Jumaat, 14 April 2017

Review : Cathy Doll Aloe Vera Soothing Gel

Assalamualaikum,
Hari ni baru ada masa nak review tentang beauty product yang rasanya last aku review lama juga lah. So today I wanna share to you guys something yang affordable dan worth every cent you spend. Even sangat murah dan totally perfect untuk sesiapa yang memang suka kan Aloe Vera.

So, aku nak review tentang satu produk yang dah lama sangat aku pakai, dan tak sangka dia dah jadi macam A MUST dalam skin care aku. Say hye to Catchy Doll Aloe Vera Soothing Gel. Under beauty product dari Catchy Doll ni range dia sangat comel-comel, cute, rasa macam so girly sangat tau. Actually yang aku guna ni bawah range suntection. 






Ini rupa dia, kalau rasa macam tak pernah jumpa kan, so itu lah dia.

Salah satu korean 's product, seriously sekarang ni ramai giler perempuan dekat luar sana tu sangat obses dengan korean beauty. Sebab? mudah ja, kulit depa flawless, cerah, bersih giler nak mampus weyh. Aku yang perempuan ni pun rasa perghhhh giler lah cantik weyh. Bayangkan even lelaki korea pun kulit depa kalah kulit aku ni. Astafirullah. 

Sebenarnya, aku beli secara tak sengaja dekat guardian. Waktu tu aku tengah cari sunblock yang sesuai untuk kulit aku, so macam biasa bertapak lah aku dalam Guardian berjam dan cari yang sesuai dengan kulit aku dan aku jumpa sunblock dari cathy doll juga dan bawah range yang sama dan aku SUKA! hari lain lah aku cerita. Insyaallah.

So aku jumpa something yang attract mata aku dan aku beli, jadi dah beli kita pakai la kan. So aku rasa best giler nak matey letak dekat muka. SUMPAH! tak tipu. Ini bukan sponsor post. 

Sebelum ni kalau aku guna Aloe Vera gel muka aku mesti jadi berpeluh esok tu, jadi macam extra moisturise yang  macam tak best sangat dan macam lagi burn esok tu. Sedangkan aku guna nak hilangkan burn tapi lagi burn. Itu sangat merisaukan seorang Amalina.

Banyak kali aku mention dekat post-post sebelum ni, yang aku memang jenis cepat kena sunburn. Bila kena tu, selalu aku kena heal dengan duduk ja dalam bilik 2-3 hari, bagi hilang. Tak pun aku tak akan pakai apa-apa dekat muka even sunblock. Sebab bila aku burn, kalau lagi aku bertempek muka aku dengan semua tu, lagi worst. Itu cara aku sebelum ni nak hilangkan sunburn.

So cerita dia berkisah, satu hari tu aku kena burn sebab aku pergi mana entah, memang berjemur sakan la weyh. Balik tu, macam nampak mata dan gigi ja hahahahaha. So macam oh my god! 

Then aku just macam geram sangat aku bantai ja pakai produk ni, malam before tidur aku letak, after aku bangun dan solat semua, aku letak lagi dalam 20 minit aku biar pastu cuci. Memang jadi routine hari-hari lah waktu tu. Dan result dia sangat aku tak expect. Burn aku hilang, dan muka aku moisturise yang memang aku perlu ja. Tak naik jerawat apa pun, dan dia hilangkan oil seeds dekat muka juga. Aku sangat impress dan sekarang it become my essential guys. 





Tak sticky,
Senang nak apply,
Just macam water base,
dan
Sangat lembutkan kulit.

Aku personally rated 4.5 over 5 tentang produk ni, tak ada apa yang tak okey, bagi aku semuanya sesuai dengan kulit aku yang memang sedia macam ni, dan aku rasa juga dia boleh hilangkan jerawat lah. Aku perasan bila waktu yang tiba jerawat muncul, faham-faham la kan, dia macam kecutkan jerawat aku dan tak sakit. I feel grateful. 

So, kalau nak beli boleh beli dekat Guardian, any guardian yang ada dekat Malaysia ni, harga pula aku tak ingat berapa, aku rasa macam RM 20 something atau RM 30 something, yang pasti tak sampai RM 50 pun la. Try it out okey guys. 

