Rabu, 2 Ogos 2017

My Eczema

Assalamualaikum,

Tengah tunggu ma aku call suruh ambil dia hari ni, tiba tiba rasa nak share macam mana aku deal dengan Ezcema. In case kalau tak tahu benda alah apa tu, dia sebenarnya satu penyakit kulit yang disebabkan oleh alergic dengan persekitaran ataupun makanan. Selalu baby baby yang comel ja kena, tapi jangan lupa dah tua macam aku ni pun boleh lagi kena. 

ECZEMA
Apa yang tak best perihal dia ni, bila kena tu kulit jadi merah merah dan sangat gatal. Memang bila kena rasa nak garu, sebab kan bila kita garu dia akan jadi teruk sangat dan tinggal parut yang susah nak hilang. Aku masih ada parut yang sampai bila bila akan ada. Dekat kaki memang tak boleh buat apa la, tapi makin lama parut tu makin pudar cuma makan masa. 

Kalau ada suggestion cream apa yang best untuk hilangkan parut eczema, let me know okey. Just comment down below guys.

Basically, aku sedar yang aku ada Eczema waktu 16 tahun, waktu tu dia jadi dekat tangan, macam satu tompok merah merah dan ada biji kecil kecil penuh. Aku ingat benda biasa ja, letak la minyak gamat macam tu, lagi teruk cerita dia. Memang gatal, berair dan rasa sangat tak selesa. Aku pulak jenis tak suka jumpa doktor, memang menangis la nak jumpa pun. Macam doktor tu nak bunuh aku ja bila aku jumpa dia, entah perangai tu ada sampai sekarang.

FAKTOR

Genetik
Mama aku penghidap asma dan alhamudlilah sekarang ma aku dah sembuh, tak payah ubat apa lagi dah, nak tahu rahsia dia itu kena tanya ma aku lah. Salah satu sebab aku boleh terkena Eczema sebabkan ma aku ada asma. Memang tak boleh nak elak.

Makanan
Memang kena tahu apa jenis makanan yang kita alah, memang kena ada satu buku dan tulis benda apa yang bila kita makan, kita alah.
Aku sangat alah dengan coklat dan citrus fruit, tapi masalah dia COKLAT! favourite aku, memang sedih bila tak boleh nak makan macam orang lain. TAPI! sebulan sekali aku makan ja hahahahaha. Citrus fruit ni buah buah yang masam selalunya, dan paling aku tak boleh makan orange, lemon dan kawan kawan mereka.

Persekitaran
Aku dengan asap atau habuk, boleh lagi kontrol, cuma kalau banyak sangat habuk aku pekisah, kemas bilik ka apa bagai, memang gatal gatal la cerita dia, tapi tak seteruk makanan.

Haiwan
Aku alah bulu kucing, tapi aku bela 2 ekor kucing, Folie dan Yiowyiow. Macam mana aku buat, aku make sure tak tidur sekali dengan budak comel 2 ekor tu, dan lepas main ja dengan budak nakal tu, terus basuh tangan apa semua. Kalau tak buat macam tu muka aku gatal giler, rasa macam ermmmm.



MACAM MANA AKU DEAL
Ini cara aku dan kulit aku memang sesuai dan hari ke hari makin membaik cuma kalau tersalah makan ka, apa ka memag kena juga lah, macam sekarang masih tak boleh recover totally sebab memang alergic, kalau salah ja jadi. Penyakit yang memang sampai bila bila, sampai mati weyh.

Sabun
Ini benda asas dalam hidup aku macam mana aku start eczema aku makin berkurang, sebelum ni memang aku jenis bantai ja apa yang ada dalam bilik air, asalkan sabun, asalkan wangi, okey ON! tapi aku mula perasan bila aku salah ja guna yang lain, memang kulit jadi kering gila lepas tu, mula la, gatal gatal. Banyak produk aku cari, last sekali Johnson's Baby Bath Milk plus Rice juga yang terbaik untuk kulit aku. Tak dry sangat, tak oily sangat. Just nice ja dekat badan.

