Selasa, 22 November 2016

Cilik Si Kreatif #CilikKreatif16

Assalamualaikum,
Seorang Amalina kembali ke dunia blogging setelah berminggu juga tak update sejak balik dari lepas cuti mid sem hari tu. Naik ja cuti mid sem, banyak betul kerja nak kena settle kan, banyak kerja nak kena cover untuk mid term test, itulah balik rumah cuti seminggu bukan nak buka buku, sibuk dengan makan tidur makan dan tidur. hurm. Jangan ikut perangai buruk tu adik-adik. 

BEBAS!
Mid term dah habis, yeay! setelah 2 minggu aku tidur 3 jam ja sehari, padan muka diri sendiri, di hari hari terakhir test, untuk paper marketing dan bbi-academic writing, Amalina dah sampai limit diri sendiri, bila demam, selesema dan sakit kepala menyerang. Yes! itulah study jangan last minit. But thanks god, He helping me a lot last 2 week. #Blessed so aku dan favorite persons aku dekat sini meraikan kebebasan dengan makan-makan bersama ewah pada 10 malam. *ya, ya, ya makan malam malam tak bagus* tapi apa boleh buat test habis pukul 10 kan. hek! 

BERSAMA BUDAK BUDAK
Pada 26 November 2016, aku dan kawan-kawan aku dan bersama Madam Asyikin semestinya bersama sama dengan UPM, akan menceriakan hidup kanak-kanak comel dengan bengkel kraftangan yang cute sampai rasa nak pengsan *konon*. 

Sebagai salah seorang pelajar yang ambil kursus kraftangan untuk sem ni *aku sangat kaku dan kelu nak menjahit* tapi I DID IT! jadi sekarang, dengan idea kreatif yang kami sekelas ada, so here we go dengan Bengkel dan itu adalah percuma yang kami anjurkan bersama-sama dengan murid-murid dari Tadika A.B.S. (Serdang, Selangor). -Harap semua berjalan lancar-




Dengan membawa tema "SI CILIK USAHAWAN KREATIF" kami harapkan dengan apa yang kami ajar mampu menjadikan kanak-kanak seorang yang kreatif dan be have fun on that day. come on kids, we gonna make you guys chill and relax. YEAH! *ini kalau cousin-cousin aku, yang little kiddos tu mesti suka benda macam ni*

Apa pun, doakan yang terbaik, dan kursus kraftangan kumpulan 1, UPM,  kita boleh buat. Yeah!

Untuk live update pada 26 November 2016 ni, boleh check it out on my instagram : Instagram Amalina Yaakub (just click, it will bring you there) I will open it up for public just to update what gonna happen on that day or just click for the #CilikKreatif16 and it also will bring you something cute and adorable about them. *maybe* hahahaha. Zaman sekarang semua tentang hashtag so kita ikut peredaran masa dan zaman, baru nampak macam kemain on trend. kan?

good luck!
jangan lupa guna #cilikkreatif16 dalam post instagram anda semestinya, dalam tweet di twitter anda ataupun dalam post facebook anda. hehehe. 
bye
see you there kids!


Sabtu, 5 November 2016

Put Makeup On #Everyday

Assalamualaikum,

Aku bukan jenis seorang manusia yang pandai tersangat bab bab nak letak atas muka ni, aku guna apa yang manusia lain guna, tak kisah la dia jenis pemalas ka rajin ka. Just basic untuk everyday makeup. 

Kalau student macam aku, mesti nak laju ja kan, ya la, kadang-kadang kelas pukul 8. Bangun pukul 6.30, nak mandi nak siap nak tunggu bas berebut bas lagi habis peluh badan nak oii. So benda yang paling simple aku letak atas muka sehari-hari yang macam dalam gambar dekat bawah tu.




Oh itu hanya untuk manusia yang simple macam aku, tapi kalau untuk kau yang jenis nak flawless, eyebrow kemain, eye lashes lentik nak giler memang jenis kena perfect so maaf lah ini bukan basic untuk engkau lah. 

Hari tu, aku disoal benda apa ja aku letak atas muka bila pergi kelas. So here 5 benda aku guna selepas tolak toner, moisturizer and sunblock, 3 benda tu wajib untuk routine kakak-kakak yang memang jenis jaga muka. Jangan tinggal! Skincare aku, hari lain lah, produk-produk skincare yang aku guna jenis boleh beli ja dekat drugstore sebab aku jenis normal and sensitive skin.  

Ok back to makeup, 

Step 1 : 
Lip-balm ; yang jenis bibir kering macam apa entah tu, wajib! aku la tu bibir masyaallah tak boleh langsung kalau tak cukup air. So my rescue. 
from Maybelline
Baby-Lips Dr Rescue. 
ada 2 jenis, hijau and biru tapi lips aku prefer biru, entah la kenapa. 
Harga = RM 11 something.

Step 2 : 
CC-Cream ; penganti foundation, tapi kalau pakai BB-Cream pun okey, aku jenis guna dua-dua. ikut mood. 

CC-Cream - MaryKay 
Harga = RM 99 something 
boleh beli online dalam lazada pun ada, tapi kalau nak cari beauty consultant MaryKay boleh contact Siti Hajar. Aku guna tak sampai sebulan lagi pun, buat masa sekarang everything went well. 

BB-Cream - Safi Balqis 
Harga = RM 22 something
Sepanjang aku guna 4 tahun dah, belum lagi lah dia rosakkan muka aku. Sangat moisturize. 