So see yah.
gerak lu.

Selasa, 11 April 2017

Where Google Maps Bring Us?

Assalamualaikum,
Sumpah ini cerita yang dah berkurun dan aku baru ada masa nak cerita, aku ingat nak tulis waktu aku cuti mid sem hari tu, macam why not kan, iya lah, macam lepas aku balik Langkawi so aku nak juga la kemas blog yang satu ni apa patut, sekali demam weyh nak dekat seminggu. Mula dari malam aku nak balik Kedah sampai la lagi 2 hari nak balik UPM balik aku demam dan sangat tak larat. Lemah!

Aku boleh cakap kan weyh, jaga la kesihatan baik-baik, demam sangat lah tak best, tapi dalam demam aku ikut juga kawan-kawan baik dunia akhirat aku pergi Langkawi, itupun puas kena ugut dengan mama aku suruh makan ubat. Ma aku memang suka ugut-ugut ni guys. Hahaha. Sayang mama muach!

EH! aku nak cerita apa yang aku buat bila ada satu masa dan ketika itu kami sangat bosan dekat bilik, so dengan rajinnya, Qila Lala drive dengan jayanya pusing apa yang ada dekat sini. 

So inilah apa yang google maps bawa kami keliling Putrajaya. Menikmati keindahan alam dan spend time bersama 2 manusia yang aku kenal dekat UPM. 


merekalah kakak-kakak aku yang selalu aku buang masa bersama tapi ini baru 2 aku ada lagi 9 kakak yang sangat sado macam aku pernah mention dalam post tentang lepak dekat Seoul Garden.


Kami di Taman Botani Putrajaya. Kalau yang suka dengan nature dan rasa nak lari kejap dari dunia yang serabut dengan macam-macam hal. Moh le buang masa dekat situ. Sumpah weyh boleh release masalah yang memberat.


AKU?
Tak pernah ready dengan setiap click* click*
LOL. PENIPU!




Untung ada photographer yang tak berbayar. Tak payah cakap, dia memang suka ambil gambor kita. Senang guys, senang.


Lepak-lepas sana sambil makan mcd yang kami bawa, sembang itu ini. Dah kenyang. So pusing-pusing la apa ada dekat situ. 




Then jumpa satu tempat yang cantik dengan bangunan-bangunan Morocco, kalau aku tak salah la, sebab aku pun dah lupa, iya lah itulah namanya bila benda yang dah lama berlalu, hang baru nak cerita dan post.


Aku syak, waktu ni aku gaduh dengan Zaza.
Macam aku pernah cakap, aku akan gaduh dengan  dia every 5 minutes kalau kami duk sesama.
Maaf itulah budak-budak kan.



Then pusing-pusing dekat satu tempat around Putrajaya yang ada Hot Balloons tu. 
Maafkan satu perangai manusia yang satu ni, selalu lupa itu ini. Entah la guys, rasa tua sangat sekarang bila asyik lupa itu ini.


Masjid Besi!
Sangat cantik.
Boleh tak bila fully siap, one day aku nak akad nikah dekat sini?
Ma! Bah! please hahahahahahaha

So chekidout video kami bertiga dekat Putrajaya :P boleh click link ni >>>>> https://www.youtube.com/watch?v=c8umvzxHtjw ataupun click ja dekat bawah ni.



So itulah sepanjang satu hari kami hanya berpandukan google maps, tak guna duit yang banyak hanya plays as a tourist dekat negara sendiri, dan menghayati apa yang ada depan mata.

Less things is more precious than anything. You dont need a lot of money or any luxurious place to feel the moment, to feel happy or feel blessed. All you need it just a destination and someone you do really love so much or someone new that can create the moment together. Dont be afraid to try on something new in this beautiful life, because every new things you try does bring a lot of meaning till forever. Lets create the moment! 

P/s : ha! cerita yang dekat Langkawi entah pulak la kan seorang Amalina na menaip kan. I do feel happy with anyone and any place I go with. Love every person I know. See you guys soon. Maybe tomorrow, or not sebab Audit menunggu hahaha.