Isnin, 30 April 2012

Soalan hurmm!

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_m22i0cu2l61r2wwr1o1_500_large

hallo aku tetiba ditag oleh seorang insan yang sangat budiman. dengan budiman nya dia, dia telah tag soalan soalan yang aku perlu jawab secara fakta ( aku akan jawab macam biasa auta la lebih. auta itu cool ) dah jom jawab soalan dia bagi kesian dia kalau aku tak jawab.


1.kalau korang jumpa Greyson Chance apa korang akan buat??
buat bodo ja apa ingat aku suka sangat ka jerit jerit then himpit himpit dengan orang sebab kan artis. not my type ( fuyoo jawapan berlagak giler kau )

2.korang suka makan apa??
semua jenis makanan yang halal dan boleh dimakan dan bukan berunsur ikan pari tetttttttttttt

3.kalau korang diejek apa korang rasa??
rasa macam nak kunyah kunyah ja orang tu then aku buat lepat liat aku buang dalam telaga ( kahkahakha apa ka kejam sangat kau amalina )

4.apakah warna kegemaran korang?
should be blue tgk blog la wahahaha lagi mau tanya ka?

5.adakah anda ada BF/GF?
BF should be best friend kan so aku ada banyak la buat masa sekarang ni ada la dalam 10 orang macam tu.

6.karton apa yang korang minat?
barbie maybe ahak ( perempuanyan aku bila minat barbie )

7.kereta kegemaran korang?
kereta bagi aku sama ja asalkan tak kena hujan dan panas sudah la. itu dah memadai.
 
8.korang pandai main gitar tak?
apa kerlas gitar main kompang la best
 
9.apakah handphone yang korang pakai?
pakai phone rumah ja tu pun kongsi 12 adik beradik ( nampak benor nipunya )
 
10.nama BF/GF korang?
macam aku explain dekat atas tu kan
* mieqa mirare
* makcik ayu chubby
* an yang kasar diluar lembut dihati
* ah si kembar yang kaki novel
* pikah yang nak jadi polis
* ateen yang sangat clumsy
tambah dua orang yang aku rapat yang lain jantina agak rapat la boleh buat gaduh hahah
* sufian si kaki jiwang
* kak nurul si kaki tidur

dah jawab
bye


Ahad, 29 April 2012

Mengada

assalamualaikum
hye peeps

bila kegedikkan melanda 3 orang manusia yang pelik lagi pelik ni semua kerja si boneka. dia yang mula dulu habis sekali amalina yaakub pun nak join saja ja mengada nak join hahaha
thanks to fiz gaphic atas doddle dibawah ahak.





see sangat kegedikkan terselah bila 3 manusia guna doddle yang sama cuma warna berbeza dan dijadikan DP facebook. sungguh sangat mengada. hahaha. eilla boneka yang ketua yang jadi ketua kemengadaan kami semua. ahak cik boneka.

tapi doddle ni nampak comel pulak bila tengok lama lama hahaha :) comel kan bagus sungguh la fiz graphic tu design comel kot. dah stop cerita merapu di petang hari. aku suka merapu ja lebih.

bye

Selasa, 24 April 2012

Hijabista

assalamualaikum
hye peeps


hari ni jom semua kita bercakap | menaip | bercerita tentang HIJABISTA yang power seperti cala man ( yang jual kasut tu ) dan awesome seperti cala qisya ( yang jual kimono yang comel comel plus muslimah tu ). jom checkidout first edition untuk hijabista bagi sesi pengenalan untuk diperkenalkan semua muslimah yang berhijab di Malaysia. Hijabista satu satu nya majalah yang mengetengahkan hijab sebagai fashion utama selain majalah dara. so jom kita review.

di page 30 hingga 33 . HB( hijabista ) banyak mengetengahkan motif batik paisley yang semakin rancak dipakai golongan yang berhijan mahupun bukan. corak batik paisley comeback. corak yang bermotifkan batik  tetapi telah dimodenkan dan diilhamkan menjadi corak yang lebih trendy dan freshie.

