selalu fikir manusia takkan membenci sesama manusia kalau kita tak buat apa pun dekat dia.

TAPI, AKU SALAH!

Walaupun aku tak buat apa dekat dia, dia benci dengan aku atas alasan sebab aku jadi diri aku. Aku pegang satu benda, kita buat baik, orang akan buat baik. Tapi! tak sangka jadi baik juga satu masalah untuk manusia yang hatinya sangat tak bersih.

Makin besar makin banyak perangai manusia aku jumpa. Kalau lah aku lembik macam dulu, dah lama aku jatuh balik dengan perihal yang dinamakan manusia.

Satu benda aku belajar tak semua manusia suka cara kita, kita baik pun salah dimata dia dan kalau kita ni jahat apatah lagi, lagi lah berjuta salah dia korek.

SEBAB TU!

Sekarang, aku selesa dengan apa yang aku lalui dan ada. Tak percaya sangat, tak terlalu baik sangat dan aku menjauh bila aku rasa ada sesuatu yang serba tak kena dekat mata dia. Bukan kata, aku tak mampu terima kelemahan manusia lain, tapi lebih baik begitu. Menjauh! dia takkan terluka dengan sakit hati dia yang entah bila nak habis dan aku bagi dia ruang untuk rawat segala macam yang dalam hati dia.

Semakin banyak yang kita lalui semakin matang cara kita fikir. Orang cakap aku manja tapi itu apa yang luaran. Aku tak da la manja sangat sebenarnya hahaha ada masa matang aku muncul juga weyh. Serious!

Aku cuma boleh pesan "tak semua apa yang kita nampak seperti yang kita bayang, tak semua manusia yang sekeliling kita, suka akan kita, tak semua manusia yang layan kita dengan baik, tak kutuk kita dekat belakang, tak semua apa yang kita nampak sempurna, tak ada cacat cela dia, tak semua apa yang baik sebenarnya baik, dan tak semua apa yang jahat nampak jahat."

Percaya dengan diri sendiri dulu baru boleh letak percaya tu dekat orang lain. Yang penting macam arwah wan aku pesan "biar ah orang nak buat kita, asalkan kita jangan buat orang."

So all the best
Good luck
Love.

You May Also Like

0 000 orang comment