Step 3 : 
Compact powder
Jenama yang aku guna dari zaman sekolah menengah sampai lah dah masuk uni. 
Pixy two way cake foundation.
Sangat affordable, senang nak cari dan sumpah aku cakap sepanjang aku guna muka aku alhamdulilah okey. sangat recommended! 
Harga = RM 19.90 kalau yang refill dalam RM 11.

Step 4 : 
Eyebrow
Catrice Velvet Brow Powder
aku guna benda alah satu ni just untuk kemaskan kening aku, sikat la bagi dia elok-elok sikit, rambut boleh sikat, takkan brow tak nak sikat kan dia. Kalau aku fill kan brow aku pun sikit-sikit ja. Aku nak pergi kelas ja pun. Just be simple girls. 
Harga = RM 20.90

Step 5 : 
Lipstick
BBIA code 04 
sangat moisturize dan senang sangat nak apply tapi itulah kena beli online, banyak ja ig shop yang jual. Aku tak ingat yang mana satu. maaf!
Harga = RM59 macam tu. 




Step 6 : dah! sembur perfume, pergi kelas, Jom! 

So the basic! be simple and beauty comes from inside orang kata, hati baik, insyaallah sedap ja mata tengok. Hahaha. itu kata orang lah. Apa pun be yourself girls. Pretty can comes in many way, bukan tentang muka yang cantik ja, tapi cara percakapan, cara berjalan, cara makan pun boleh jadi. eh mana nak tahu kan. mata manusia lain-lain. Come on just be the way you are. 

Be good, Do good and Be better.


- muka glowing tu thanks kepada matahari di sebalik tingkap bilik kolej aku - 
- kening berserabai, sebab brow pencil aku, entah aku campak mana waktu tu, thats why aku sangat perlukannya - 

okey day, bye.

p/s : hye upm, see you tomorrow. Malas betul kaki nak melangkah balik. hurmmmm :( 


Khamis, 3 November 2016

Patung

Assalamualaikum,

Patung itu mudah, tiada hati tiada perasaan, tiada rasa cinta, tiada rasa benci, tiada rasa ingin marah, mampu ditolak ketepi ketengah. Dia tak akan pernah peduli sebab dia hanya patung tapi kalau dibuat hal yang sama untuk manusia dan manusia itu hanya menjadi patung, kau perlu sedar hati dia mati untuk hidup.

Kita manusia, tapi kenapa kita buat hal yang sama keatas manusia yang lain sedangkan kita tahu, itu menyakitkan. Tiada hati kah kita ini?

Kebaikkan yang dibuat, tapi masih hanya keburukkan yang dicerita kesana kesini, apa yang engkau nak manusia? Masih belum puas dengan apa yang dihadapan mata?

Manusia sering kata "waktu susah nanti dia cari la kita tu, baru dia tahu langit itu tinggi rendah." tapi bila waktu dia terjatuh lemah pun dia masih tak mencari dan dia berpegang pada bahu yang lain kau akan mula dengar "waktu susah pun sekarang mana nak cari kita dah, dia dah ada yang lain." Sebenarnya apa yang manusia itu nak? Semua yang dibuat hanya buruk yang dia nampak. Hanya tinggal rasa serbi tak puas hati.

Dunia sungguh banyak dugaan, sungguh banyak cubaan, sungguh banyak cerita dan drama yang dipaparkan yang kita sendiri tak tahu penamat dia bila.



BERUBAH!
Manusia ada masa dia cuba untuk berubah, ada ketika dia mencari kekuatan disebalik manusia manusia yang sentiasa menyokong dimasa lalu yang penuh duka dia hadapi, dimasa sekarang yang dia cuba untuk berubah dan berpaling dan dimasa hadapan yang dia sendiri belum pasti jenis apa yang bakal dilalui. Dan aku ada satu manusia ini yang sentiasa menyokong aku walaupun dia tahu aku ni macam kertas kadang-kadang suci bersih, kadang-kadang kotor sana sini. 

"Percayalah berubah itu pahit,tapi hikmahnya manis, mana ada manusia yang berubah tak pernah diuji, dari situ Allah nak latih sabar dan istiqamah, kena kuat ja, kalau rasa lemah mohon cari aku mok." -Debab- 


PENDIAM!
Diam jalan paling mudah kalau rasa tak nak dengar buruk tentang manusia lain, belajar tidak mendengar, belajar tidak melihat dan belajar mendiamkan diri kalau hanya itu jalan yang kita ada untuk belajar berubah menjadi lebih baik. Bukan tak boleh bergaul cuma kalau itu hanya membawa keburukkan, pilih lah jalan selamat dan pergi. Ada 1 manusia ini juga yang banyak mengajar aku dekat sana, walaupun tanpa kata-kata aku belajar sesuatu dari dia. Thanks untuk 1 tahun menjadi roomates. You teach me a lot of things to stay positive and accept every person surround me even sometime they let us down. You such an amazing person that I ever had. 

TAK PUAS HATI
Kalau benar kau kawan aku, rasa yang bukan-bukan tu hanya singgah sekejap ja dan rasa tu akan pergi dan berlalu macam tu tanpa perlu bercerita kepada yang lain. Sebab aku pilih untuk berubah dan stay positive jadi aku biarkan semua nya dan menerima apa yang tersangat buruk tentang aku itu. Tak pa, aku faham dan akan sentiasa cuba faham. Walaupun kadang-kadang aku pun keliru so.... 


- Change to be better and stay positive- 
amalina yaakub