Ahad, 19 Februari 2017

New Semester and Everything New (Diary)

Assalamualaikum,
Sejak masuk semester baru, sibuk macam biasa, minggu 1st pun dah banyak benda kena settle kan. Phewww. Penat tapi itulah pengalaman kan. Dah stop merunggut Amalina!

Selagi bergelar seorang pelajar, guna lah sebaiknya gitu. hahaha. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni suka juga buang masa dengan benda yang tak patut, entah la perangai yang satu ni susah juga lah nak tepis. Dah cuba tepis dengan sehabis dan sepower yang boleh. Alih-alih datang juga perangai tak semengah aku tu.



Hampir dah 2 tahun survive dekat sini, quite fun dan scary sometime, tak boleh nak buat apa, nak-nak bila aku sendiri yang wujudkan scary tu, OMG betul sebab aku ingat sem ni aku selamat tapi rupanya tak. Masih perasaan scary itu wujud. Cuba neutral kan semua sepanjang cuti sem tetiba masuk week 1 hati kembali asid, alkali dan haish. 

Asyik cakap dah move on tapi entah........... LOL ( a BIG LOL for me )

Belajar terima baik buruk depan mata dengan mata yang tertutup sebab tak nak rasa apa-apa yang negatif yang menghancurkan hidup yang bahagia, tapi macam tetap kena buka mata dan terima segala yang menyakitkan. Hahaha. Tengok ja lah sampai bila perasaan bahagia ni bertahan. Harap bertahan sampai hujung sem. 

Tapi.........

Dunia yang dicipta dekat sini, berbeza dengan dunia yang dilalui, sampai sekarang, masih rasa kekok, masih rasa serba tak kena, tapi kawan-kawan, manusia yang terbaik yang muncul dan buat dunia yang hitam putih jadi color-color uolls. Mereka the best la. Terima kasih sebab wujud dan layan kerenah budak manja dan tak matang. 

Hopefully, this semester went well and let's Allah ease the journey of every person I love. The best things will happen if keep doing the good things. Be good and do good. Thats it. 

Done, marilah sambung kerja Audit dan Law. 
bye 
love you
muachhh


Jumaat, 10 Februari 2017

Top 10 Fri : K-Drama 2016

Assalamualaikum
So Friday its back, so its time to list TOP 10 yang jadi favourite aku dalam apa apa yang aku boleh listkan, so ini baru 1st post yang aku create untuk TOP 10 FRI and hope everyone enjoy as much as I enjoy it to do this list.

Hari ni aku list kan TOP 10 K-DRAMA yang aku tengok sepanjang tahun 2016 dan aku rasa sangat lah SWAG (gaya macam Kim Bok Joo) dan kalau hangpa peminat Drama Korea, wajib tengok dram-drama yang akan aku listkan ini. So jom...

10) The K2 (16 Episode, TVN)
Bagi aku, The K2 bukan something yang kalau hangpa nak tengok, hangpa expect dia akan jadi macam sepower Drama Goblin, Dots, Doctors. Aku sendiri tengok The K2 sebab Ji Chang Wook, okey personally, memang la tak bagus tengok drama sebab pelakon tapi come on semua orang macam tu. Dia buat kan aku still boleh layan dan rasa okey awesome, tapi tak ada la sampai everyweek aku akan excited gila tunggu, dia perasaan yang macam biasa-biasa ja. Hahaha. Tapi seriously kalau hangpa peminat drama ada lawan-lawan yang macam fuhhhh wajib tengok.

Starring :
Ji Chang Wook
Yoona Girl Generation

Genre :
Action
Melodrama
Politics
Romance

Rated : 7/10


9) Lets Fight Ghost (16 Episode, TNN)
Aku suka sebab lain dari lain, kalau pernah tengok Master's Sun, ha lebih kurang la cuma yang ni plot dia lain, dan mesti lah tentang hantu. Hantu dia ada yang lawak, ada yang aku tak berani nak tengok, macam scary gila nak mampus weyh. Aku tak nak cerita sinopsis since aku tak nak spoil kan yang nak tengok, so kalau rasa nak layan, go for it hahaha.

Starring :
Ok Taec Yeon
Kim So Hyun

Genre :
Horror
Comedy
Romance
Action
Mystery 

Rate : 8/10


8) Uncontrollably Fond (20 Episode, KBS2)
Aku minat sangat dengan Kim Woo Bin, jadi jangan tanya kenapa aku tengok. Dia jenis muka bad boy yang cute sangat. Me kennot la weyh.Cerita yang ending tu, sedih la. Susah nak explain dengan perkataan ni, tengok ja la.

Starring :
Kim Woo Bin
Suzy Miss A

Genre :
Melodrama
Romance

Rated : 8/10


7) Scarlet Heart Ryeo (20 Episode, SBS)
Kalau peminat historical drama, so ini adalah drama yang terbaik untuk you guys. Aku bukan peminat drama yang ala-ala zaman dulu kala, aku sangat lah tak suka, memang tak layan, entah la perasaan tu rasa macam apa benda ni, ha gitu, tapi Scarlet Heart Ryeo membuatkan aku tengok dan suka. Macam boleh ubah la rasa tak suka tu. Tapi aku boleh cakap yang cerita ni sangat sedih. Oh kalau suka prince-prince yang cute, layan la okey.

Starring :
Lee Joon Gi
IU

Genre :
Fantasy
Historical
Romance

Rated : 8.2/10


6) Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (16 Episode, MBC)
Sangat cute, aku suka cara Sung Kyung dan Joo Hyuk berlakon, macam wowwww. Sebenarnya waktu dia mula-mula air aku macam tak layan pun, macam biasa-biasa, memang tak tengok. Pastu aku tertengok compilation tentang drama ni, at the end apa lagi, dah sudah gigih layan sampai habis sebab cute nak mampus weyh. Terutama bila Chubs dengan geng-geng dia sebut SWAG~~~~ adoi. Sung Kyung ni power gila berlakon, entah la manusia jenis apa, dia boleh jadi watak yang buat aku menyampah gila weyh, dan boleh buat aku suka gila kat dia, dan dia boleh transform sehodoh-hodoh dan secantik-cantiknya. entah la. wow betul!

Starring :
Lee Sung Kyung
Nam Joo Hyuk

Genre :
Romance
Comedy
Sport
Teenagers

Rate : 8.5/10



5) W, 2 World (16 Episode, MBC)
Sangat fantasi, sangat tak make sense tapi bila tengok rasa excited nak tau apa yang jadi lepas tu, lepas tu dan lepas tu. Memang tunggu every week, selalu dekat website-website yang aku rajin layan drama korea, pukul 3 pagi dah update complete dengan Eng sub so sebagai manusia yang memang excited, tak tidur oii nak tengok punya pasal, macam esok tu tak boleh nak tengok. Itulah kan.

Starring :
Lee Jong Suk
Han Hyu Joo

Genre :
Fantasy
Comic
Romance
Melodrama
Suspense

Rate : 9/10


4) Something About 1% (16 Episode, Dramax)
Kisah cinta yang cliche, yang seharian, yang semua orang pernah lalui mungkin atau tak pernah lalui. Even cliche tapi bila tengok tu rasa macam jatuh cinta pulak, rasa macam okey kenapa comel sangat dua watak ni. Kalau start dah tengok, memang akan tengok sampai habis. Tak mengecewakan dan aku sangat suka. Cerita yang tak berat sangat, dan boleh nak hilangkan stress tu.

Starring :
Ha Seok Jin
Jeon So Min

Genre :
Comedy
Romance

Rated : 9/10


3) Goblin (16 Episode, TVN)
Fenomena weyh drama ni, kalau hangpa tak tengok aku tak tau la nak cakap apa, tapi memang best dan rasa macam nak cari mana lagi cerita macam ni. Watak yang paling aku suka dalam ni, Grim Reapers la, tak boleh nak buat apa, aku minat sangat dengan Lee Dong Wook, dia boleh jadi cute dan kacak gila dalam 1 masa. OMG! Cerita yang sangat fantasi, jangan terpengaruh dah la, masalah pulak. Adeh!

Starring :
Gong Yoo
Kim Go-Eun
Lee Dong Wook
Yoo In Na

Genre :
Fantasy
Romance
Drama

Rated : 9.4/10


2) Descendent Of The Sun (16 Episode, KBS2)
Aku suka suka suka suka suka okey banyak sangat lah suka aku tu, serious suka sangat dan semestinya Jong Ki, tapi jalan cerita dia lain sangat dan sangat tarik perhatian siapa siapa ja untuk tengok. Sumpah tak tipu. Kalau hang peminat k-drama harus lah menjadi list drama paling dimenati tahun 2016. Lakonan superb, Pelakon superb, Scene superb all lah senang.

Starring :
Song Jong Ki
Song Hye Kyo
Jin Goo
Kim Ji Won

Genre :
Romance
Drama
Action

Rated : 9.6/10




1) Doctors Crush (20 Episode, SBS)
Walau macam mana best pun drama lain, Doctors Crush masih menjadi favourite aku sampai sekarang, aku tak tahu kenapa, tapi drama ni lah yang paling buat aku teruk betul layan, sanggup ulang ulang episode dia sampai lah episode baru dia keluar, teruk weyh, tapi main dengan cerita tentang medical aku paling minat. Ada orang tak suka bab-bab operation bagai tapi aku suka, sebab aku jenis bukan takut darah, so memag layan la. Rindu~~~~

Starring :
Park Shin Hye
Kim Rae Won

Genre :
Medical
Romance

Rated : 10/10





yeay itu ja dari aku, tentang top 10 Drama Korea yang aku minat, mungkin taste kita tak sama, ada yang hang suka boleh jadi aku tak suka. Come on! Hope you enjoy it dan selamat bermaraton k-drama guys.

Bye
see you
muach
love you. 



Rabu, 8 Februari 2017

Review : Garnier Micellar Cleansing Water {Pink}

Assalamualaikum,
Review beauty product lagi, yes! sekarang sangat lah aku rajin review itu ini dan nampak lah memang aku rajin share dengan hangpa semua yang sudi baca sampai habis.

Benda yang memang any orang yang suka makeup wajib ada dan tak kisah jenis dan jenama apa pun. Aku boleh cakap memang kena ada, kalau tak ada susah nak buang semua makeup yang kita pakai seharian tu walaupun cuma cream dekat muka, still kena cuci sampai bersih, kalau tak esok tu bersiap sedia lah berperang dengan jerawat kecik kecik dekat muka.

Ada hari aku pun malaih nak mampus, malaih yang memang rasa *aku nak tidur ja terus, malas cuci muka* semua orang akan ada masa, akan alami semua hal macam ni. Nobody perfect yang memang jaga gila muka tak pernah terbabas, kalau ada wow sangat! Perlu menuntut ilmu rajin tu dari dia. HARUS!



Product yang aku pilih untuk buang semua makeup yang aku pakai seharian jatuh kepada GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER ermmm first impression aku pada dia, memang tak expect anything pun just bagi aku yes try. Manusia yang suka try bermacam jenis product yang ada dekat drugstore tu aku la tu.

Sebelum ni, aku guna jenama PIXY, so jenis oily memang semua orang tahu kalau minyak memang senang gila nak bersihkan makeup dekat muka, even guna baby oil pun okey.

Bila yang ni come out dan based dia adalah air, aku macam WHAT??? are you kidding me (bulatkan mata sebab macam wow gila), Aku macam boleh ka nak cuci, buruk gila pandangan pertama, tapi beli ja, sebab semua orang try aku pun, why not give it a try, even harga dia SUMPAH murah weyh, tak tipu.

Selepas guna,
me so love it, dan sumpah aku cakap memang dia keluarkan makeup tu like a magic man, even air ja kot weyh.


Paling aku suka tak melekit dekat muka, smooth ja muka, macam tak rasa apa. Macam ohhh okey, good on my skin, and okey aku thumbs up!

Cuma yang tak bestnya mascara susah sikit nak keluar, kalau heavy sangat aku pakai hari tu, memang agak tonyoh banyak sikit la. tapi kalau cuci muka and bibir no hal, totally bersih. 


Itu muka yang aku pakai makeup, yang tak heavy pun, just light makeup untuk hari-hari yang aku rasa nak hangout or what, tapi bukan makeup yang nak pergi kelas la, kalau kelas tu simple yang masyaallah la.