" lambang seni sejak zaman lampau, batik sudah menjadi sebahagian daripada imej masyarakat tempatan. memasuki dunia yang serba maju dan tinggi teknologi, batik masih gah bernafas. dan kini, ia kembali menjengah dunia fesyen menerusi medium selendang " - HB -  


bermula page 42 hingga 51 HB memberi tutorial untuk bergaya bersama hijab untuk yang masih tercari cari identiti untuk mengayakan selendang anda boleh la membeli HB untuk belajar cara yang sopan dan manis untuk dipakai para HIJAB.


page 58 hingga 59 banyak menceritakan berfashion tapi masih dalam bajet yang tidak melangkaui batas batas membazir. kita sebagai fashionista perlu pandai berfashion dan dalam masa yang sama juga perlu pandai mengunakan duit belanja agar kita tidak dikategorikan membazir. bajet bajet bajet.


page 72 sampai 77 banyak diceritakan tentang dress labuh yang digemari para hijaber mahupun bukan hijabers. dress labuh bagaikan mencipta satu transformasi dalam bidang fashion. dahulunya dress sering dikatakan tidak sesuai untuk para muslimah sebab dress kelihatan seksi dan sangat tidak sesuai untuk para hijabers tapi sekarang jangan risau lagi banyak dress yang direka khas untuk muslimah asalkan mereka berani dan pandai mengayakanya.

" dress labuh cipta revolusi baru sopan, ayu dan cukup anggun. kehadiranya dirasai. gayanya menarik ramai pemerhati. lenggok hayun dress labuh yang menyaluti tubuhnya melantunkan keasyikan. "oh siapakah gerangan si empunya diri? " - HB -  


dan dalam kita asyik bercerita tentang fashion HB juga menyelitkan jurnal percutian untuk diketengahkan kepada kaki travel. dimana percutian krew HB pergi kena la beli HIJABISTA wehewww.


dan biasa sebagai satu majalah untuk kaum hawa, tip penjagaan muka semestinya perlu diselitkan jadi HB menyelitkan sedikit tips penjagaan mata sembab. nak tahu macam mana kena beli la. hehehe


dalam edisi HB juga ia selitkan " ekstra HB " dekat situ banyak cerita tentang hijab sahaja.
- fabrik, motif, warna untuk hijab -
- aksesori yang boleh selit dihijab -
- jenis jenis anak tudung yang sesuai -
- fakta sainstifik kelebihan berhijab -
- gaya tudung apa yang sesuai untuk kita -
- rona tudung VS mood -



HB juga ada buat contest untuk para hijaber. contest yang mudah ja. siapa rasa nak join boleh la join. cara nak join. beli HIJABISTA, begambar dengan HIJABISTA dan anda berpeluang menangi RM 100 UNTUK 5 orang pemenang bertuah. nak tahu lebih lanjut baca dalam HIJABISTA. 


itu ja lah serba sedikit tentang majalah baru ni. aku dah beli 3 minggu lepas lagi. baru sekarang aku nak update so guys kalau rasa anda rasa nak belajar selok belok berhijab, HIJABISTA adalah terbest yang boleh bantu anda. so apa tunggu lagi beli lah takkan tengok ja. 
harga RM 10.00 sahaja.

bye

Sabtu, 21 April 2012

Soalan Lagi

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_lzla0fjxz51r1zev1o1_500_large

weheeeeeeeeeeee morning sihat tak hari ini? how's life? ekekekek hari yang sungguh mulia lagi indah ni aku nak jawab soalan soalan yang mampu buat manusia manusia tercekik cokodok 88 ketul di halkum. so jom kita jawab.



kebanyakkan entry korang pasal apa?
- personal life
- giveaway. contest. segmen

berapa kerap setiap post korang?
- ikut kerajinan seorang Amalina Yaakub

sehari berapa jam korang spend untuk blog??
- kalau aku sihat insyallah lama juga aku spend tapi kalau aku tak sihat selaluny aku tak on pun aku tidur ja

boleh dapat duit kew dgn blog ney?
- insyallah boleh kalau cara korang untuk dapat duit guna cara yang betul.

ada ka yang nak baca blog kau?
- tak ada. ( aku pun tak sure ada atau tidak ) maybe ada maybe tak ada.

ramai tak follower kau?
- ramai ka tak ramai ka aku rasa macam tak kisah la sebab aku nak readers.

adakah anda rajin meng'blogwalking" blog lain??
- kalau ada masa aku BW la ataupun bila diorang comment blog aku, aku pergi la balik blog diorang.

bagaimana cara u'olls nak mencari follower??
- ping entry di group group facebook ( aku join 50 group facebook )
- ping entry di personal facebook aku dari situ pun kita akan dapat reader maybe dari kalangan keluarga.

macam mana nak buat org suka dengan blog kite?
- tulis seikhlas yang mungkin. kalau waktu kita type kita rasa malas readers boleh tahu kita malas nak type tapi kita type juga sebab nak kejar traffic kan? 

3 top blogger?
- tak ada blogger yang top yang ada cuma blogger yang diminati hasil penulisan dia. kan?
- cik epal ( blog picisan yang banyak menternak lemak )
- ben ashaari ( blog yang banyak share pengalaman )
- nasir hamzah ( blog yang merungkai misteri )
- nurul badiah lai ( banyak bagi motivasi )

dah siap soalan soalan yang boleh buat aku tercekik cokodok yang tok aku buat. kalau korang nak jawab juga jawab ja tak da siapa pun nak larang. jangan malu jangan segan jawab dengan hati yang happy.

bye


Khamis, 19 April 2012

Info Berguna

assalamualaikum
hye peeps

entry ni aku dapat dari sini harap maklum :)

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

fuhhhh pekena satay kajang sedap bro hahaha


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

 
sedap aku lapar, kena pergi masak sekarang juga.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


 
takutnya aku nak bershampoo.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


 
aku tak suka sangat benda alah ni. tak sedap sangat pun mee goreng mama aku buat sedap lagi.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


 
aku cukup suka bawang goreng kalau makan mee kari wajib letak so lepas ni pandai pandai la nak buat macam mana , goreng bawang yang sdn bhd punya la.

cukup kot info yang aku dapat untuk kegunaan kita semua supaya kesihatan kita lebih sihat dan terjamin semoga hidup kita bahagia selalu

bye

Rabu, 18 April 2012

Reception Jajat : Klang

assalamualaikum
hye peeps

hari yang sungguh berbahagia ini aku nak story satu wedding bukan wedding of the year yah sekadar wedding sahaja. jimat duit tak payah nak of the year sangat la. ni wedding makcik aku yang ke 10 means makcik aku yang ke 10 bukan perkahwinan yang ke10 dia, tolong baca ayat bagi faham jangan sampai nanti timbul gosip gosip liar pulak.

wedding ni tarikh tak ingat sebenarnya tapi apa yang aku ingat disember 2011 means tahun lepas dan sekarang baru aku nak update. bukan sebab aku malas atau lupa tapi sebab tak ada gambar so sekarang ni dah ada gambar baru berkesempatan peluang dan ruang untuk aku update ( aku tahu mesti ramai yang tunggu nak nak si pengantin dan makcik makcik dan pakcik pakcik aku ) bajet diorang baca ja blog aku. wahahaha :P

jom start acara kita. tapi gambar melebihi caption harap maklum entry bergambar jangan kata apa. aku tau bukan semua orang suka baca ada berapa kerat orang ja yang baca sampai habis.



menunggu ketibaan datuk dan datin untuk turun ke bawah ke hall untuk bergerak secara konvoi ke wedding di pihak lelaki. ( pihak lelaki yang perempuan dah lepas ) yang peliknya semua muka bukan excited nak pergi wedding tapi excited tengok TV . drama apa aku tak dapat kenal pasti.


sebelum nak gerak kena tangkap gambar sekeping dua nak juga tunjuk bertapa ayu dan manis Amalina Yaakub berbaju kurung ( tetttttttttttttttttt perasan tolong muntah hijo sekarang ) pipi ku chubby abaikan.


berpeluh peluh pengantin bawa bunga telur ehhh nope bukan pengantin tapi hanya adik kepada pengantin means paksu aku la. berpeluh kalah orang yang nak kena angkat nikah aku tengok.


sebelum nak bergerak Datin Zubaidah sempat bagi pose bersama anaknya Hazim Zuhail yang nakal. suka buli aku hahaha.


setelah kereta yang membawa bride lesap dengan kadar 8.9 hectar kami semua yang berkonvoi terpaksa ikut kereta pakngah aku walaupun pakngah aku pun terkontang kanting tak tahu rumah dekat mana apa lagi GPS ja la. kami yang berlakang ikut ja kereta pakngah aku ni. ( aishh pengantin kenapa laju sangat lex lu )


kami semua berkonvoi 7 ketul kereta. dalam gambar ada 4 sahaja lagi 3 tak nampak harap maklum bukan aku menipu untuk tambah peratusan kereta yang ikut.


signboard ni menjadi tanda sekejap ja lagi kami semua akan landing ke destinasi yang dituju. nama tempat tu aku tak berapa ingat apa. tapi apa yang aku tahu Klang sahaja !


akhirnya tiba juga ke destinasi elok ja sampai nampak dah pengantin aku dengan kepantasan cheetah berlari untuk menjadi pengapit wehewwwww. sebab apa aku tunduk ? nak mengatakan bahawa aku terlalu tinggi pada pengantin jadi aku kena tunduk kang aku langut pengantin jadi rendah kang tu kira ok aku belasah sandle ja kalau aku pakai heels macam mana? macam mana?


malu malu kucing pulak


time to makan nasi. nasi makanan ruji masyarakat malaysia jadi jangan malu untuk makan nasi jangan nak berlagak omputeh sangat " i'm just eat pizzasss" ( slang british sikit ).
abang yang letak nasi tu berpeluh peluh nak letak nasi dalam pinggan tok aku, takut ka abang? relex la tok saya tak makan orang dia makan nasi ja. ( muka tidak dapat ditunjukkan )


gosip adik beradik


bergelak ketawa adik beradik


ada 3 reaksi muka tengok betul betul
yang tudung merah - makngah aku - muka dia sangat sedih aku tak sure kenapa
yang kemeja merah - cousin aku akmal - muka dia sangat happy tangan thumbs up lagi bro
bersongkok - pakcik aku - termenung fikir masalah negara kot.


selepas kekenyangan semua jadi muncit wahahaha 


time to balik rumah untuk pulang ke istana kami semua di Bukit Jelutong - rumah sementara untuk berteduh. before semua nak balik kedah before balik kedah satu family pergi holiday dulu.


nak show off sikit muka yang menjadi tajuk penting entry aku kali ini.


senyum jangan tak senyum
senyum tak perlu kata apa apa

habis satu hari di klang untuk wedding

HAJAR & MAZNI

semoga makcik dan pakcik berbahagia hingga ke anak cucu, semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan korang berdua dan semoga korang dapat anak anak yang comel comel dan cute cute ( bertambahla sepupu aku lepas ni sekarang pun dah nak dekat 30 orang dah )

SELAMAT PENGANTIN BARU LAMA

bye
congrat acik for a babies will come out soon
can't wait

salomnization diorang berdua >>> klik sini
wedding belah perempuan jemput baca >>> klik sini


Ads Nuffnang

assalamualaikum
hye peeps


see see apa benda tu aku check link aku ok ja tetiba ja muncul kenapa? salah dekat mana? tak faham aku? ishh nuff pun la jangan main main.
kenapa jadi error macam tu er? ada yang tahu tak?
kot boleh tolong seorang hamba Allah macam aku ni. binggung giler. penat aku nak cari solver.

tu ja aku nak cakap
bye

p/s : giler pendek punya entry

Selasa, 17 April 2012

Semut Best Friend

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_lndyirklmu1qh6gkvo1_400_large

morning morning mula aku taip entry ni adalah pukul 10.10 pagi ( nice number ) so masih pagi kan? dah breakfast belum kalau aku suka breakfast lambat lambat kalau boleh join venture dengan lunch tak da lah aku asyik makan ja kan.

pagi ni aku nak storry morry tentang semut ( semut lagi bosan da ) apa kehal dengan semut kan.

dalam aku hidup seharian diatas muka bumi ni kan aku sangat lah pelik dengan semut spesies hitam ni ( tahu tak semut jenis hitam ni ? ) aku tak sure nama sainstifik semut ni apa, tapi apa yang pasti aku panggil dia semut hitam. kalau tak kenal search goggle wakaakaka. apa yang aku tersangat tak puas hati dengan semut ni la kan adalah dia suka ikut aku, aku pelik la naik rimas pun ada. apa yang dia ikut?

dekat mana ada aku disitu ada semut.
yang peliknya aku ni tak adalah makan gula gula pun yang dia nak ikut sangat, nak kata aku manis pun aku yakin tidak, nak kata aku selalu bersedekah gula dekat diorang pun tidak tapi sekali sekala tu ada la. yang peliknya dimana aku berada ada dia.

