Ahad, 28 Oktober 2012

Dedicated To All My Loves

assalamualaikum
hye peeps

Tumblr_mclib3fi1t1r1986ko1_500_large

hari ni aku rasa aku nak cakap tentang erti keluarga dan erti kejayaan. kita sebagai manusia semua la dikatakan nak berjaya dalam hidup, sedangkan kita tengok orang yang tak mampu lihat, tak mampu cakap, tak mampu dengar, tak mampu berjalan, membaca, menulis pun mampu berjaya inikan kita pulak yang sempurna Allah kurniakan takkan kita sendiri tak mampu.

tadi aku masuk blog kawan aku tetiba dia story tentang dia tentang dia nak berubah demi masa depan keluarga dia, aku baca aku rasa satu perasaan yang aku bukan perasaan simpati tapi satu perasaan " amalina you can do " ha macam tu la lebih kurang. satu perasaan macam tu ha ada faham hope faham la noh.

so sebagai sahabat aku rasa " weyh kau mampu buat apa yang kau rasa jangan pandang orang lain dan buat apa yang kau nak buat, bina gap antara orang yang tak mampu terima kau. kau wujudkan line antara diorang supaya diorang tak mampu memusnahkan impian kau " dengar cakap aku. bila kita bina gap antara manusia yang tak senang dengan kita ni automatik dia akan pergi macam tu ja tanpa kita suruh pun.

dan berimpian lah selagi kau yakin kau mampu capai impian kau. aku tahu ramai orang ada impian tapi seringkali kita musykil kita mampu ke nak capai impian tu. dengarlah selagi kita ingin berimpian kita dah ada aim dan kita dah tahu kita mampu lakukan dan kita akan buat.

even kita tak rapat dengan family kita apa yang kita perlu tahu kita buat kerana mereka dan kita buat kerana kita sayang mereka. anak sulung selalunya independent dan tak manja sangat. selalunya la kan. aku takcakap semua tapi certain la. aku suka kawan dengan anak sulung ni sebab diorang selalunya lebih matured dari aku la. hahahaha.

wahai sahabat aku , berjuang apa yang korang nak jangan berhenti berjuang. selagi korang nak korang mampu lakukan. ok... buat tau. aku tahu kau mampu buat dan kau mampu lakukan yeah #MalaysiaBOLEH hahahaha :P

aku tahu bukan mudah nak berubah tapi berubah la kerana itu yang mampu membuat kita menjadi orang baru dan orang yang berjaya. mungkin bukan 100% kita berubah sekurangnya kita cuba untuk berubah. berubah lah. macam aku, aku ni jenis malas nak berubah tapi akan ku cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari sedia ada even tak boleh jadi sebaik mana pun tapi akanku cuba. akanku cuba. 

ingatlah sahabat, sahabat anda sentiasa ada dengan anda dan sentiasa berdampingan dengan anda, kalau ada ingatlah sahabat satu satunya makhluk yang dekat dengan kita selain parent dan sibling kita. apa apa pun carilah sahabat walau apa pun keadaan. 
tanpa sahabat kita layu tanpa Allah kita lemah dan tanpa kehidupan tiadalah kita.

last but not least trust yourself. confident secret of success.

okey 
aku dah nak dekat final 17 november ni doakan aku wahai rakan rakanku
sama sama lah kita berjuang demi negara dan bangsa hakhakhak

bye
awak yang baca tu saya doakan semoga awak berjaya.
alhamdulilah


Raya Haji 2012

assalamualaikum
hye peeps

blog aku memang lebih banyak cerita personal dari cerita yang berfaedah untuk semua orang. macam aku cakap. blog aku ni macam memories untuk aku dan semua people around aku. should be about parent aku, family aku, kawan kawan aku or about cikgu cikgu aku and lecturer aku. sesiapa sahaja yang muncul dalam kehidupan aku akan ada lah dalam blog ni hahaha.

so aku nak story eid adha aku bersama yeay yeay wan and tok aku and of course we're family semua mesti la ada dalam ni kan. hakhakhak.