Just muka yang macam tu aku just perlukan 3 cotton pad dengan 2 kali aku picit Micellar water atas dia and semua warna-warna yang ada atas muka tu hilang. 2 cotton pad untuk muka kiri kanan dan 1 cotton pad untuk bulu mata, sebab aku pakai heavy sangat mascara on that day.

Everything just gone like that dan kalau rasa nak cuba aku boleh kata go and buy lah, tak rugi duit pun. Insyaallah lepas tu hang akan suka dan jadi favourite beauty product all the time babeh.


Muka dah bersih dari bermacam-macam yang aku tempek base itu ini, concealer and many more. So yes aku rate kan 8/10 untuk GARNIER MICELLAR CLEASING WATER.

Kalau nak beli boleh cari dekat Watson, Guardian ataupun any supermarket pun ada. Ada botol yang kecik dengan yang besar. Harga murah sangat. Ada dua warna, pink dengan biru.

Harga
125 ml = RM 14.50
400 ml = RM 29.90

Kalau nak cuba boleh pergi drugstore sekarang no hal
so tu ja, byebye
see you
muach love you




Isnin, 6 Februari 2017

Review : Marykay - CC Cream

Assalamualaikum,
Hari ni hari aku rasa sangat jatuh cinta dan rasa sangat nak review apa yang buatkan aku jatuh cinta tu. Bukan senang nak cari sesuatu yang boleh buat kita jatuh cinta dan rasa tak nak cari lain dah. PAYAH!

So CC-Cream dari Marykay betul betul buat aku jatuh cinta pada pandangan pertama, kau raso? Jatuh cinta dari segi packaging yang sangat simple tapi kalau ikat ribbon sikit dan hadihkan dekat awak yang baca ni ha mampu buat hati jatuh suka kan dan semestinya texture cream tersebut yang buat aku rasa wow. I love itttt.

BB Cream, CC cream dan Foundation ada peranan masing-masing yang semua orang kena tahu apa yang dia letak dekat muka. Dah hari ni aku review tentang cc cream so aku cakap tentang apa yang aku nak review  la kan. JANGAN RISAU post ni bukan post yang disponsor oleh Marykay, iannya memang dari hati.



CC-Cream stand for Color Correcting so dari situ pun kita dah tahu, cc cream memang untuk sekata kan warna kulit, hilang kan merah-merah dekat muka dan bagi nampak muka tak sembap  dan selalunya dia akan lebih cerah dekat kulit, so after tu nak apply foundation boleh, nak apply powder pun boleh, kalau nak just pakai cc-cream ja pun boleh.

Apa yang best tentang CC-CREAM dari MARYKAY

EASY BLENDING
I told you, sangat mudah giler nak mampus blend dekat muka, tak kisah la guna tangan ka, beauty blender ka, even brushes. Totally, ermmm sememangnya buat hidup hang mudah giler nak mampus. So confirm hari-hari yang bakal dilalui sangat disayangi dan penuh ceria.


SPF 15
Semua orang tahu, kita sangat perlu letak dekat muka something yang ada spf untuk elak muka kita dari direct matahari. Tak nak kena kanser kulit or sunburn kan, so cari lah something yang ada SPF. Aku jenis kulit yang sangat mudah kena sunburn, kalau orang lain jenis cepat naik jerawat tapi aku musuh utama dekat muka sunburn. Sebelum ni macam-macam jenis product yang ada spf aku pakai untuk elak sunburn tapi at the end balik ja muka memang macam *I am not from Malaysia anymore*

After aku pakai lebih kurang 5 bulan aku dah pakai, alhamdulilah it getting better on my face, kalau kena sunburn pun just macam sikit ja, tak dah macam dulu, macam ohhh okey balik kelas tak ada la muka macam kerang hangit tu. I love you lah.

4 COLOR
- very light
- light to medium
- medium to deep
- deep
Aku guna 2 warna light to medium adn medium to deep, warna kulit aku bukan jenis putih dan bukan jenis gelap gila, aku tengah-tengah tak putih tak gelap cuma boleh la lagi nampak tahi lalat aku dekat dagu tu.

light to medium
Basically aku guna bila aku nak cover muka aku lebih sikit, sebab malas nak pakai concealer. Warna di agak cerah dekat kulit aku tapi still boleh masuk dengat kulit, tak ada la nampak tepung gomak ka atau jadi kelabu asap. Personally, its quite good on my face for everyday look makeup. 



medium to deep
Kalau untuk nampak natural dekat muka aku pilih guna color tu untuk just tak nampak batang hidung merah-merah sebab tetiba jadi apa entah atas hidung tu. Adeh! Bagi nampak fresh, tak nampak sembap sebab tak cukup tidur ataupun malam tu makan kenyang giler pastu terus tidur. 


