Rabu, 8 Februari 2017

Review : Garnier Micellar Cleansing Water {Pink}

Assalamualaikum,
Review beauty product lagi, yes! sekarang sangat lah aku rajin review itu ini dan nampak lah memang aku rajin share dengan hangpa semua yang sudi baca sampai habis.

Benda yang memang any orang yang suka makeup wajib ada dan tak kisah jenis dan jenama apa pun. Aku boleh cakap memang kena ada, kalau tak ada susah nak buang semua makeup yang kita pakai seharian tu walaupun cuma cream dekat muka, still kena cuci sampai bersih, kalau tak esok tu bersiap sedia lah berperang dengan jerawat kecik kecik dekat muka.

Ada hari aku pun malaih nak mampus, malaih yang memang rasa *aku nak tidur ja terus, malas cuci muka* semua orang akan ada masa, akan alami semua hal macam ni. Nobody perfect yang memang jaga gila muka tak pernah terbabas, kalau ada wow sangat! Perlu menuntut ilmu rajin tu dari dia. HARUS!



Product yang aku pilih untuk buang semua makeup yang aku pakai seharian jatuh kepada GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER ermmm first impression aku pada dia, memang tak expect anything pun just bagi aku yes try. Manusia yang suka try bermacam jenis product yang ada dekat drugstore tu aku la tu.

Sebelum ni, aku guna jenama PIXY, so jenis oily memang semua orang tahu kalau minyak memang senang gila nak bersihkan makeup dekat muka, even guna baby oil pun okey.

Bila yang ni come out dan based dia adalah air, aku macam WHAT??? are you kidding me (bulatkan mata sebab macam wow gila), Aku macam boleh ka nak cuci, buruk gila pandangan pertama, tapi beli ja, sebab semua orang try aku pun, why not give it a try, even harga dia SUMPAH murah weyh, tak tipu.

Selepas guna,
me so love it, dan sumpah aku cakap memang dia keluarkan makeup tu like a magic man, even air ja kot weyh.


Paling aku suka tak melekit dekat muka, smooth ja muka, macam tak rasa apa. Macam ohhh okey, good on my skin, and okey aku thumbs up!

Cuma yang tak bestnya mascara susah sikit nak keluar, kalau heavy sangat aku pakai hari tu, memang agak tonyoh banyak sikit la. tapi kalau cuci muka and bibir no hal, totally bersih. 


Itu muka yang aku pakai makeup, yang tak heavy pun, just light makeup untuk hari-hari yang aku rasa nak hangout or what, tapi bukan makeup yang nak pergi kelas la, kalau kelas tu simple yang masyaallah la.

Just muka yang macam tu aku just perlukan 3 cotton pad dengan 2 kali aku picit Micellar water atas dia and semua warna-warna yang ada atas muka tu hilang. 2 cotton pad untuk muka kiri kanan dan 1 cotton pad untuk bulu mata, sebab aku pakai heavy sangat mascara on that day.

Everything just gone like that dan kalau rasa nak cuba aku boleh kata go and buy lah, tak rugi duit pun. Insyaallah lepas tu hang akan suka dan jadi favourite beauty product all the time babeh.


Muka dah bersih dari bermacam-macam yang aku tempek base itu ini, concealer and many more. So yes aku rate kan 8/10 untuk GARNIER MICELLAR CLEASING WATER.

Kalau nak beli boleh cari dekat Watson, Guardian ataupun any supermarket pun ada. Ada botol yang kecik dengan yang besar. Harga murah sangat. Ada dua warna, pink dengan biru.

Harga
125 ml = RM 14.50
400 ml = RM 29.90

Kalau nak cuba boleh pergi drugstore sekarang no hal
so tu ja, byebye
see you
muach love you




Tiada ulasan: