Selasa, 15 Oktober 2013

Fear Factor's Dat3a

 assalamualaikum
hye hye
happy end's adha.
aku malas nak cerita hari raya adha jadi aku cerita fear factor's dat3a yang kami anjurkan disebabkan oleh mini project untuk subject soft skill, biasalah sem depan dah nak practical so wajib lah ambil subject soft skill untuk mantapkan diri dengan leadership management. oh well actually i'm not a good lead. even to lead myself. 


dalam masa 2 jam kami habiskan event kami memang agak kekangan waktu sebab petang ada orang nak guna padang, jadi kena bajet masa betul betul cukup waktu, and make sure before pukul 4 dah habis. so alhamdulilah memang sempat dan fun sangat. dan tengok lah muka bahagia kami bersama.



oh yes aku as facilitator untuk mereka kihkihkih, kami yang kuning urusetia, jadi maaflah atas pembulian yang tidak disengajakan yang sebenarnya dengan niat. hahaha.


dan congratulation untuk warna hijau atas kejuaraan anda, jangan riak la woii hahaha..



dan yang paling best muka masing masing mesti kena juga kotor, oh yess fasi pun kena ini tidak adil, habis tepung plus air water colour. 
dan semua ini adalah moment yang akan diingat, oh memory untuk DAT3A.

p/s : maaf atas ketidaksengajaan hehehe.


Sabtu, 12 Oktober 2013

Anugerah Ketua Jabatan Semester 2

Assalamualaikum



3 oktober 2013 
kenangan yang indah untuk dikenang hasil penat lelah selama 1 sem untuk meraih anugerah yang walaupun kecil tapi bermakna dihati, bagai usaha yang telah dibuat dibalas dengan sesuatu yang sungguh membahagiakan. mungkin ada yang melihat ianya hanya benda kecil yang berlaku dalam hidup tapi bagi aku ianya besar dalam hidup, kenangan yang tak mungkin aku dapat tanpa usaha dan penat lelah sepanjang menjadi seorang student di semester 2.

walaupun pada mulanya aku sangat benci akan bidang yang aku ambil, hanya masuk sebab dipaksa oleh insan insan di sekeliling aku tapi aku cuba berada disini, walaupun hati sering menolak namun akal mendahului segalanya bila akal mencuba untuk melawan kata hati, dan alhamdulilah semester 3 akan sampai ke penghujungnya.



dan inilah DAT2A sesi Dis 2012.
20 orang dapat AKJ hanya 7 orang hampir AKJ tapi bukan rezeki mereka, insyaallah sem ni bagi 1 kelas dapat AKJ ehehehe. dan yes kami bersama penasihat akademik En.Khairil.
dan untuk kedua kali dapat kelas terbaik lagi untuk diploma in accountancy.



tahun ini punya AKJ hanya di student mall kihkihkih
mungkin jabatan perdagagan kurang bajet, sedih juga sikit sikit, jabatan lain perghh CURLAS kau kiah. tapi apa apa pun itu semua rezeki. 
TERIMA KASIH.



walaupun kecil majlisnya, hati merasa bangga dengan usaha masing masing walaupun hati aku gundah gulana atas apa yang terjadi sebelum hari AkJ sungguh buat aku rasa down dan malas nak jejak kaki di polimas lagi. spoil spoil tapi itulah dugaan sebagai seorang student, walau macam mana benci pun aku ingin melangkah kedalamnya, aku harus terus melangkah sebab ini jalan yang aku pilih.


nadiah (pink) : kawan yang sentiasa ada ketika susahnya aku di polimas, ketika buntunya aku apa yang aku harus buat disana, dia ada membantu, walaupun dia kasaq, tapi dia kawan yang paling aku rapat dan sentiasa bersama sama, kalau dia tak da, mungkin aku tak tahu siapa yang bakal jadi kawan aku disana. TERIMA KASIH kawan.