SETAHUN
Satu tiub tu ada 29ml dan aku nak cakap semuanya bergantung kepada cara penggunaan masing-masing kalau untuk aku setahun lebih boleh tahan. Betul tak tipu. Jimat duit untuk belanja cc-cream untuk setiap bulan.

CAKE
Yang pasti bila pakai. muka tak jadi *cake* tahu kan muka kalau jadi macam tu macam mana, selalu jadi sebab foundation kita pakai tak sekata so susah nak nampak flawless, tapi cc-cream ni tak adanya nak jadi semua tu, kalau sebelum tu letak primer lagi la hasil yang niceeeee. *thumb up*


light to medium
medium to deep

BERMINAT?
For your info la kan, Marykay memang tak ada store dekat Malaysia, even cari dekat Sephora pun memang tak ada, semuanya boleh beli online dekat beauty consultant Marykay, so depa ni akan consult apa yang okey dan tak okey untuk kulit kita. Of course aku one of orang yang kalau nak beli Marykay boleh cari aku. Just PM me on Facebook atau pun DM me on Instagram


Harga - RM79 
Worth your money tau.

Aku guna aku rasa sangat okey
sebab tu
Aku share dengan semua
dan semestinya
Aku akan jual untuk semua orang yang nak nampak cantik.

thats it
bye
love you
muach




Ahad, 5 Februari 2017

Shawl Tutorial : 5 Everyday Style { Video }

Assalamualaikum,
Entah benda apa masuk dalam badan, rajin pulak aku melayan kerenah sepupu sepapat dan yang bertanya lah macam mana aku lilit shawl panjang aku tu. Kalau hang yang memang jenis expert bab lilit lilit tudung, disarankan jangan teruskan pembacaan, sebab hang akan MENYESAL dan KEMURUNGAN sepanjang malam. *AMARAN KERAS*

Okey whatevahhh,
So hari ni akak *kahkahkahkah* akan ajar yah macam mana nak lilit shawl yang kebiasaan akak buat. Ada 5 jenis lilitan yang sesuai untuk hari-hari anda yang ceria atau menceriakan hidup yang kelam asap tu. JANGAN RISAU! tutorial ni paling senang dalam dunia, Si Auni yang tahun 1 waktu tu pun boleh ikut cara aku apa tah lagi kakak kakak mak mak adik adik. 



1st STYLE
Basic twist la boleh dikatakan cuma untuk lebih *coverage* depan dan belakang ini cara yang paling aku suka. SUMPAH aku suka dan style ni memang akan aku pakai pergi mana-mana pun especially pergi kelas. Ohhhhh engkau, pergi kelas tak ada nya seketul Amalina nak lilit susah susah. Aku sangat perlukan keselesaan. BETUL!


Sangat mudah nak lilit jangan risau dan aku percaya semua orang mampu melakukannya. Hanya perlukan pin sebijik dan jarum seketul dua. Dah siap untuk melalui hari-hari yang ceria. Come on positive sikit. Cara aku pakai boleh klik video dekat bawah. Guna perkataan susah jadi aku guna perbuatan untuk lebih memahami ataupun klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=T74hdHGgiOg



2nd STYLE
Lebih kurang yang 1st Style tapi cara aku jarumkan lain sikit untuk tutup pipi yang pau tu, start twist untuk 2nd Style ni disebabkan oleh Mun, my friend dekat UPM, seriously cara dia twist sangat sweet aku nampak, so just tengok dia then aku try, so YESSSS boleh hide pipi kita yang tembam kadang-kadang tu bila makan tak jaga kan. Aku memahami. GIRLS, I feel what you feel.