Brush
Kita panggil apa entah benda alah kuning tu? hahaha aku tak tahu nama dia apa, tapi yang pasti, sangat membantu untuk buang kulit kulit mati dan segala macam daki hahaha. Aku alergic scrub, apa jenis scrub badan aku tak boleh guna, aku dah try macam macam, lepas pakai bukan lagi okey memang lagi teruk. Aku stop pakai dan aku guna brush ni ja nak hilangkan kulit mati ka apa ka semua. Bagi aku walaupun tak 100% membantu untuk putihkan, peloleskan kulit badan tapi masih okey untuk kulit dan juga eczema.




Lotion
Benda paling penting dalam hidup aku yang memang kena ada dekat dalam bilik, beg dan sebagainya lah. WAJIB! badan aku jenis kulit kering dan berbeza dengan kulit muka aku jenis normal dan t-zone ja oily so combination skin la dekat muka. Kalau badan memang, especially tapak kaki dan tapak tangan. Aku tak boleh buat main DRY! Aku akan pakai pagi dengan malam sebelum tidur tu. Apa jenis lotion dekat aku sangat membantu. Salah satu dia yang dekat bawah ni Cetaphil Skin Restoring Body Moisturiser aku beli yang travel pack ja senang nak letak dalam beg. Actually dia ada sabun dia, dan boleh tahan mahal tapi tak sampai RM 100 pun, setahu aku formulated dia memang untuk kulit Eczema tapi aku tak suka bau dia so aku stick dengan yang sedia ada. Lotion dia aku okey ja. Apa jenis lotion yang mana rasa okey, guna ja sebab kulit jenis lain lain. Try and Error ja.





Cream
Memang wajib ada, tak boleh tinggal, kalau tetiba naik ja dekat kulit, aku cepat cepat sapu, tapi itulah dia macam tinggalkan kesan parut yang tak elok. Aku rasa dia ada steroid, maybe. Sebelum ni au guna yang doktor bagi ja, disebabkan aku takut jumpa doktor, aku bawa contoh aku beli dekat farmasi. Keburukkan dia aku sendiri tak pasti macam mana kalau pakai lama sangat, tapi alhamdulilah okey ja sampai sekarang. Guna cotton bud tau nak sapu benda lah tu pastu basuh tangan tau hahaha.




Itu ja yang aku guna selain jaga apa yang aku makan dan persekitaran aku, alhamdulilah kulit aku makin membaik cuma tinggal sikit sikit ja lagi, macam bila aku makan coklat minggu lepas so kena la letak ubatkan. Padan la muka kan. 

Nak sembuh, sangat makan masa, tak boleh la letak ubat ja hilang semua, bila kita tahu, kita alah banyak benda, memang kena jaga apa semua lah. Kalau rasa sabun yang menyebabkan eczema makin teruk then cari alternative lain atau pun produk apa yang sesuai.

SUPPLEMENT! 
Buat masa sekarang aku tak ada guna apa pun. Entah la kan, setiap kali aku guna, memang testimoni cakap okey la apa la, tapi untuk aku tak okey, jadi aku tinggal ja. Aku malas dengan apa apa jenis supplement so aku jaga ja la kulit aku. Macam, tak boleh kering, tak boleh oily sangat, kalau peluh tu pandai pandai la kawal, peluh boleh gatalkan kulit juga, kadang kadang aku rasa macam aku alergic dengan peluh sendiri pun ada bahahhahaa. 

Memang KEY dia 
Pilih produk yang sesuai, tak semua benda orang lain guna, sesuai untuk kita.
Jaga permakanan, apa yang boleh dengan tak boleh memang kena alert.
Tengok persekitaran apa yang boleh sebabkan eczema kita makin worst, kalau boleh elak, elak!

Itu ja aku boleh cakap, pandai jaga diri dan kulit ja la. Semua bergantung pada diri sendiri, apa okey dan apa yang tak okey. Redha ja la ha kan. Yang penting dia bukan jenis penyakit berjangkit, disebabkan kau baru perasan kau ada eczema, kau nak salahkan orang lain. Come on itu semua sistem dalaman badan kita. Darah ka apa ka. Gitu lah.

bye
love you
hopefully, it can help you.