Jumaat, 10 Februari 2017

Top 10 : K-Drama 2016

Assalamualaikum
So Friday its back, so its time to list TOP 10 yang jadi favourite aku dalam apa apa yang aku boleh listkan, so ini baru 1st post yang aku create untuk TOP 10 FRI and hope everyone enjoy as much as I enjoy it to do this list.

Hari ni aku list kan TOP 10 K-DRAMA yang aku tengok sepanjang tahun 2016 dan aku rasa sangat lah SWAG (gaya macam Kim Bok Joo) dan kalau hangpa peminat Drama Korea, wajib tengok dram-drama yang akan aku listkan ini. So jom...

10) The K2 (16 Episode, TVN)
Bagi aku, The K2 bukan something yang kalau hangpa nak tengok, hangpa expect dia akan jadi macam sepower Drama Goblin, Dots, Doctors. Aku sendiri tengok The K2 sebab Ji Chang Wook, okey personally, memang la tak bagus tengok drama sebab pelakon tapi come on semua orang macam tu. Dia buat kan aku still boleh layan dan rasa okey awesome, tapi tak ada la sampai everyweek aku akan excited gila tunggu, dia perasaan yang macam biasa-biasa ja. Hahaha. Tapi seriously kalau hangpa peminat drama ada lawan-lawan yang macam fuhhhh wajib tengok.

Starring :
Ji Chang Wook
Yoona Girl Generation

Genre :
Action
Melodrama
Politics
Romance

Rated : 7/10


9) Lets Fight Ghost (16 Episode, TNN)
Aku suka sebab lain dari lain, kalau pernah tengok Master's Sun, ha lebih kurang la cuma yang ni plot dia lain, dan mesti lah tentang hantu. Hantu dia ada yang lawak, ada yang aku tak berani nak tengok, macam scary gila nak mampus weyh. Aku tak nak cerita sinopsis since aku tak nak spoil kan yang nak tengok, so kalau rasa nak layan, go for it hahaha.

Starring :
Ok Taec Yeon
Kim So Hyun

Genre :
Horror
Comedy
Romance
Action
Mystery 

Rate : 8/10


8) Uncontrollably Fond (20 Episode, KBS2)
Aku minat sangat dengan Kim Woo Bin, jadi jangan tanya kenapa aku tengok. Dia jenis muka bad boy yang cute sangat. Me kennot la weyh.Cerita yang ending tu, sedih la. Susah nak explain dengan perkataan ni, tengok ja la.

Starring :
Kim Woo Bin
Suzy Miss A

Genre :
Melodrama
Romance

Rated : 8/10


7) Scarlet Heart Ryeo (20 Episode, SBS)
Kalau peminat historical drama, so ini adalah drama yang terbaik untuk you guys. Aku bukan peminat drama yang ala-ala zaman dulu kala, aku sangat lah tak suka, memang tak layan, entah la perasaan tu rasa macam apa benda ni, ha gitu, tapi Scarlet Heart Ryeo membuatkan aku tengok dan suka. Macam boleh ubah la rasa tak suka tu. Tapi aku boleh cakap yang cerita ni sangat sedih. Oh kalau suka prince-prince yang cute, layan la okey.

Starring :
Lee Joon Gi
IU

Genre :
Fantasy
Historical
Romance

Rated : 8.2/10


6) Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (16 Episode, MBC)
Sangat cute, aku suka cara Sung Kyung dan Joo Hyuk berlakon, macam wowwww. Sebenarnya waktu dia mula-mula air aku macam tak layan pun, macam biasa-biasa, memang tak tengok. Pastu aku tertengok compilation tentang drama ni, at the end apa lagi, dah sudah gigih layan sampai habis sebab cute nak mampus weyh. Terutama bila Chubs dengan geng-geng dia sebut SWAG~~~~ adoi. Sung Kyung ni power gila berlakon, entah la manusia jenis apa, dia boleh jadi watak yang buat aku menyampah gila weyh, dan boleh buat aku suka gila kat dia, dan dia boleh transform sehodoh-hodoh dan secantik-cantiknya. entah la. wow betul!

Starring :
Lee Sung Kyung
Nam Joo Hyuk

Genre :
Romance
Comedy
Sport
Teenagers

Rate : 8.5/10



5) W, 2 World (16 Episode, MBC)
Sangat fantasi, sangat tak make sense tapi bila tengok rasa excited nak tau apa yang jadi lepas tu, lepas tu dan lepas tu. Memang tunggu every week, selalu dekat website-website yang aku rajin layan drama korea, pukul 3 pagi dah update complete dengan Eng sub so sebagai manusia yang memang excited, tak tidur oii nak tengok punya pasal, macam esok tu tak boleh nak tengok. Itulah kan.

Starring :
Lee Jong Suk
Han Hyu Joo

Genre :
Fantasy
Comic
Romance
Melodrama
Suspense

Rate : 9/10


4) Something About 1% (16 Episode, Dramax)
Kisah cinta yang cliche, yang seharian, yang semua orang pernah lalui mungkin atau tak pernah lalui. Even cliche tapi bila tengok tu rasa macam jatuh cinta pulak, rasa macam okey kenapa comel sangat dua watak ni. Kalau start dah tengok, memang akan tengok sampai habis. Tak mengecewakan dan aku sangat suka. Cerita yang tak berat sangat, dan boleh nak hilangkan stress tu.

Starring :
Ha Seok Jin
Jeon So Min

Genre :
Comedy
Romance

Rated : 9/10


3) Goblin (16 Episode, TVN)
Fenomena weyh drama ni, kalau hangpa tak tengok aku tak tau la nak cakap apa, tapi memang best dan rasa macam nak cari mana lagi cerita macam ni. Watak yang paling aku suka dalam ni, Grim Reapers la, tak boleh nak buat apa, aku minat sangat dengan Lee Dong Wook, dia boleh jadi cute dan kacak gila dalam 1 masa. OMG! Cerita yang sangat fantasi, jangan terpengaruh dah la, masalah pulak. Adeh!

Starring :
Gong Yoo
Kim Go-Eun
Lee Dong Wook
Yoo In Na

Genre :
Fantasy
Romance
Drama

Rated : 9.4/10


2) Descendent Of The Sun (16 Episode, KBS2)
Aku suka suka suka suka suka okey banyak sangat lah suka aku tu, serious suka sangat dan semestinya Jong Ki, tapi jalan cerita dia lain sangat dan sangat tarik perhatian siapa siapa ja untuk tengok. Sumpah tak tipu. Kalau hang peminat k-drama harus lah menjadi list drama paling dimenati tahun 2016. Lakonan superb, Pelakon superb, Scene superb all lah senang.

Starring :
Song Jong Ki
Song Hye Kyo
Jin Goo
Kim Ji Won

Genre :
Romance
Drama
Action

Rated : 9.6/10




1) Doctors Crush (20 Episode, SBS)
Walau macam mana best pun drama lain, Doctors Crush masih menjadi favourite aku sampai sekarang, aku tak tahu kenapa, tapi drama ni lah yang paling buat aku teruk betul layan, sanggup ulang ulang episode dia sampai lah episode baru dia keluar, teruk weyh, tapi main dengan cerita tentang medical aku paling minat. Ada orang tak suka bab-bab operation bagai tapi aku suka, sebab aku jenis bukan takut darah, so memag layan la. Rindu~~~~

Starring :
Park Shin Hye
Kim Rae Won

Genre :
Medical
Romance

Rated : 10/10





yeay itu ja dari aku, tentang top 10 Drama Korea yang aku minat, mungkin taste kita tak sama, ada yang hang suka boleh jadi aku tak suka. Come on! Hope you enjoy it dan selamat bermaraton k-drama guys.

Bye
see you
muach
love you. 



1 ulasan:

mia kaftiya berkata...

the k2 ensemmmm sangaatt, tapi watak yoona lembik sangat, urghh penat nak tengok 😪