Style ni macam ada gelembung-gelembung udara dekat atas tu, so macam tak la nampak muka kita tu bulat sangat tau, ini semua ilusi mata ja sebenarnya, tapi girls, you need to chekidout!. Video ada dekat bawah atau boleh klik link ni https://youtu.be/Mdi3osrOa-Q



3rd STYLE
Ini style yang jenis bila malaih aku mai, hang tau tak malaih tu macam mana? ha macam ada berjuta lemon dekat belakang badan tu. Selalunya aku twist shawl aku gaya macam ni bila nak pergi kafe, since aku stay dekat hostel, so jarak kafe dengan hostel, dekat ja, so just twist like that girls. Apa kisah eh, bukan ada orang nak tengok pun. Ala sekarang kan trend keknis punya style, come on!



Memang paling senang di dunia cara nak lilit, tak payah nak bagi alasan sangat kenapa shawl ni susah nak lilit. Come on guys, banyak ja cara nak lilit, kalau rasa tak mampu nak ikut geng-geng hijabista lilit yang memang pro tahap mulut tak boleh nak kata apa tu just lilit yang rasa mudah dan selesa. Tutup aurat secara totally tu makan masa, lama-lama boleh insyaallah. Its normal untuk kita macam just lilit kadang-kadang shawl kita pendek belakang, depan labuh, bila masa depan pendek, belakang pulak labuh. Itu BIASA~~~~ Ingat satu ja, tudung tak mencerminkan siapa kita kalau perangai kita kalah syaitoooonnn. Sekian tazkirah. So klik video dekat bawah kalau nak tengok cara aku lilit ataupun klik link https://youtu.be/FTMV9Xm2Ij0




4th STYLE
Selalunya aku twist gaya macam ni bila aku pergi wedding family atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja, aku pun tak tahu kenapa aku pilih gaya macam ni, tapi itulah, jadi habit, bila pergi wedding mesti aku akan lilit macam tu mungkin nampak formal dan kemas *dalam erti kata aku lah* kalau bagi orang lain aku tak tahu la. Depend!


Cara dia actually sama macam 2nd style tu, cuma pin kan dekat belakang then lilit macam 2nd style tu, memang sebijik ja, nothing difference, personally aku rasa still nampak beza dia walaupun twist style yang sama. So like usual video dekat bawah atau link ni https://youtu.be/mTy6NTLx1Pg




5th STYLE
Aku akan twist cara ni bila aku nak nampak lain sikit dari hari-hari yang aku lalui sebelumnya, kadang-kadang bosan juga tengok gaya sama ja. Gaya-gaya Vivy Yusof sikit la walaupun bukan sepenuhnya oh aku minat giler dengan dia memang beauty with brain lah orang cakap kan.Idola dan inspirasi betul.


Untuk dapat lilitan macam tu boleh tengok cara aku lilit dekat video dekat bawah atau tekan lah link https://youtu.be/vsBkVU7HjxQ ni untuk dia bawa hang terus ke youtube.




Jadi tu ja lah cara aku twist kan shawl aku yang panjang tu untuk *Everyday Look* kalau untuk majlis-majlis formal ataupun any kind of occasions yang perlu nampakkan muka hang DABOOMM dari kebiasaan, hari lain lah bila datang mood yang rajin gilerrr tu. Maafkan kemalasan seketul Amalina. 

Hopefully bermanfaat untuk akak-akak yang nak belajar pakai long shawl di tahun 2017 ni.
Kadang-kadang bosan juga pakai bawal kan.
Sometime untuk nampak difference,
its okey la, no hal.

so bye
love
muach
see you.

Long Shawl from Bazzar dekat UPM harga dalam RM10.
Stripe Shirt dari Padini, comfort dan labuh. Me so serious.




Sabtu, 4 Februari 2017

Hye February : 2017 Goals

Assalamualaikum,
Dah masuk bulan Feb untuk tahun 2017, cepat kan masa, so aku sebagai manusia yang tersangat rasa nak ja cepat kan masa supaya cepat-cepat aku habis belajar, tersangat rasa wow.