cerita dia macam ni ( tadi mukadimah baru, panjang tak mukadimah aku? )

sekarang ni aku dekat rumah tok aku dan di dalam bilik hujung sekali means bilik belakang la sebab apa aku pilih bilik belakang sebab of course la bilik tu sejuk bilik lain panas aku tak suka. masalahnya disini semut hitam duk berkejaran di depan aku atas katil ni tak larat aku nak tepis dah tu banyak pulak dah macam buat kenduri kesyukuran ja semut ni. duk berkampuang tepi aku. kalau tak kacau aku tak pa la ni idak duk kacau aku plus lappy aku sekali naik tension.

dekat rumah lama aku dulu pun macam tu juga aku duduk elak elak ja tengok semut penuh tepi aku duk buat larian tentera secara berkumpulan. pelik sungguh.

rumah baru yang baru aku pindah tu pun ada juga bilik yang aku duduk tetap jadi mangsa, ishhh dah macam macam aku buat nak halau diorang tapi tetap diorang ada juga degil giler serupa aku sungguh semut semut ni. ishhh poning poning sungguh aihhh

- surat untuk semut -

dear semut,
kenapa anda mendekati saya?
adakah anda ingin berkenalan dengan saya? 
kalau nak berkenalan silalah buat laman social facebook semut supaya kita boleh selalu IM
wahahahaha
bye semut.

semut oh semut sampai aku pernah kena gigit la dengan dia dekat mata, bangun pagi ja bengkak tengok tengok ciss semut gigit aku. kurang ajor hahaha

bye


Isnin, 16 April 2012

Dentist? No!

assalamualaikum
hye peeps

I can't get no satisfaction

hari ni aku nak cerita satu masalah besar yang dihadapi dalam dunia Amalina Yaakub. aku nak bercakap sejujurnya aku

Aku Tersangat Tidak Menyukai Dokter Gigi

yes aku tak suka sebab aku takut dengan diorang walaupun diorang sehensem hensem mana pun muka diorang yang sangat pasti ketampanan diorang tidak mampu mengatasi ketakutan aku yang amat sangat dengan doktor gigi .

sorry to say la Klinik Gigi aku tak rela nak menjejakan kaki aku dekat situ, aku tak mampu aku takut la ishh tengok muka diorang pun dah seram inikan pulak tengok alat alat yang ada dekat dengan diorang tu serius menakutkan. menakutkan seperti nampak zombi kampung pinang oii..

sekarang ni gigi aku sakit dan aku tak tahu penyelesaian dia aku nak buat apa. mama aku suruh pergi cabut gigi, giler apa aku nak pergi memang tak ar aku nak bagi tahu. aku rela makan ubat yang besar warna biru yang sebesar penumbuk hulk dari pergi cabut gigi. hahaha.

masalah besar sungguh aku ni sebab takut dokter gigi aishh sangat tak patut.
apa apa pun adik adik yang sama seperti akak takut dengan dok gigi jadi silalah jaga gigi anda sebaik yang mungkin supaya ulat ulat bulu yang gatal dan miang tak merayap di gigi anda. wehehhee

ok bye



Jumaat, 6 April 2012

5 Science

assalamualaikum
hye peeps

entry hanya bekisar kawan kawan aku sahaja. so kalau boring tak payah baca ( aku bagi warn awal awal dah ni nanti jangan bising cakap buang masa pulak baca )


hahaha ambil satu muka pun aku tak tunjuk kuang kuang kuang amacam expression muka diorang hebak kan. jangan disangka muka yang tenang tak boleh buat expression muka yang penuh kelawakkan sampai hampir terburai isi perut dan pancreas anda.

saling merindu tu actually ada sikit ja bukan satu kelas pun

just
rayha si kembar rayhan
amieqa si lembut
pikah yang senantiasa agak garang
far hayu yang sentiasa aku jadi penasihat cinta dia
kak nurul atau hafizi yang sentiasa senget dan benget
dan sufian yang sentiasa jiwang di wall facebook dia.