An (biru) : dia adalah sahabat yang selalu ada ketika jatuh bangunnya aku, dia tak pernah marah walaupun dia tahu sahabatnya ini sungguh merimaskan dan memeningkan kepala dia tetap layan hahaha. dan dia tahu apa yang berlaku dalam hidup amalina yaakub sepanjang persahabatan ini. mungkin aku payah ucap "iloveyousahabat" tapi segala action aku mungkin akan faham mungkin akan tidak. hehehe. btw sahabat terima kasih sebab sudi jadi sahabat kepada seorang manusia yang sering digelar ego. 

dan berakhirlah AKJ dengan alhamdulilah.
Ya Robb terima kasih kerana beri aku peluang ini sekali lagi. terima kasih.
tiada kata yang mampu aku ucap selain terima kasih.

p/s : banyak benda nak cerita tapi terlalu busy untuk bercerita :)













Jumaat, 4 Oktober 2013

Yang Terbaik

Assalamualaikum

Enjoy today | via Tumblr

menaip sambil menghirup udara petang sebelum maghrib sungguh mendamaikan bagai hilang segala masalah dibawa angin selepas hujan, hati bagai menunduk mengiyakan inilah ketenangan yang ingin aku cari tapi payah untuk aku temui, buntu bila ketenangan itu tiba tiba hilang bagai dibawa mimpi. kita hidup sungguh inginkan yang terbaik, tapi dalma masa yang sama kita juga cuba untuk menjadi yang terbaik.

aku cuba menjadi yang terbaik yang mampu membuatkan semua mata memandang kewujudan aku tanpa salah dan silap, tapi aku lupa aku manusia yang bisa jatuh dengan mudahnya, bisa mengalah dengan senangnya, aku cuba bangkit dari setiap masalah tapi sungguh aku lupa aku bukan keseorangan kerana DIA sentiasa memerhati dan menolong aku ketika aku butuh kan DIA.

kadang kadang aku dah cuba yang terbaik tapi masih ada yang melihat dengan penuh kekurangan bagai ianya sampah yang mampu dibuang kepelupusan sampah, sebenarnya, kau anggap kami ini seperti apa? adakah seperti sampah yang busuk baunya? atau anggap kami ini seperti bunga lantana camara yang cantik warnanya tapi busuk bila dibau? kau anggap kami ini apa? pemusnah masa yang kau ada demi kami? sungguh aku tertanya. KAMI INI APA PADA KAU? 

bila fikiran yang sentiasa berjalan ini sudah penat berjalan masa bagaikan berhenti seketika untuk memberi aku ruang dan peluang untuk berehat dari keadaan yang sungguh membuatkan aku lemas dalamnya, aku penat bila fikiran ini ingin terus berjalan sedangkan aku dah tak mampu untuk terus berjalan. sungguh selagi aku mampu aku akan bertahan, bila aku sudah tak mampu aku akan berhenti dari berjalan. selagi aku kuat aku akan terus disini, tapi bila aku lemah aku akan pergi. 

MAAF aku kata bukan niat aku untuk tunjuk bahawa degilnya aku, tapi aku cuma penat untuk terus mencari akan jawapan yang aku sendiri tiada jalan, sungguh aku penat akan itu, aku cuma inginkan secebis ilmu tapi kau memberi ilmu dengan penuh kekejaman. bagaimana aku ingin terima sedangkan aku dididik dengan penuh  kelembutan, walaupun kelembutan aku diajar, aku juga mampu menjadi seorang manusia tanpa apa apa hilang nilai hormat tapi bila aku diajar dengan kekejaman aku hilang nilai hormat kerana hidup aku penuh dengan kelembutan bukan kekejaman. kau silap kerana kau menganggap latar belakang setiap manusia itu adalah sama dan mampu terima setiap yang kau lakukan. 

MAAF AKU BUKAN MANUSIA YANG DIDIDIK DENGAN KEKEJAMAN JADI AKU TAK BOLEH TERIMA AKAN KEKEJAMAN. 

mama dan abah ajar aku dengan penuh sifat lembut jadi bila kejam yang diguna keatas aku, aku tak mampu.

dan 
maaf untuk itu.
see you soon.

p/s : doakan aku semoga semuanya membaik sebab final exam semakin hampir.