SERIOUS TAK TIPU, AKU SUKA DUK KEDAH LAGI! alasan paling relevan ada ma dan abah. Dekat sana? adeh memang bukan tempat yang masuk dengan jiwa lah. Duk sana hanya 1 sebab "BELAJAR" masih stay masih jadi nerdy masih jadi pendiam ohhh dekat sana sebab dengan tiket yang aku pegang "BELAJAR". Aku suka study tapi nak dekat ma dengan bah. *Dah 23 tapi aish......*

I LOVE MY HOME! everyone does.

okeyyyyy dah.... perasaan pelik pelik tu start la datang kan since cuti sem dah nampak bayang-bayang dia nak pergi.

2017.
Personally, every year aku akan ada goals, dan setiap goals yang aku buat every year aku akan brought forward, seriously! Jawapan mudah, sebab tak tercapai. okey HAMPEH!

So tahun ni aku kembali dengan goals yang goals tahun lepas dan tambah sikit goals tahun ni. hakhakhak. arghhhh janji hidup ada goals.

GOALS PALING BEST setiap tahun "NAK KURUS" mula lah nak start makan makanan yang clean, jangan asyik buang sayur letak tepi, omg me kennot la, sayur bukan makanan yang best, tapi sebab kan nak diet, nak makan makanan yang sihat, okey CUBA!

Goals yang paling LATEST bila aku nak start jaga muka bagi nampak bersih, nampak la rajin aku tu untuk January, walaupun kadang-kadang terbabas juga malas nak jaga. Aku mula tambah banyak product dalam skin care aku, macam aloe vera jadikan masker hari-hari, start scrub muka lebih rajin, pakai cream itu ini, ohhhh one more pakai makeup guna brush. wow sangat untuk diri sendiri. Hopefully rajin aku ni berlarutan sampai ke tua. Jangan 3 bulan awal ja lepas tu semua tu jadi perhiasan atas meja. hurm

muka cerah kemain, hasil foundation yang color jauh beza dari kulit aku yang memang gelap nak mampus ni. *Dato Vida tolong sponsor saya bagi putih ceqah sampai bersinaq* hahahaha

Mama start complain nampak aku makin berisi

"Ina, kenapa makin berisi?"
Sebab ada ma depan mata.
"Ha ha ha" (tak ikhlas)"
Sampai hati ma, balik sana catu la makan macam ni.

Benda ini normal bila balik rumah cuti-cuti bahagia dengan rumah dan bilik sendiri, nak pulak dijamu makanan yang dimasak oleh ibu tersayang, dan dah kenyang, duk depan tv, buka tv, main phone tertiba krohhhhhh. Ohhhh Amalina tak cool langsung. 

Ada aku kisah, yang penting goals segala ni mungkin start bila dah balik Uni, trust me kalau balik Uni semua goals ni boleh dicapai dengan cemerlangnya. hooooo

By the way, good luck untuk result yang bakal keluar ni. Dah tak yah nervous sangat lah kalau dah check simulasi and tau result dah. hahaha. Simulasi kalau di check memang rosak cuti oii.

Apa pun semoga tahun 2017 ni memberi kebahagiaan kepada semua, dan semoga February membawa keceriaan sepanjang bulan ini.

Ehh HAPPY BIRTHDAY BEST FRIEND yang celebrate birthday this month. 13 and 25. Be good and stay good. Stay pretty my girls.

Itu ja.
Bye!
Love you
muach





Khamis, 2 Februari 2017

Takut Lembu!

Assalamualaikum,
Lepas habis paper Marketing tu, memang sangat rasa "Ya Allah inilah perasaan yang aku inginkan, sungguh perasaan yang BAHAGIANNYAAAA" dah paper last kan, otak pulak duk fikir nak balik rumah peluk cium bilik dekat rumah. My syurga ada di rumah gitu. Perasaan yang setiap orang rasa kalau belajar jejauh. Rindu mama abah tau. Walaupun balik rumah asyik "bergaduh" ja dengan mama tentang bangun lambat lah, tentang asyik tengok tutorial makeup la dan bla bla. hahaha. Ma you are the best. Dengan abah pulak macam biasa, bah cool so nothing to be worried. yang pasti yang paling banyak gaduh dengan pakusu la kalau balik sini. tapi hang tetap pakusu paling disayangi. hahaha.

Argh bukan nak cerita hal family sebenarnya tapi nak cerita esok lepas habis paper tu, aku dengan bebudak-bebudak ataupun nama group whatsaap "Akak-akak sado" guys. kau hado? Aku bukan la jenis orang yang rajin untuk nikmati alam, walaupun aku suka, itulah malas mengatasi segala benda yang disukai. Malas tetap win.

LADANG 16, UPM.
Pernah pergi?
Kalau tak pernah, moh la pergi. Ada bestnya walaupun MASYAALLAH tahi lembu bersepah sini sana, yang pasti panas, sebab bukit. Tapi kalau tak naik sampai atas tu, tak panas pun, sebab banyak pokok. Sekarang aku percaya yang pokok sangat memainkan peranan dekat manusia. Jaga lah ia.



Itulah masuk-masuk ja dari pintu masuk, ini pemandangan yang wow la, tak ada la seperfect Kundasang. Tapi nak acah-acah Kundasang pun tak salah. Go on~~~~~~~~



Sampai-sampai situ, tak tahu boleh masuk ke tak sebab hari sabtu kan. then pusing-pusing pergi la tanya abang-abang polis (sebab yang tu ja jumpa) then tiba-tiba dia kata, boleh ja masuk cuma, kalau orang dalam tu tutup pagar, pandai-pandai la panjat, Dengan gigihnya, kami pun gigih juga nak masuk sebab mana boleh tak pergi. nak pergi juga. Pusing-pusing lagi dalam tu jumpa Moo-moo dan kawan-kawan dia. Hye awak! Kenapa comel sangat. Tengah lunch ka tu?


Sebenarnya, nak pergi sini bukan nak apa pun sebenarnya, nak tengok pokok yang Filem Lagenda Budak Setan kot kalau tak salah, aku pun bukan tahu sangat, sebab aku tak tengok filem tu, lame! aku ikut ja kawan-kawan aku ni, pergi mana pun, kalau aku rasa fun dan boleh terima aku jom ja la ha. 


Nampak tak pokok tu???????????? 
Nampak kan. Pokok tu la yang bebudak ni nak tengok sangat. Dannnnnnn aku hanya duk jauh ja dari situ, boleh nampak yang gambar diambil dalam keadaan zoom. LEMBU banyak weyh, dan aku bukan seorang yang berani dan gagah perkasa untuk berhadapan dengan lembu-lembu tu. Dari cara mereka yang sangat banyak dan ada adik-beradik yang berapa puluh keturunan tu, lagi lah aku tak mampu. Me so nervous! 

LEMBU! bukan kucing yang aku boleh datang dekat dan belai kepala dia, kiss dia, tarik-tarik ekor dia, dan guna kucing acah acah dekat orang yang takut, biar dia lari satu rumah hahaha. okey sorry! janji tak buat lagi untuk hari ni hahahahahaha. Aku dah imagine yang bukan-bukan dah bila tengok lembu-lembu tu pandang ja dengan lain macam. Pandangan yang mengoda sangat bila aku datang makin dekat dan dekat.


Lama sangat aku duduk jauh dari sorang-sorang, jadi moh le kita dekat diri, and now aku percaya yang lembu juga seperti kucing, dia tak ada buat apa pun, yang aku nak gelabah lebih dah kenapa. Dia tak kacau hidup aku pun, dia nak makan ja pun. arghhh me overthinking. Tapi masih me kennot la. Insecure betul.



Time tu tak ada siapa pun, kami ja. Jadi ini lah kawan yang selalu berperangai gila sikit. Ya memang! kalau dekat UPM, maybe aku selalu dengan dia selain Nanad, atau pun bertiga. Yang pasti kalau nampak ja akak-akak sado tu aku ada ja lah dekat situ, kecuali datang perangai rajin aku, library lah tempat untuk seketul Amalina. Kemain berdikari, study sorang-sorang, sangat lah nampak acah-acah budak rajin, even kadang-kadang masuk nak layan drama korea ataupun tidur. Arghhh perangai buruk!

Dah tak ada orang, jadi lah perangai seketul-seketul tu, menari, menyanyi, gelak, lompat, apa lagi just name it. Memang betul untuk hilangkan stress. 




Ada la video yang sempat aku buat,
Edit guna viva video yang ada dalam phone ja, so hanya 480p malas la nak beli kalau nak dalam bentuk HD. Dah berjimat sikit duit. hahaha. 

Itu ja dari seketul Amalina
okey bye