8 kesengetan bila bercakap tentang kelas 5 SC 2011 batch 94 di SMKKB yang berada di lokasi Kedah ataupun lebih popular dikenali sebagai bandar Fairytale ( aku merapu sila jangan percaya )


see tengok la apa yang kami merapu berlapan memang tak masuk dek akal langsung sekejap macam logik sekejap macam budak budak pun ada sekejap macam perghhh mampu berdikari sekejap macam memang tak boleh belah langsung.

banyak moment waktu form 5 kami tergolong dalam golongan yang tidak cerdik pandai ( sila sembunyi belakang stor kelas 5 sc sebab malu ) kami semua terpilih dan berada di kelas last sekali iaitu kelas yang tersangat corot yang menyebabkan semua cikgu " SAYANG " gila gila dengan kami. kami semua berada di kelas ( 5 SAINS ) kihkihkih. ( main main lebih ). walaupun kami si kelas sains perangai semua tak semengah langsung macam budak budak tak matang pun ada. nak aku cerita sorang sorang ka perangai ish jangan.

aku cerita time subject subject yang kami suka sesangat ok

========================================

- PHYSIC -

pak rushdan aka digelar boss oleh kami semua. dan dia adalah pengetua dan merangkap guru physic kami tapi sayangnya kami semua berjodoh dengan dia di saat akhir sudah mahu SPM sebelum kedatangan boss kami diajar oleh seorang guru yang bernama puan norizan dia asal dari terenganu kalau saya tidak salah ( skema giler ayat tak mampu nak terus buat ayat macam ni ) dia seorang cikgu yang OK tapi tetiba dia cuti bersalin jadi kami terkontang kanting 3 bulan woii tak da cikgu physic gila apa nak exam kot adoii ada la cikgu ganti tapi adoii faham faham ja la.

Tumblr_lz99kdtamp1r7elryo1_500_large

hangpa nak tau tak semua physic tu susah untuk orang yang tak suka math macam aku kalau bagi hangpa senang memang aku slaute ar.

time physic memang teruk la kami ni aish..

orang yang meja depan duduk tepi pintu tau tak budak tu buat apa dia boleh tidur dengan senyeyak nyeyak nya seperti tidur dibilik hotel 10 star beb. ( klik sini nak tengok muka dia )
orang yang dibelakang pulak tahu apa diorang buat boleh diorang bergosip habis sakan la dan buat seperti boss tak ada dekat depan. ( klik sini nak tengok ) then kan tiba tiba bila boss nak tengok nota perghhh semua kalut ja ya la sebab tak fokus. adoiii muka semua cuak gila.

nak tahu satu hal boss kami kalau sebut perhimpunan akan jadi ............ ( biar orang yang tau sahaja sambung )
bila dia sebut saad akan jadi ............. ( biar mereka mereka yang tahu sambung )

kalau la ingat balik aishhh memang kami semua agak kenakalan waktu subject physics maybe sebab kami pun tak tahu sebab apa nasib baik physic kami ok tak failed SPM kalau failed macam mana tak ka pakat menangis tak berlagu la semua sebab main main dalam kelas.

- BAHASA MELAYU -

ni subject paling kami gerun sebab kami semua seriusly takut kot dengan cikgu BM pergh memang waktu dia ajar semua tunduk kira kuku ada berapa puluh la kalau boleh tunduk tu memang tak akan pangung tengok white board dah la sampai cikgu tu kena panggil nama la. dasat kan.

tapi cikgu tu lawak agak menjadi kesukaan feveret cikgu la untuk kami semua hahaha. benda paling best bila dia panggil nama aku, aku akan buat blur and smile :) sebab aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu.

Fc76117c8e4c41ab349a68c97fb89fe2_large

kalau BM dan essay jangan pernah korang nak cuba leraikan hubungan yang rapat antara mereka sebab essay dan BM sangat rapat seperti kucing dan ikan saling memerlukan hahhaa.

aku pernah mengelat satu essay memang aku tak larat hari tu nak nak aku mc pulak sekolah hari tu memang aku tak buat la essay tu pastu aku rasa sangat menyesal dan aku nak cakap

  cikgu noraini i'm sorry!

dan aku yakin ada student lain yang mengelat juga especially hahaha sila terasa yah kawan aku yang baca wahahaha. !

" mengamit amalina "
hakhakhakhak...