Wanita :)
i love be a woman
and you must proud be born as a woman.

hazim nangis sebab hahahaha aku buli dia ( tolong jangan percaya ).


Men
you must be proud as a men, guys.

you guys are strong to protect a woman.

abah aku tak da dalam ni ok fine, abah aku pergi mana entah.


sorang mak buyung, sorang mak budak kepada 2 orang hahaha...
amboi cantik reaction hahaha. :P


grandma i love you hahaha.
aku ni dengan tok aku selalu ja ada pic dengan mama aku and abah aku sangat jarang tak tau la sebab apa.


with mak buyung, bila aku pakai jubah dah serupa sekali aku mak buyungnya hahaha :)
first time aku nak try jubah and aku rasa i'm not suit on that hahhaa
nampak pendek and chubby ( dah la memang dah chubby lagi chubby la nampaknya )

eid adha tak da apa yang special dan tak da apa yang best sangat pun sebab semua busy and ada yang tak balik pun. so keriuhan dan kemeriahan agak tidak terasa hahaha.

btw apa pun family is everything wherever you are you must know 
family is your priority .
so guys appreciate your family.
even it's only your aunt your uncle your cousin,
 you must consider them as your family,
family is not only your parent, your brother, your sister,
so good luck be a good family's members.

xoxo
gua say goodbye dulu der hahaha :P



Isnin, 15 Oktober 2012

Final Exam

assalamualaikum
hye peeps

I_never_finish_anything_large

yeah final exam untuk semester ini semakin menghampiri diriku yang semakin mengelabah nak jawab apa paper tu come out nanti. nervous aku semakin menaik naik dan naik seperti nilai untuknya turun sangat tipis. aku takut ni nak final. yes takut dengan KILLER SUBJECT yang aku tahu mampu membunuhku secara perlahan lahan . hahaha ( apa yang aku sedang repekan ? aku pun tidak pasti sebenarnya ).

so my final exam start 17 november 2012. yes i know it just around the corner yeah lagi sebulan ja lagi weyh. takut weyh even 4 paper ja tapi aku dah rasa macam what the fish?. oh man. takutnya berganda.


itulah jadual final exam aku. memang aku rasa nervous ni tak tau dah nak buat macam mana ni. bila fikir fikir balik aku dah ready ka? yang aku tahu jawapan aku satu sahaja belum ready.

someone pernah cakap dengan aku macam ni " amalina, awak takkan pernah tahu yang awak belum bersedia kalau awak sendiri tak menghadapi benda tersebut, bila awak dah berhadapan dengan perkara tersebut baru lah awak tahu awak dah ready atau belum, mulut boleh berkata belum bersedia tapi bila dalam keadaan terdesak automatik awak boleh menjadi seorang yang bersedia menghadapi apa pun cabaran, so cubalah berfikiran positif dan berkata , yeah aku sudah bersedia, "

4 subject ni memang hard. 
principle of marketing = terlalu banyak teori.
fundamental of accounting = musuh ketat aku.
microeconomic = nampak mudah tapi dia mampu menjerat anda dalam senyap.
statistic = formula adalah ibu baginya dan calculator bagai musuh bila tersalah tekan number.

bagi aku semua benda susah tapi bila kita kata kita nak kita mesti dapatkan walaupun benda tu jauh dari gapaian bila kita kata kita nak kita mesti dapatkan. susah atau senang kita perlu dapatkan.

aku juga nak DEKAN. DEKAN tolong la aku nak KAU DEKAN. tolong la jadi boyfriend aku untuk 6 semester ni. please. jadi boyfriend terbaik aku. i love you DEKAN.

walau apa pun cabaran apa yang kita perlu tahu ALLAH sentiasa ada untuk kita. yakinlah dia ada. dan terus ada. 

see you soon guys.
maybe after final insyaallah berupdate la blog ni aku nak focus ! tapi aku ni pun bukan boleh kira tengok tengok jumaat ni ada ja entry hahaha.
bye.

p/s : sorry kalau aku ada buat salah ok.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA next week yeah aku cuti kahkahkah .( actually nak cakap aku cuti tu ja ).