Randomly Talk : Jodoh

by - 8:32 PTG

Assalamualaikum,
Anggap ja la sekarang ni macam kita tengah sembang sembang sambil minum coffee di celah celah manusia yang ramai dalam cafe. Harghhh imagination kau.

How the idea come out?

Well, of course daripada sekeliling aku.

Petang petang sambil makan cake mama bawa balik sebab tadi taska tempat mama aku ada buat majlis raya. hurmm so kurus! lupakan lah. minggu depan la mula balik. Tengok la nanti siapa yang menang, makanan depan mata atau otak duk asyik cakap nak kurus. 

Tengah la bersembang dengan mama, tetiba Jajat whatsaap, cakap tentang skincare marykay yang mama aku guna tu, tak apa lah, pastu cerita la tentang diet kami dua yang sememangnya syaitoon sungguh. Gagal. But Jajat go girl, keep it up! btw she's my makcik forever ever evah.

Aku anak tunggal, dan aku sangat family person. Disebabkan aku tak ada abang atau kakak yang boleh share semua benda, jadi mak mak sedara dan pak pak sedara aku lah kakak dan abang aku dari aku dalam perut sampai la dah 23 tahun pun. Terima kasih sebab selalu jadi mak guard dan pak guard untuk hidup seorang Nana. Blessed!



Okey kembali, iklan kejap.......................

Tengah la bersembang diet itu ini makan sayur makan lauk ja apa semua tetiba eh masuk bab jodoh pulak. Kalau bab jodoh, dia punya kesan memang sangat mendalam. 

JODOH
Satu benda yang kita tak akan nampak dengan mata kita yang even hang pakai spect ka tak pakai ka, memang hang tak nampak macam mana hang cuba pun guna 2 biji mata tu. Yang kalau hang rancang macam mana punya baik, salute, superb pun kalau dah itu bukan jodoh, hang tetap akan tercari cari. 

Dia bukan satu benda yang jumpa hari ni, dan yakin he's the one, dan esok yes dia jodoh aku. Not at all. Kadang-kadang Tuhan saja ja temukan kita dengan orang yang salah, satu perasaan dikecewakan, satu perasaan yang jangan letak cinta manusia terlalu banyak lebih pada cinta Tuhan, yang dimana Tuhan nak remind, Ini kerja Aku, kalau Aku kata bukan, maksudnya bukan.

Ada masa orang yang hang suka, tak suka hang balik, ada masa orang yang hang tak suka tapi dia bersungguh suka hang. Dunia weyh dunia. Kita tak akan dapat apa yang kita nak, tapi kita akan dapat apa yang kita perlu disaat kita betul betul perlu.

Kalau rasa kecewa sekarang,
Percaya la suatu saat Tuhan akan hantarkan sesuatu yang boleh ubatkan segalanya.

Siapa ja tak pernah rasa yang hati tu hancur berkecai yang macam tak tahu nak cantum balik kesudah, semua pernah rasa, takkan nak melutut, nak jadi bodoh berharap pada benda yang memang tak ubah apa apa. Tengok diri sendiri sekarang, kalau boleh berdiri dengan jayanya hasil dari setiap yang hancur tu maksudnya 

YES! You're smart! and respect yourself enough to walk away from anything that no longer yours. Just stand up, dress up, and walk with confidence ladies/men.

Jodoh di tangan Tuhan, Dia tahu apa yang terbaik dan Dia dah plan elok untuk kita semua, kalau betul jodoh kau dah sampai sekarang ini, waktu ini, itu lah pilihan yang Dia dah tetapkan, tapi kalau Jodoh kau lambat dan tengok semua orang umur sebaya dah mula kendong anak kiri kanan, chill ja, Tuhan tahu yang terbaik. 

Chill, relax and follow the flow :) 
Gerak lu.
Thanks cik jajat bagi idea untuk menaip.
wahahahaha. 



You May Also Like

0 000 orang comment