=======================================

 subject chemistry dan subject pendidikan islam dan sedikit cerita kawan kawan aku yang agak hahaha faham faham la sendiri. akan aku cerita nanti hahaha aku nak tidur dah mengantuk dah ni.

pastu ada pulak budak ni paksa paksa aku publish entry ni cepat cepat reason dia nak jadi orang first baca dan orang first comment. senget benget nak kenal dia sapa klik sini wahahah memang otak tak centre budak ni kuang kuang kuang

to be continue part 2 
aku tak larat nak type
hahaha
pemalas punya Amalina Yaakub



Khamis, 5 April 2012

Pengajaran

assalamualaikum
hye peeps

attention : entry serius jangan ada senyuman atau ketawaan waktu membacanya.
selamat malam. dah dinner belum ? kalau dah dinner bagus la. tapi kalau orang yang macam aku memang tak dinner lagi la pukul 12 kejap lagi la baru nak makan hahaha. ( buruk sungguh perangai kan ).

balik pada tajuk aku tulis tu. " ambil sebagai pengajaran " tapi pelik nak ambil apa kan? hahaha tak da la aku nak cerita pasal kes satu perempuan tu yang kisah dia tesebar dekat blog blog facebook twitter tentang mak dia suruh hackers dekat malaysia ni hack facebook anak dia sebab mak dia mimpi anak dia terseksa sebab banyak gambar dia yang tak menutup aurat publish dalam facebook.

banyak la link facebook dia tersebar kan. so bagi aku bila kita dapat link tu kita tak payah la tengok pic dia kita terus ja tekan report and block sebab lagi ramai orang yang tengok lagi banyak dia terseksa kan. kesian dekat dia. macam mana arwah pun waktu dia hidup dulu kita yang hidup ni tak payah la nak burukkan dia atau apa pun okey.

dan pengajaran yang boleh diambil nak publish gambar dalam facebook make sure kita dress up properly ataupun lagi senang tak payah letak langsung gambar hahaha. kalau nak letak juga letak la gambar yang sepatutnya tak payah la nak letak picture terdedah sini terdedah sana posing sini posing sana sebab kita tak tahu apa akan jadi future kita nanti. semua benda kerja tuhan kita sebagai manusia kena beringat selalu.

bagi aku la, memang la benda dah nak jadi tapi kita boleh elak kan benda tu dari terjadi kalau kita cegah dari awal. jadi dekat facebook bukan medium untuk menjadi model depan cermin dan snap sendiri. tapi facebook medium untuk kita tak lost contact dengan kawan kita. dan facebook juga bukan medium untuk cari siapa hot siapa cool tapi dia medan untuk kita kenal perangai masing masing hahaha.

tu ja dari saya amalina yaakub melaporkan kihkihkih
bye


Rabu, 4 April 2012

TUTORIAL : Skin Template

assalamualaikum
hye peeps

hari ini dengan rajin tahap maksimumnya aku as orang bumi nak ajar korang cara guna tempalate yang di download untuk digunakan dalam blogspot. kalau wordpress ada cara lain. so aku nak ajar yang guna domain blogspot . so jom lets begin.

1. sign in blog jangan lupa hahaha. sebelum tu cari la dulu template apa yang korang nak letak ok.

2. klik "design" kalau tak tahu tengok gambar macam biasa.


3. klik "edit HTML " nampak tak dekat mana tak nampak jeling jeling dekat gambar bawah ni.


4. dah nampak sebelum tu backup tempalte yang lama dulu takut takut korang tak bekenan template baru tu. nak download template lama klik ja dekat " download full template "

5. klik " choose file " pilih file template yang korang cari tadi tu. dah pilih klik button " upload " so done.


6. then dia akan jadi macam gambar dekat bawah ni.


so korang boleh pilih sama ada nak keep widget yang sedia ada dalam blog korang ataupun nak delete semua widget. boleh pilih yah jangan risau.

7. last sekali klik button " save template " dia akan jadi macam dekat bawah tu. 


so dah siap. boleh la nak edit edit sidebar nak ubah widget ka apa ka kan. ikut korang la. semua terserah dengan korang yang penting kena pandai guna kreativiti untuk ubah benda yang sedia ada jadi lebih cantik.

good luck

sebelum tu kalau nak cari template boleh cari dekat bawah ni. just klik dekat template korang suka dan bila nampak " download " tunggu apa lagi download ja ok.

done
bye
see ya